7 Perkara Asas Peniaga Baru Kena Buat Untuk Berjaya Dan Bertahan Lama


Perkara asas ini rasanya sudah ramai yang tahu.namun konsisten dalam perniagaan bukan perkara yang mudah.Berikut adalah tips  untuk peniaga

Pemasaran secara Konsisten

 Lakukan secara konsisten. Non-stop setiap hari!Sehingga produk kita jual diterima oleh sasaran pelanggan.Pemasaran yang baik ialah tidak menampakkan kita terlalu menjual. Soft sell.Berkongsi sesuatu supaya mereka dapat manfaat.Tunggu! Sebelum jalankan aktiviti pemasaran, Kenalpasti terlebih dahulu sasaran pelanggan, apa masalah mereka yang kita mahu selesaikan yang mereka sanggup bayar kepada kita untuk selesaikan masalah itu.
http://bit.ly/2m89KrJ

.

Jaga Pelanggan Sedia Ada

Apabila sudah dapat pelanggan, jaga mereka. Biar mereka berpuas hati dengan layanan kita.  Mudah untuk mereka jadi pelanggan setia.Maklumat pelanggan juga harus disimpan rapi. Nama, alamat, no phone, emel, dan rekod pembelian Mereka ibarat aset penting buat korang.Bukan apa nantinya bila facebook dan meluat dekat korang dan Instagram pun dan tak nak terima korang lagi ..atau kedua duanya shut down(nampak macam mustahil..tapi kalau nak berlaku....siapa boleh halang)..korang ada database pelanggan korang. Boleh follow up...

.

Asingkan Duit Busines Dengan Duit Peribadi

Jika masih guna personal account dan segala macam duit dalam akaun tersebut bercampur, asingkan segera.Sebahagian peniaga, bukan masalah jualan tak rancak, tapi duit masuk entah dibelanja ke mana. Duit pelanggan bayar, duit adik bayar hutang, duit gaji, duit suami bagi, semuanya digaul sekali di satu tempat.

.

 Letak target dan buat jadual gerak kerja.


Letak target sederhana yang harus dicapai.Mula-mula letak target 12 bulan dan pecahkan kepada 3 bulan, 1 bulan dan harian.Apakah gerak kerja perlu dilaksanakan untuk capai target tersebut? Senaraikan. Minta nasihat senior bisnes.Buat sampai jumpa cara lebih betul.

.

 Ambil risiko mampu diserap.


Dalam apa-apa keputusan bisnes, usah gatal tangan over-excited ambil risiko besar. Apabila berlaku sebaliknya, kita terduduk, berhutang sana-sini.Sentiasa ambil risiko kecil banyak kali sehingga kita jumpa cara yang betul.ada masa yang sama, jangan terlalu takut dan hati kecut. Nak ambil risk pun terhegeh-hegeh.Jangan marah ye..

.

Luang masa berjumpa dengan rakan satu industri.

Banyak maklumat kita dapat melalui sesi ini. Tidak perlu terlalu kerap. 5 jam setiap bulan sudah cukup.Di samping itu, ia juga membantu kita lebih kuat hati untuk terus berniaga. Dapat sokongan daripada rakan rakan dan otai bisnes yang lain.Mereka inilah komuniti positif yang terdiri daripada senior-senior bisnes yang selalu 'push' kita, galakkan kita dan berpesan do and dont's dalam bisnes.

.

Amalkan gaya hidup 'biasa-biasa'.


Simpan untung. Ambil gaji minimum sahaja untuk tampung keperluan hidup.Biar bisnes kita ada simpanan untuk 6 bulan ke hadapan. Lagi tenang kita mahu bekerja.Majoriti usahawan berjaya hari ini, yang mana bisnes mereka sudah berkembang lebih 10 tahun, hidup sengkek dan cukup-cukup makan sahaja pada fasa awal bisnes.Keuntungan peringkat awal banyak dilaburkan semula untuk perkembangan bisnes mereka.


sumber: Group whatapps VIP  DutaNaga.com

0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.