7 Cara yang Boleh Para Guru Amalkan Untuk Jaga Kesihatan



Kerjaya Perguruan Kerja Mulia

Kerjaya sebagai guru memang tugas mulia.Itu aku rasa ramai dah tahu. Ramai dah biasa,kerana tugas menyampaikan ilmu formal adalah daripada guru. Namun ramai juga yang mempunyai salah tanggapan terhadap guru. Guru banyak cuti, guru  tak bertugas seperti  9 hingga 5 macam penjawat awam lain...guru dera pelajar dan macam macam hal guru yang jadi bualan masyarakat.Tambahan dengan zaman ledakan teknologi maklumat dan media sosial,apa yang berlaku di sekolah disampaikan oleh pelajar kepada ibu bapa meraka. Anak yang mempunyai latar belakang pendidikan dan sahsiah yang baik pada aku Insyaallah akan mempunyai tanggapan yang baik terhadap guru meraka, tak kisah lah siapa meraka anak orang kaya atau golongan marhean biasa seperti aku ini.

 Ya...tidak dinafikan memang tugas guru semakin mencabar, namun perkara yang paling penting  yang perlu kita faham,tugas hakiki guru sebenarnya adalah mengajar,tak kisah sama ada mind on atau hand on, tak kisah cara pengajaran macam mana, Cuma di Malaysia guru terikat dengan matapelajaran berteraskan peperiksaan,kecuali bahagian teknik dan vokasional.


Tugas Guru Semakin Mencabar Pada Abad Ke 21

Cuma dengan pelbagai program dan idea guru juga terlibat secara langsung atau tidak  dengan pelbagai kerja perkeranian dan juga selepas waktu mengajar... Adalah pemandangan biasa  jika seorang guru pagi bertugas sehingga petang jika ada event tertentu di sekolah...seorang guru terlibat dengan menghias kelas,sanggup mengecat dinding kelas bersama sama dengan pelajar... ,bercucuk tanam hiasan sekolah itu ini...tu belum masuk lagi  dengan cikgu sekolah rendah yang sanggup mencuci kencing berak pelajar  dan melayan anak anak lebih dari anak sendiri.... Itu belum lagi dengan pelbagai tugasan sebagai pemeriksa kertas ,sebagai guru pengawas peperiksaan dan kursus pada cuti sekolah . Malahan weekend juga sebenarnya banyak dihabiskan dengan kelas tambahan dan juga LADAP  sama ada di arah atau  secara sukarela.. semuanya  untuk pelajar ....asalkan pelajar berjaya. Memang tugas guru semakin mencabar dengan pelbagai program  yang dirancang di peringkat atasan..semua atas satu tujuan untuk membina insan yang akan meneruskan Malaysia ke arah lebih baik.

Aku tak mampu nak ceritakan semua tugas guru, kerana memang sangat banyak sebenarnya tugas guru.Senang cerita bai...engkau datang sendiri dan cuba mengajar kelas terakhir dengan penuh rasa tanggungjawab..tak payah sebulan..2-3 minggu cukuplah..nanti korang akan faham tugas guru bukan mudah kerana dengan ikhlas membantu pelajar yang bermasalah dan mengajar dengan sabar dan tekun.Garang? itu adalah cara supaya pelajar fokus..tujuannya supaya pelajar lulus cemerlang  Insyallah

Dalam kesibukan mengajar ,guru juga sebenarnyalah manusia biasa....mungkin seorang ayah..seorang ibu..seorang kakak dan seorang abang.  Pastinya tugas hakiki sebagai suami dan juga ayah atau sebagai seorang isteri dan juga ibu amat mencabar...Bukan mudah sebenarnya untuk berhadapan dengan pelbagai tekanan sama ada dari pihak  pentadbir yang sentiasa ingin kecemerlangan dalam akademik dan siasah.jadi ramai jugak guru yang sakit dan tertekan.....
 Guru berhadapan bukan sahaja dengan pelbagai karenah pentadbiran dan perkeranian secara offine dan juga online,malah guru juga terlibat dengan pelbagai karenah pelajar yang sangat mencabar sekarang.  Ramai jugak guru yang abaikan kesihatan mereka ..ramai jugak yang  sakit...terutama guru yang berumur 40 an ke atas..kerja semakin banyak..tanggungjawab semakin mencabar... So dekat sini adalah sedikit perkongsian aku..walaupun  taklah seideal mana cadangan aku neh..tetapi sekurang kurangnya dapat membantu guru dekat luar sana supaya menjaga kesihatan mereka.Insyaallah

