5 Langkah Asas Selesaikan Perselisihan Suami Isteri

Apabila berlaku perselisihan antara suami isteri, ingatlah perkara ini:



1. Dia jodoh yang ditakdirkan untuk kita. Terimalah dengan hati yang terbuka. Usah menyesal dengan takdir.Sesungguhnya perancangan Allah mempertemukan kita dengan si dia sebagai isteri atau suami adalah perancangan yang terbaik.

2. Allah menguji kita melalui dia. Ujian Allah pasti baik, yakni samada  pengampunan dosa atau pengurnian pahala.Dunia penuh dengan ujian dan ujian suami isteri adalah antara ujian yang mesti kita tempuh..sesungguhnya cinta ini mesti dipertahankan.

3. Sedarlah ada pihak ketiga yakni syaitan yang sedang menghasut dalam hati kita dan dia. Hakikatnya, syaitan itulah lawan kita bukan pasangan  kita.Tenangkan diri dan mulakan dengan muhasabah. lembut dan lunakkan suara dan tingkahmu.

4. Ingatlah, kebaikan dan kelebihan  pasangan kita lebih banyak berbanding keburukan dan kelemahannya. Pengorbanan itu pada suami dan isteri masing masing ada kesitimewaannya...si isteri mengorbankan hidup dan nyawanya demi melahirkan zuriatmu, maka bersyukurlah dengan keistimewan yang Allah beri ini. Sesungguhnya di sisi Allah pahala akan mengalir berterusan

5. Jadilah orang pertama memulakan langkah ke arah pembaikan kerana Allah sesungguhnya cinta kepada orang yang dahulu berbuat baik. Meminta maaf, mengakui kesalahan dan kekhilafan diri bukan bererti kalah tetapi itulah kemenangan sebenar di sisi Allah
.
https://bit.ly/2IbeWtN

Selaluku katakan pada diri yang lemah ini, pasangan suami atau isteri kita adalah sebagai pelengkap kekurangan dan kelemahan diri kita. Di saat kita mencari kesempurnaan, ianya adalah mustahil..ianya adalah di syurga yang abadi nanti. Maka sahabat pertahankan cinta kita ini..sesungguhnya ianya adalah cinta yang akan dibawa ke syurga....
 Mari sahabat dan pembaca sekelian...mencari 20 rahsia ilmu cinta buat suami isteri..tanpa perlu kalian berjumpa dengan kaunselor dan perundingan khidmat rumah tangga....pertahankan cinta ini..kerana ianya akan kita bawa ke syurga.... Bawa cinta kita ke syurga

0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.