Langkah 1. Sila tutup paip utama yang menjadi supply air kepada bilik air. Biasanya ianya terletak di dinding bilik air.Bila paip utama ditutup air yang bocor tadi akan berhenti.
Langkah 2. Peralatan yang boleh digunakan adalah
a. gergaji besi( boleh dapatkan dikedai hardware je..harga dalam anggaran bawah RM 4...termasuk SST).
b.Penukul besi( hammer),
c. skru driver mata lebar( bukan bunga ye)
d. Playar dalam saiz yang sesuai ( untuk ketatkan paip )
e. Kepala paip baru( yang nie mesti dibeli)
f. Kepala paip menyambung ( yang ini option je..kalau nak beli pun boleh..kalau tak nak guna pun tak apa, rujuk dekat gambar,kepala paip yang warna tembaga tu, tujuannya supaya kepala paip tembaga ini akan menjadi meyambung yang susah untuk reput )
g. Lampu picit atau handphone..untuk suluh atau melihat keadaan kepala paip yang terpatah dalam dinding.
h. Tape putih untuk balut kepala paip untuk mengetatkan dan mengelakkan air keluar( boleh tanya di kedai hardware..nanti confirm diorang akan bagitahu)
Langkah 3. Dengan berhati hati gunakan gergaji besi tadi untuk potong besi atau kepala paip yang patah di dalam dinding. Tak potong terlalu dalam. Buat 3 potongan ..iaitu bawah, atas dan juga tengah.
Langkah 4. Kemudian dengan menggunakan skru driver mata leper tadi ketuk kepala paip tertanggal tadi dengan berhati hati. Oleh kerana besi atau sisa kepala paip tadi sudah dipotong ia akan tertanggal dengan lebih mudah.
Langkah 5. Bila sudah selesai mengeluarkan kesemua sisa paip yang patah, boleh pancutkan air ke dalam lubang paip tadi untuk memastikan semua sisa paip sudah dikeluarkan. Sekarang korang boleh lah pasang semula kepala paip yang baru tadi.
Ok.. selamat mencuba dan jangan stress jika paip air korang patah, boleh sahaja korang panggil plumber untuk bantu selesaikan kerja nie, Cuma kalau mampu buat sendiri tentu lebih mudah dan menjimatkan.
Disclaimer: Ini merupakan kaedah dan cara dari pihak admin sahaja, sila dapatkan maklumat dari pihak yang lebih pakar. Admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan😃.
Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.