11 Perkara Yang Akan Buatkan Duit Korang Susut Gila Gila


1. Kerap beli smart phone dan gajet. Kita nak layan keperluan kita atau nak layan ego atau nafsu kita? seandainya kita sudah mempunyai telefon,so lihat keperluan telefon pada kita..Untuk busines? Untuk keseronokan atau layan game.Beli berdasarkan keperluan ok.Bagi remaja atau pelajar universiti jangan bebankan diri korang dengan smart phone.Dapat duit PTPTN korang terus rembat iphone baru satu then lepas tu korang makan mee segera je..tak pun harap makwe pakwe korang belanja..Uruskan duit dengan betul.


2. Online shopping. Ini pun mesti beli berdasarkan keperluan.Memang ada penjual besar seperti Lazada yang buat fair.Aku pun beli pampers jugak dekat Lazada waktu time murah.kalau murah korang pergi le beli. Namun korang berhak untuk buat survey kat internet ..tengok harga offline berapa..harga online berapa...jangan main beli..Beli online memang stail..tapi berhati hati takut benda yang boleh dapat dengan harga murah..korang beli dengan harga mahal

3. Kad kredit dan kadar faedah. Ini bebanan yang paling besar dihadapi oleh golongan muda mudi terutama yang baru berkerja.Kad kredit bukan lambang kemewahan dan kesenangan.Ianya adalah salah satu cabang perniagaan dari pihak bank.Tanpa pengurusan yang betul korang akan tanggung hutang kad kredit bertahun tahun lamanya.Dulu aku adalah jugak pakai..namun aku tengok keadaan semakin membebankan...Jadi aku tutup kad kredit aku..habis cerita..jiwa pun tenang. Bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.Bina kehidupan tanpa kad kredit sebenarnya lebih indah. Susun kewangan korang setiap bulan ..apa yang perlu dibelanjakan dan apa yang perlu disimpan. Kadar faedah yang tinggi untuk buat pinjaman juga mesti diambil kira..ambil mesin kira kira dan buat kiraan sendiri berapa yang sebenarnya korang kena bayar

4. Kena kencing dengan skim cepat kaya. Orang melayu terutamanya suka benor dengan skim cepat kaya...kaum lain pun ada.Sebenarnya skim cepat kaya memang berselindung disebalik nama yang pelbagai..So korang berhati hati...pelaburan yang menjamin keuntungan tetap setiap bulan..aku ulang keuntungan tetap setiap bulan..mana ada dalam hukum Islam macam tu...toksah sembang kencang...nak tapi skim cepat kaya yang bersepah dekat internet..korang pi dekat google dan taip sahaja nama skim ..contoh...skim cepat kaya XYZ scam...nanti keluar macam macam pendapat pelabur yang terkena..Korang hilang duit macam tu sahaja. Biakkan duit korang dengan cara yang betul.Untuk pelaburan jangka panjang korang boleh melabur dalam ASB atau pun simpanan tetap Tabung Haji...kalau korang nak lebih rare korang boleh buka akuan CDS dan mulakan pelaburan dengan rasa tidak tamak di Bursa Saham Malaysia..tak tahu? Susah? Korang boleh belajar buat duit dengan saham di sini

5. Pelbagai bentuk saman. Yang ini pun tolong selesaikan sewaktu masih tak tertunggak..nie kita biar saman sampai beribu ringgit lepas tu jenuh minta ehsan polis bagai nak kurangkan saman.

6. Beli kereta hutang. Setuju dengan alasan kereta sebagai keperluan sekarang. Namun kalau korang hobi asyik tukar kereta bila keluar model baru, bila korang nak settle hutang dan bebas kewangan. Hutang bukan sikit bro..main makan masa 9 tahun..beribu duit habis..tu tak termasuk servis bagai..kalau bayar cash sekali pun ..katakan RM 60 k..duit tu kalau diuruskan dengan betul banyak benda lain boleh selesai

7. Pelbagai langganan bulanan. Paling serius adalah untuk hiburan, Astro memang dah kaya raya bro..kekadang ada pintu rumah yang nak lerai dah..tapi langgan astro. Katakan kita langgan RM 60  kalau setahun dan berapa tu...ada TV pun sebenarnya dah memadai...nak selesa sikit pasang Injoi je..one fee instalation.Tu baru Tv je..tak termasuk line internet telefon, tak termasuk macam macam lagi.memang barai la duit setiap bulan

8. Pelbagai denda lewat (late fees) bayar. Susah bab nie..tapi kena alert betul betul.buat apa bayar lebih dari yang sepatutnya kalau kita boleh bayar jumlah yang betul dan cepat setiap bulan


9. Makan luar yang mahal (terlebih hipster).Nak makan kat luar silakan lah...tapi agak agak le...kalau seorang dah habis RM 90-100 apa kebendenya tu...Kita makan sebab ego je sebenarnya...Nak rasa pun tapi lepas tu upload dalam laman sosial yang kita dah makan itu dan ini. Memang susah nak puaskan ego kita sewaktu makan.

10. Pelbagai cukai berganda

11. Terpengaruh dengan pelbagai bentuk tawaran. terutama jualan murah..tak murah lagi kalau kita dah borong  10 helai baju...yang sepatutnya tadi niat kita nak beli  1 je..

kredit : Abam Zaidi Ismail

0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.