Homestay merupakan satu peluang yang
baik untuk menambahkan pendapatan. Konsep homestay yang sesuai merupakan
aset berguna kepada ownernya untuk menjana pendapatan. Namun begitu
salah faham tentang homestay menyebabkan homestay kita terbiar tanpa
pelanggan. Bagaimana menarik pelanggan supaya menempah homestay korang?
Takkan nak tunggu waktu hujung tahun sahaja baru nak ramai pelanggan.
Sudah tentu aspek yang menjadi pertimbangan adalah lokasi serta
keselesaan. Namun lokasi sebenarnya bukan perkara terpenting...tentu
korang tidak percaya, sebenarnya terdapat banyak faktor lain yang turut
menyumbangkan kepada larisnya sesuatu tempahan homestay...keep reading..
Gambar Yang Cantik Dan Kemas
Homestay
korang yang sememangnya sudah cantik dan bersih ..perlukan sentuhan
gambar yang menarik serta sempurna untuk diiklankan. Pengiklanan di
internet atau majalah atau secara offline memerlukan gambar yang
menarik, Pastikan ruang terbaik seperti ruang tamu dan bilik tidur
adalah gambar terbaik dan kemas serta cantik. Pelanggan akan tertarik
kepada gambar atau ruang dalam homestay yang sentiasa kemas dan cantik.
Gambar profil anda yang terbaik dan kemas juga membolehkan pelanggan
memilih homestay kita...Apa yang penting adalah nilai yang dipaprkan
pada gambar terbaik homestay.
Beri Maklumat Yang Lengkap
Maklumat
yang lengkap bukan sekadar harga dan lokasi, tetapi detailkan semua
kemudahan yang akan diberikan oleh homestay korang. Pastikan konsep
homestay tersebut diterangkan kepada bakal pelanggan korang. Kongsikan
bersama merekakawasan sekitar homestay korang, kemudahan yang
disediakan. Budaya atau masyarakat sekeliling yang best. Melalui
maklumat lengkap pelanggan boleh membuat pilihan terutama atas kejujuran
korang.
Letak harga Yang Munasabah Dan Berbaloi
Harga
untuk homestay korang perlu diambil kira. Harga biasanya melibatkan
harga yang normally homestay sekitar kawasan korang. Kalau nak letak
harga lebih tinggi daripada harga pasaran, korang mesti listkan apa
kelebihan yang ditawarkan, melibatkan kemudahan dan juga keselesaan.
Harga yang sesuai serta kemudahan yang baik, adalah kombinasi yang baik
untuk meningkatkan kadar kunjungan pelanggan untuk menempah homestay
korang.
Layanan Yang Baik.
Kat mana
nak mula? Sudah tentu apabila customer yang membuat panggilan telefon
dilayan dengan baik. Beri penerangan yang tepat serta intonasi suara
yang betul. Kalau mereka orang luar pastikan penerangan diberikan
selengkapnya.
Berikan Kemudahan Lain.
Selain
melibatkan kemudahan pada homestay korang, boleh sahaja tawarkan
sesuatu yang menarik, contohnya terangkan pada mereka jika mereka atau
tetamu korang boleh diambil di stesen bas atau di lapangan terbang, jika
berkemampuan. Pelanggan akan lebih menghargai anda sebenarnya.
Review Homestay Anda
Review
boleh sahaja melalui bertanya pendapat pelanggan di telefon korang
seperti perbualan whatapps, melaluinya review yang baik korang boleh
letakkan di blog percuma seperti blogspot. review yang baik sudah
pastinya menaikkan rating homestay korang.
Sediakan kemudahan Sarapan
Pada
pandangan aku, pemilik homestay boleh sahaja letakkan sekali pakej
sarapan..Menyusahkan? Taklah...sebenarnya boleh sahaja korang bawakkan
sarapan pagi buat tetamu,kita selalu lupa konsep bersedekah...kalau
boleh detailkan sarapan pagi ianya lebih baik.
Apa
yang dikongsikan disini adalah pendapat aku sahaja...memiliki homestay
adalah aset untuk menambah pendapata, terutama pada zaman sekarang..so
apa yang korang lakukan adalah sentiasa konsisten dan membuat
perancangan yang rapi untuk menaikkan tempahan homestay. Kalau korang
nak tahu sebenarnya terdapat panduan dan rahsia yang tersimpan untuk
kita menjana pendapatan melalui homestay, yang newbie atau pemilik
homestay yang lama pun boleh ikut je panduan yang disediakan. Panduan homestay nie bukan calang calang..ianya pendedahan dari pemilik homestay yang sudah terbukti..
Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.