Pepper Spray Malaysia: Cegah Rogol Buat Gadis Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Zaman sekarang dah terlalu banyak kes rogol dan juga gangguan seksual.Itu belum termasuk dengan kes culik dan ragut. Masyarakat sudah semakin parah, bukan semua, namun ramai yang sakit jiwa. Buat kaum hawa korang kena berhati hati sebab dan banyak kes jenayah seksual yang dilaporkan.  pendidikan pencegahan jenayah adalah perlu sebab jenayah berlaku apabila terdapatnya peluang dan ruang. terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jenayah rogol berlaku.


1. Berhati hati dengan penggunaan telefon anak remaja kita, terutama di sekolah rendah dan menengah. Telefon mesti dipantau dengan cara berhemah. pastikan mereka tidak meletakkan password. Aplikasi seeperti wechat merupakan salah satu aplikasi media sosial yang cukup berbahaya apabila disalahgunakan.Pendedahan maklumat kepada lelaki syaitan bertopengkan manusia sangat berbahaya. Pastikan sentiasa dipantau dan dikawal. Pergerakan anak anak perempuan sebenarnya perlu diketahui dengan jelas oleh ibu bapa.Sentiasa recheck semula untuk mengetahui lokasi anak anak anda , walaupun mereka telah beritahu lokasi atau tujuan mereka. Biar susah sedikit dengan menghantar anak perempuan kita ke pusat tuisyen atau membeli barangan.

2. Masa dan ruang serta lokasi perlu di pantau dan berjaga jaga. Peluang kepada jenayah akan lebih mudah apabila ruang atau lokasi tidak diberikan perhatian . Waktu malam bukanlah waktu yang sesuai untuk berjumpa dengan rakan rakan. bantulah anak anak merancang jadual dengan berkesan. bagi yang tinggal di taman perumahan atau kejiranan di sub bandar atau bandar sentiasa berhati hati dengan pergerakan anak anak. Malahan jika ke tandas awam juga perlu berteman. Bahaya dah sekarang nie.

3. Sentiasalah berjalan atau keluar dengan jumlah yang ganjil, bunyi macam pelik kan...tak pa..kalau nak keluar bagi gadis keluarlah sekurang kurangnya 3 orang ke atas. Sekurang kurangnya jalan berteman lebih selamat.

3. Sentiasa menggunakan segala kekuatan yang ada jika sudah terperangkap dengan perogol.Mengigit, mencakar merupakan antara cara untuk mempertahankan diri bagi wanita atau gadis dalam situasi genting. Menjerit sekuat hati juga antara cara yang boleh digunakan untuk menarik perhatian khalayak ramai untuk membantu.

http://invol.co/cl3bc


4. Antara senjata yang sesuai digunakan untuk mempertahankan diri bagi gadis atau wanita yang cuba atau menghadapi  situasi genting adalah dengan menggunakan pepper spray. Kurangnya pendedahan terhadap senjata ampuh nie menyebabkan ramai wanta dan gadis ambil mudah keselamatan mereka. Pepper spray sudah menjadi satu keperluan bagi wanita dan gadis, terutama jika rutin kerja atau cara hidup melibatkan ruang dan masa yang tidak menentu .Malahan boleh juga digunakan oleh sesiapa sahaja wanita yang rasa terancam. Gunakan sekurang kurangnya penggunaan pepper spray membolehkan anda melarikan diri ke tempat yang lebih selamat atau public.

0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.