Puasa dan Juga Diet Untuk Kuruskan Badan?

Assalamualaikum dan selamat berpuasa.

Puasa merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan. Namun sepanjang berpuasa ada di antara sahabat kita yang menjadikan puasa sebagai flatform atau cara untuk menguruskan badan. Namun perlu diingatkan puasa itu sendiri merupakan salah satu tuntutan ibadat yang diminta oleh Allah SWT untuk kita melaksanakannya.Ianya begitu unik kerana Allah SWT Maha Bijaksana menjadikan ibadat puasa yang bukan sahaja untuk kesihatan jasmani atau fizikal, namun dapat membawa manusia ke arah mengapai ketakwaan. Wow..hebat bukan... Bukan senang nak menahan diri.Ya menahan diri dari lintasan atau cetusan rasa hati yang mendorong kepada kemaksiatan, menjaga lidah dan pandangan serta membina akhlak.Bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum.Banyak pulak nak ceritanyakan.....


Straight to the point sahaja..bulan puasa nie, berat badan aku turun sebanyaak 8 kg beb!!!. Wow.... bukan maksudnya aku nak fokuskan pada diet nie.Sebab perkara yang paling penting sekali adalah roh puasa itu sendiri. Betulkan niat korang berpuasa bukan sahaja untuk kurus,sebaliknya mencapai ketakwaan dan rahmat dari Allah SWT.  Emm..cerita bab kurusakan badan, petuanya cukup simple je yang aku amalkan sewaktu bulan puasa nie

1. Sewaktu sahur,lebih serat, seperti sayuran.Kalau korang suka oat pun baik jugak. Resipi sahur yang simple tapi mengenyangkan ialah oat, susu, kurma dan pisang. Bancuh susu lebih kurang mangkuk sederhana, tambahkan 4-5 sudu besar oat, tambahkan kurma(korang potong kecil) dan juga pisang kalau korang suka.Lepas tu jangan lupa minum air masak.Sihat pun sihat..kenyang pun kenyang.

2. Ikut sunnah SAW. Berbuka dengan kurma dan air masak dahulu. Stop. Then pergi solat dulu. Lepas tu baru jamah makanan. Biasanya nasi yang terbaik adalah segenggam sahaja.Lebihkan sayuran,kurangkan makanan berminyak dan juga pedas.

3.Kurangkan minum kafein seperti kopi . 

4. Jangan makan berlebihan. Selepas setengah jam korang boleh makan buah-buahan. Buah seperti betik dan buah naga adalah sangat baik untuk penceranaan perut kita.


5. Jangan tidur selepas sahur.Buatlah solat sunat Tahajud dan juga solat hajat dulu.Lepas tu peersi ke surau atau masjid berdekatan untuk solat subuh.Beri ruang untuk perut kita mencernakan makanan dengan sihat.

Simple jekan...teringin nak ke bazar Ramadhan? memanglah nanti dekat sana kita akan nak beli macam macam,sebabnya perut kita kosong. So korang tanya diri korang sendiri, Makanan memanglah sedap tapi setakat di lidah dan tekak sahaja,Jadi jangan hairan kalau nanti selepas habis Ramadhan pun badan korang masih cam tu jugak, masih rasa tak sihat serta berat badan semakin bertambah...Ubah suai  bro cara pemakanan korang.Puasa dah cukup baik untuk kesihatan, namun habit dan cara makan boleh menyebabkan korang sakit? Setuju?....

0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.