Percutian ke luar Negara adalah satu
pengalaman baru yang menyeronokkan. Terutama bila kita mempunyai masa dan juga
kewangan yang mengizinkan. Geng backpackers merupakan golongan yang sukakan
pengembaraan dan juga pergi sendiri ke benua lain..ia istilah yang semakin
popular dan menjadi impian ramai rakyat Malaysia. Di samping Turki dan Korea
serta beberapa buah Negara di Asia
tenggara, pengembaraan atau backpackers ke benua Eropah adalah salah satu
destinasi yang menarik untuk diterokai
Benua Eropah merupakan sebuah benua besar yang
menarik untuk dilawati. Sudah banyak group di FB yang muncul dan menawarkan
pelbagai tips dan panduan..boleh sahaja untuk diikuti serta di contohi. Bab nie
korang kena baca satu persatu dan buat carian di internet. Benua Eropah
terkenal kerana terdapat banyak bandar bandar besar yang terkenal seperti
London, Amsterdam, Paris ,Rome dan banyak lagi. Namun sebenarnya kalau hendak
travel ke mana mana terutama di terutama di Eropah terdapat beberapa persediaan
yang perlu kita ambil perhatian.
1. Bandar Mana Yang Perlu Saya
Utamakan Untuk Dilawati?
Perancangan Bandar di Eropah yang
mana satu ingin dilawati, berapa lama harus diperuntukan untuk sesebuah bandar…kenapa
anda kena rancang? Sebab nanti anda tidak terkejar kejar nak tukar
flight..tambah ditempat orang dan nak ke airport juga adalah satu hal lain. Semuanya
adalah melibatkan masa.Kata orang tak cukup sehari atau 2 hari nak menikmati
kota London atau Paris….
2. Berapa Lama Masa yang
Diperlukan Untuk Meneroka Satu satu Bandar?
Berapa lama yang ingin diambil,
cukupkah sehari atau dua hari? Perancangan yang baik membolehkan kita berpuasa
hati kerana kita mengeluarkan duit belanjakan…Biasanya jika kita mengenal pasti
tempat menarik yang ingin kita lawati,ia lebih memudahkan kita merancang
perjalanan…maklumlah ada sesetengah tempat kita akan membuang masa sahaja
3. Apakah Musim Yang Sesuai Untuk
Travel Ke Eropah?
Ada 4 musim, musim panas, musim
sejuk atau winter, musim bunga dan musim luruh…so apakah musim paling sesuai
untuk kita nikmati. Kalau dari segi penjimatan, maka musim bunga dan musim
luruh adalah terbaik( pendapat admin sahaja nie..hasil pembacaan) namun semua
terpulang kepada korang sendiri. Musim panas juga boleh dijadikan pilihan,
kerana waktu siang biasanya lebih panjang dan membolehkan kita melawat sesuatu
kawasan dengan lebih lama. Musim sejuk bukanlah pilihan, kerana waktu ini
pengangkutan mungkin sukar terutama bila berlakunya rebut salji ,kecualilah kita
ke kawasan peranginan tinggi dan merancang untuk bermain ski.
4. Adakah Visa Diperlukan ?
Visa merupakan satu pass yang
membenarkan seseorang untuk masuk ke sesebuah Negara disamping passport.Kalau
nak tahu boleh rujuk kepada polisi visa Eropah..
5. Bagaimana Nak Berjimat Sewaktu
Melancong ke Eropah
Ada banyak pilihan, salah satunya
adalah bergerak dalam kumpulan atau group, biasanya harga bagi tempahan dalam
kumpulan adalah lebih murah perbanding tempahan individu
6.Bagaimana Nak Gunakan Internet
dan Telefon di Eropah?
7. Apakah Pengangkutan Yang
Sesuai..Keretapi atau Kapal terbang?
8. Bagaimana dengan makanan halal
untuk ke travel ke negara-negara Eropah?
9. Apakah tips dan panduan untuk
keselamatan diri sewaktu melancong ke Eropah?
Banyak lagi peroslan yang bermain difikiran sebelum travel ke eropah..namun kalau korang nak bersama dengan agensi travel pun tak ada masalah, cuma kena keluar belanja banyak sikit mungkin kos boleh mencecah RM 8k ke atas, itu pun untuk beberapa buah bandar sahaja di Eropah....
Persoalan di atas boleh diselesaikan dengan kita mendapatkan panduan yang betul..tak payah google nak cari maklumat serta baca dari group FB sampai lebam mata...
Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.