Panduan Lengkap Buat Duit Dengan Shopee


Shopee sudah menjadi satu fenomena di dalam perniagaan atau e commerce di Malaysia. Malahan aku sendiri pun turut ada akuan shopee untuk beli barang.  Di samping menjadi alternative kepada Lazada serta e commerce site yang lain Shopee menawarkan pelbagai kelebihan untuk kita, pada asasnya Shopee menyediakan peluang membeli belah dalam talian yang menyeronokan serta menjadi wadah atau peluang untuk berniaga atau menjadi peniaga di Shopee...wow..jom kita lihat keistimewaan berniaga di Shopee apakah kekuatannya serta mari juga kita soroti kekangan yang mungkin akan berlaku kalau kita nak menjadi seorang peniaga di Shopee. Namun untuk pengetahuan korang dan ingatan untuk aku juga...kalau nak berniaga nie mesti kena ada ilmu. Dalam apa pun tujuan dan cara kerja ,kita mesti lengkapkan dengan ilmu dan kaedah yang betul.Senang cerita perlu bergurulah...






https://bit.ly/2SvHn73






Apa kelebihan berniaga di Shopee?

1. Aliran Trafik Yang Besar
Sebenarnya masalah utama untuk menjual adalah untuk mencari pelanggan.Kalau saluran perniagaan lain seperti instagram memerlukan  followers yang ramai, tetapi tidak dengan Shopee. Seperti site ecommerce yang besar Shopee sudah sedia melakukan marketing  atau pemasaran mereka untuk meningkatkan jualan. Kita tak perlu susah payah lagi untuk belanjakan duit pada asasnya untuk menjual. Pelanggan yang masuk ke site Shopee memang datang sebagai title ready buyer.Mereka bersedia untuk membeli barangan yang mereka hendak.Kalau kita dapat memenuhi asas barangan yang mereka hendak , maka barangan kita akan laku dijual.

2. Cara  Setup Jual Barang Yang Mudah
Shopee datang sebagai flatform menjual barangan. Mereka sedia cara untuk embuka akuan secara percuma. Boleh upload gambar barangan dengan mudah, boleh letakkan harga. Letakkan cara untuk shipping barang dan lain lain. Senang cerita mudah untuk buka satu kedai milik anda di Shopee nie. Flatform yang friendly user...kita tak perlu website, tak perlu susah payah nak fikirkan hendak setup domain dan hosting.

3. Tiada komisyen yang perlu dibayar kepada pihak Shopee.
Ianya adalah percuma setakat ini untuk membuka akuan...dan hasil jualan anda adalah milik anda sepenuhnya.

4. Terdapatnya fungsi chat dengan bakal pembeli
Terdapat fungsi menarik yang kita boleh gunakan untuk  berbual dan bersoal jawab dengan bakal pembeli. Ia sebenarnya salah satu fungsi yang penting, di mana kita boleh menarik customer untuk lebih yakin dengan barangan yang kita ingin jual.

Apa kekangan berniaga di Shopee nie...aku malas nak cerita yang indah indah sahaja dekat korang...kerana berniaga nie kena ada hati yang sado dan jiwa yang mulia, supaya perniagaan korang berkat dan berjaya. Memang setiap perniagaan aka nada masalahnya, so sebelum kita memulakan perniagaan di Shopee korang kena ambil berat tentang perkara perkara berikut.

1. Persaingan. Ini bukan masalah, tetapi cabaran, kalau korang jual barang yang sama persaingannya sudah tentulah lebih tinggi. Dekat sini memerlukan sedikit daya usaha yang boleh korang ambil.Antaranya adalah penggunaan ads atau iklan di Shopee supaya produk atau barangan korang sentiasa berada di kedudukan top ranking.
2. Barang apa yang ingin dijual? Untungnya kalau korang dah produk sendiri,kerana ia menyelesaikan sebahagian besar masalah..nak jual apa? Belian barangan secara borong seperti tudung dan baju di Pasar Kemboja di Parit Buntar Perak sebagai contoh adalah satu langkah awal untuk korang dapatkan barangan sendiri dengan harga borong. Biasanya barangan ini melibatkan pelbagai keperluan harian yang menarik seperti tudung( walaupun tudung dikatakan pasaran online sudah tepu) dan pakaian dan peralatan lain yang sesuai. Produk penjagaan kesihatan juga sebenar mendapat permintaan yang tinggi sehingga sekarang. Tidak semestinya jus atau supplement untuk kurus je ..tetapi banyak aspek lain yang korang boleh ambil dan jual di Shopee.

Barangan kedua yang korang boleh jual adalah barangan berasaskan dropship. Banyak sekarang syarikat atau kumpulan yang menyediakan peluang sebagai agen mereka. Barangan juga pelbagai, daripada produk fizikal seperti penjagaan kesihatan sehingga kepada peralatan kesihatan serta produk digital seperti ebook dan juga video panduan dan cara. Sebagai contoh website Kumoten, merupakan provider kepada pelbagai barangan yang boleh dijual di Shopee. Namun masalahnya adalah semua barangan yang hot mesti turut dijual oleh seller lain..betul tak?

So dekat mana nak mula nie...memang mudah sahaja untuk set upkan akaun untuk menjadi seller dekat Shopee. Namun untuk menjual kena ada seninya...semua boleh terangkan cara  daftar  dan upload gambar produk dan tunggu order...tu basic je...kalau korang nak berniaga  di Shopee atau menjual di Shopee aku rekomenkan Panduan Part Time Shopee nie...memang ohsem sebab semua rahsia dan selok belok tips berniaga didedahkan oleh kedua dua mamat nie...mereka bukan calang calang..sebab mereka buat baru tunjuk...tak de lah teori je ...senang cerita mereka tak gebang lebih... Semua didedahkan..dari awal sehingga akhir..rahsia demi rahsia yang memang lain dari yang lain.

0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.