Siapa kat sini yang tak tahu Shopee tu apa? Rasanya hampir
semua orang pernah dengar pasal Shopee kan? Shopee ni merupakan sebuah
marketplace (tempat berjual beli) yang semakin popular di Malaysia.
Dalam Malaysia ni, banyak je marketplace yang ada. Antaranya
ialah (selain daripada Shopee) :
●
Lazada
●
Mudah.my
●
11street
●
Lelong
●
Carousell
●
Zalora
●
Ebay
●
Facebook
Kalau yang lain-lain ni mesti anda pernah dengar kan? Shopee
ni pun sama je dengan yang lain. Tapi, Shopee ni lagi banyak kelebihannya.
Lagi-lagi kalau anda baru nak bermula sebagai dropship, Shopee ni memang
merupakan platform yang terbaik.
So, baik saya terus straight
to the point mengenai kelebihan Shopee ni. Okay?
1. Scammer susah nak cari makan di Shopee
Shopee memang terkenal dan tidak disukai scammer sebab pelanggan perlu buat bayaran terlebih dahulu dan duit
tersebut akan disimpan didalam sistem Shopee sehinggalah anda selaku penjual
menghantar barang tersebut dan disahkan sendiri sebagai telah diterima oleh
pelanggan.
Kadang-kadang pelanggan lupa nak sahkan. Tapi, Shopee akan trace rekod penghantaran daripada kurier
(contoh: poslaju) samada barang tersebut dah selamat sampai atau tak. Disini
kiranya win-win situation untuk
pelanggan dan juga anda yang menjual sebagai dropship.
Satu nasihat saya, lakukan segala urusan menerusi Shopee
sebab anda akan menerima mesej yang mengajak anda melakukan urusan menerusi
whatsapp dan sebagainya daripada scammer.
2. Tak perlu pening kepala
nak “closing”
Closing ni merupakan satu skil yang
susah untuk anda kuasai kecuali owner produk
atau pembekal produk menyediakan kelas khas untuk anda melakukan closing. Di Shopee, anda cuma perlu
belajar cara untuk menghasilkan description
produk yang menarik dan betul je.
Selebihnya, pelanggan anda akan dengan sendirinya melakukan
pembayaran dan pembelian. Agak jarang sebenarnya untuk pelanggan menghantar chat kepada anda di Shopee. Kecuali
pelanggan anda memang betul-betul tak faham.
3. Iklan Shopee sangat-sangat
murah
Part ni merupakan kelebihan Shopee
yang tak dapat ditandingi marketplace yang
lain. Anda fikir balik. Anda buat dropship sebab anda tak ada modal yang besar
untuk buat kempen pemasaran - iklan!
Kenapa anda perlu buat iklan? Kalau anda tak buat, anda tak
boleh duduk dan berharap orang akan datang kepada anda dan beli produk anda.
Agak mustahil untuk berlaku macam tu kalau ada ramai lagi yang menjual produk
yang sama dengan anda.
Cara nak buat iklan pun mudah. Tak pening, tak rumit dan tak
leceh.
4. Ada panduan super duper
mudah untuk dropship dengan Shopee!
Ni satu lagi kelebihan Shopee yang anda boleh dapat. Panduan
untuk buat duit minimum 4 angka dengan Shopee. Teknik yang proven, result yang gempak, cara yang mudah dan sangat-sangat simple untuk anda follow.
Saya sangat-sangat cadangkan anda untuk “keluarkan” modal
sikit untuk dapatkan ilmu yang sangat berharga ni. Anda boleh KLIK SINI PANDUAN BUAT DUIT DENGAN DROPSHIP DI SHOPEE
Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.