Jangan Bercerai !!! 7 Langkah Sebelum Anda Membuat Keputusan Untuk Bercerai

JANGAN TERBURU-BURU BERCERAI  😥

Kajian menunjukkan mereka yang bertahan dengan rumah tangga yang 'belum' bahagia, akhirnya akan mendapat kebahagiaan,  berbanding mereka yang bertindak
membubarkan perkahwinan (bercerai) kerana merasa tidak akan bahagia.

Sebesar mana pun  perselisihan, jangan tergesa-gesa bercerai, kerana mungkin masalah yang sama akan berlaku juga jika kita berkahwin dengan orang lain.

Adakalanya, yang salah bukan pasangan kita, tetapi diri kita sendiri. Justeru, selagi kita tidak berubah, kita akan bermasalah dengan siapa sahaja...samada dalam perkahwinan  ke2, ke3 dan seterusnya.

Ada baiknya, jalani tempoh bertenang. Lari dulu daripada situasi dan kondisi yang menekan, untuk bersunyi-sunyi diri bermuhasabah dan mencari kesalahan diri. Bila sudah agak tenang, kembalilah dengan azam untuk memperbarui cinta.

Jangan lupa untuk memperbaharui rasa cinta, luahkanlah kata-kata yang baik untuk mencairkan prasangka, meleburkan curiga dan memadamkan dendam.

Kata-kata yang baik, insya-Allah akan mengundang kebaikan. Jauhi sama sekali kata-kata yang kasar dan kesat, walau bagaimana marah atau kecewa sekalipun.
https://bit.ly/2IbeWtN

Carilah topik-topik yang menarik untuk diperbualkan. Mulakan perbualan yang santai dan mesra tanpa topik-topik yang terlalu serius.

Berikut adalah  antara kaedahnya:
• Berdoa kepada Allah SWT agar mengilhamkan kata-kata yang baik dan menarik semasa memulakan perbualan bersama pasangan.
• Menerima dan berkongsi hobi dan rasa dengan pasangan.
• Ulas apa yang anda dengar, lihat atau baca dengan pasangan serta kaitkan dengan situasi terkini dalam rumah tangga.
• Sekali-sekala masak bersama resipi kesukaannya.
• Jangan prasangka dan curiga, sebaliknya selalulah memaafkan, selagi pasangan tidak melanggar syariat.
• Amalkan peraturan 24 jam. Jangan biarkan “gencatan suara” melebihi 24 jam. Mujahadahlah untuk meminta maaf secara rasmi atau tidak rasmi dalam tempoh kurang daripada itu.
• Tempoh-tempoh yang dirasakan sukar dalam perhubungan (atau ketika berlaku krisis) hendaklah diisi dengan amalan habluminallah seperti solat, munajat dan taubat.

Jangan selesaikan masalah dengan satu masalah yang lain. Jangan bercakap, apalagi bertindak ketika  terlalu marah. Marah tidak akan menyelesaikan masalah! 

Memperbaiki dan mengukuhkan kembali hubungan tidak akan bermula sehingga anda mula mengambil langkah pertama. Mulakan dengan berkomunikasi dengan pasangan. Diiringi dengan perbuatan ketekunan mendengar. Mungkin kekok pada mulanya tetapi ia banyak manfaatnya.

Saya percaya, membina satu teras dan asas dalam pembentukan hubungan rumah tangga yang kukuh berteraskan islam, perlukan satu panduan yang lengkap dan menyeluruh. Sepertimana yang saya sediakan dalam ebook Bawa Cinta Kita Ke Syurga.

-Ust PMJ

1 comment... add one now

Anonymous Anonymous 04 February, 2022
This comment has been removed by a blog administrator.

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.