31 Cara Jimat Duit Dan Kumpul Duit Kaw kaw

Tips untuk jimat tenaga dan duit semaksima mungkin di rumah anda
http://bit.ly/2hSQTmU

Pelbagai cara boleh digunakan dalam menjimatkan tenaga sama ada di rumah atau pejabat.Amalan ini bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran dan mengurangkan bil elektrik tetapi juga menggalakkan penggunaan sumber tenaga secara lestari.Berikut adalah amalan yang boleh kita lakukan untuk menjimatkan tenaga sama ada di rumah atau pejabat.Jimat tenaga bermaksud korang dapat jimat tenaga elektrik yang digunakan..jimat tenaga elektrik bermaksud korang akan jimat duit...duit tu boleh buat menabung bro

  • Lakukan audit penggunaan tenaga elektrik di rumah.Ini dapat menjamin sistem pendawaian yang betul di rumah atau pejabat.Tengok bacaan dan bil elektrik bulanan korang, sebab apa tinggi sangat?..

  • Penapis air con mesti dibersihkan dengan kerap.Aliran udara yang lancar dapat mengurangkan penggunaan tenaga.Yang nie boleh buat sendiri je sebenarnya, korang buka penutup depan air con korang dan tarik penapis habuk ..then pergi la basuh..keringkan dan pasang semula.Bukannya perlu buka skru bagai pun.Cuma kena ada tangga le..maklumlah aircon terletak atas wall

  • Kompresor mesti dibersihkan Gunakan hos getah(pastikan bekalan elektrik di matikan dahulu).Jika anda kurang mahir berhubunglah dengan juruteknik yang mahir.Kalau rasa kurang sejuk walaupun korang dan tekan 16C..panggil lah..korang lagi nak tunggu

  • Matikan lampu pada waktu siang. Bunyi macam mengarut, tapi ramai jugak yang pasangkan lampu 24 jam...jimatlah sikit bro

  • Bagi rumah yang mempunyai kawasan tanah,tanam pokok untuk teduhan.Teduhan dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.

  • Gunakan kipas siling untuk aliran udara.Malahan pembinaan rumah yang mengutamakan aliran secara semula jadi amat digalakkan.

  • Set kipas pada pendingin hawa kapada " ON" daripada "AUTO".Pengaliran udara yang sekata dapat menstabilkan suhu udara dalam bilik.

  • Beli penghawa dingin yang bersaiz betul untuk kegunaan rumah atau pejabat.Unit yang besar menggunakan lebih banyak tenaga.

  • Setkan penghawa dingin pada suhu 24 - 26 darjah celsius,iaitu paras rendah (24 darjah celsius) semasa cuaca panas dan ( 26 darjah celsius) pada musim hujan.

  • Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan tenaga. Kalau perlu sangat korang gunalah...bukannya setiap kali nak mandi mesti guna pemanas air

  • Gunakan penyembur air yang jimat air,air yang kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang.

  • Perbaiki paip yang bocor,terutama jika melibatkan perkakasan air panas.

  • Mandi adalah lebih baik dari merendam dalam tub mandian.Lebih banyak air panas di gunakan lebih banyak tenaga dibazirkan.

  • Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga,terdapat peralatan yang menggunakan 75% tenaga kurang dari oven yang besar.

  • Koil peti sejuk mesti divakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.

  • 30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk dibuka.Keadaan yang sama untuk oven.

  • Jangan memasukkan makanan melebihi muatan peti sejuk.Ini kerana udara sejuk perlu mengalir bebas untuk memastikan makanan disimpan pada suhu yang betul.

  • Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa.letakkan wang kertas satu ringgit dan tutup pintu.Jika wang kertas itu boleh ditarik,anda perlu menukar magnet tersebut (gasket).Guna oven yang mencuci sendiri selepas memasak,apabila oven masih panas.ini dapat mengelakkan masa yang panjang untuk dipanaskan semula.

  • Tutup kuali atau periuk untuk mengurangkan masa memasak,letakkan periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.

  • Cuci pakaian dalam muatan yang penuh.Pastikan aras air disetkan pada aras yang betul.

  • Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian,air panas hanya sesuai untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.

  • Elakkan pengeringan pada hari yang cerah.kita dikurniakan cahaya matahari yang banyak.

  • Lampu kalimantang kompak menimatkan tenaga 75% daripada lampu kalimantang biasa.Bersihkan lampu dengan kerap.Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran cahaya. sekarang nie lampu LED semakin ramai yang guna, memang menjimatkan

  • Warna yang cerah memantulkan lebih banyak cahaya.Rancanglah perhiasan dalaman rumah atau pejabat,kerana ia boleh menjimatkan tenaga.

  • Keluarkan palam bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan.kebanyakan peralatan ini terutamanya komputer ,TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suis dimatikan.Jika dinding di rumah tidak ditebat,gunakan perkakasan berat seperti rak buku atau sofa untuk diletakkan disekitarnya.ini membantu mencegah kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.

  • Jika anda keluar rumah untuk jangka masa yang lama tutuplah semua perkakasan elektrik yang boleh ditutup.

  • Melaburlah untuk membeli peralatan elektrik yang 'cekap tenaga".Wang boleh dijimatkan untuk jangka masa panjang dengan pelaburan yang betul.

  • Bacalah label Panduan Tenaga dengan betul.Pastikan anda anda membandingkan peralatan yang setara.Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan besar bagi jenama yang sama.Jangan tertipu dengan jualan rumah daripada promoter.

  • Belilah barangan yang sesuai dengan keluarga anda,untuk mengelakkan pembaziran wang dan tenaga.

  • Jika peralatan elektrik melebihi 10 - 15 tahun,Tukarlah kepada peralatan baru yang cekap tenaga.

  • Pastikan label 'EnergyStar' ada pada peralatan cekap tenaga.Ini menunjukkan persijilan daripada pihak kerajaan atau membukti peralatan elektrik yang anda beli memang menjimatkan tenaga.Jika peralatan tersebut buatan Malaysia,lihat label 'Cekap Tenaga' yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga
Korang nak tahu tips jimat super power. Jimat bukan maksud papa bro...jimat maksud uruskan duit dengan betul.Golongan muda dan yang nak jimat meh sini saya payungkan tips kaw kaw power jimat dari semua segi dan siap boleh kumpul duit lagi..Nak tahu...mari baca panduan nie 123 tips jimat dan mampu kumpul RM 1000 sebulan....

0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.