1. Tugas Kita Adalah Amanah Allah.

Aku tahu dan kalangan guru pun tahu...ada segelintir atau sesetengah guru yang berkepala masam...sorry to say...maksudnya tak mahu buat kerja yang di arahkan....asyik komen negatif je..asyik semua orang salah je...asyik tak betul je semua. Namun  majoriti guru faham dengan core busines mereka sebagai pengajar. Aku tak nak sentuh bab kepala masam kaki bangkang dan lawan nie..ada je kat mana mana pun institusi...mungkin kata ada baiknya mereka sebab boleh check and balance pentadbir yang lemah dari segi pengurusan.Namun dari satu segi mereka adalah liability buat rakan penjawat yang lain...Kita hidup atas dunia nie nak megah setakat mana sangat..nantinya kita akan balik mengadap Allah SWT jugak kan...so kalau dah namanya guru jomlah kita jalankan core busines kita ..mengajar..sandarkan pada Allah Insyallah nantinya ada kebaikan yang sampai pada kita,hati pun lebih reda walaupun kerja banyak. Marilah kita tenangkan hati kita..ketenangan adalah faktor utama untuk elakkan kita jadi’sakit’. Walaupun ada yang kata..kalau ko pegang jawatan itu dan ini..sampai pencen la ko pegang...mungkin ada betulnya.Buat kerja jangan mengharapkan balasan dan pujian manusia semata mata..nanti tak dapat akan merana...Cuma kita reda atau tidak..itu sahaja persoalannya. Jaga hak Allah..Insyaallah Allah jaga hak dan aib kita.



2. Tunaikan Solat Duha.

Time free..pergi surau sekejap..tenangkan diri..rasakan air wuduk menyentuh lembut kulit muka..rasanya time itu niatkan mencari reda dan restu Allah SWT...nanti korang akan rasa perbezaannya. Sandarkan doa pada Allah SWT supaya dimurahkan rezeki...diberkati pengajaran dan semoga Allah redai perjalanan kita sebagai guru...bukan ambil masa lama pun...cuba buat ..nanti korang rasa lebih tenang Insyaallah.Masa lapang waktu malam bagi guru lelaki muslim..bawaklah hati dan diri hadiri kuliah dan pengajian di masjid ..surau...



3. Hormati Rakan Sejawat

Bercerita tentang bab nie pada aku ..dalam kalangan guru seharusnya faham...mereka adalah rakan..aku ulang rakan sejawat.Walaupun mungkin lebih muda please hormat idea dan pandangan mereka, dan pada masa yang sama guru guru muda  pula hormat juga kepada senior. Tak salah jika saling bertegur sapa dan bertanya khabar..be professional dekat sana ok.. .Fahami tugas dan hak masing masing dan jangan overrule dan overlapping tugas. Senang sahaja sebenarnya... jangan sukarkan perkara yang mudah.Jangan sailang,memburuk burukkan rakan sejawat.Jangan salah gunakan kuasa, dan jangan merasakan diri kita lebih baik dari guru lain dalam semua segi.Jangan ganggu tugas guru lain kalau tidak berkaitan dengan kita.Jangan asyik mengadu domba dan membodek pihak atasan.Setakat mana sangatlah kita boleh bertahan, kerana Allah itu Maha Adil...tak hari nie..esok lusa kita akan mendapat balasan...kalau selamat di dunia pun di akhirat belum tentu.Hiduplah dengan jiwa murni dan tenang....




4. Jaga Pemakanan Dekat kantin

Aku tahulah teh tarik..kopi tarik..nescafe tarik pilihan ramai guru...sedap memang la sedap bro...tapi kalau engkau setakat pegang pen..kurang sangat kalori yang terbakar. Guru kena ubah tabiat makan di kantin.. Air suam dan juga susu rendah lemak sepatutnya jadi pilihan ramai guru. tak pun lemon suam kosong😄 Pilihlah makanan yang berprotien dan kurangkan kuih kari dan gulai dalam makanan. Jangan lupa makan sayur dan ulam jika ada. Malah kalau ada buah buahan kat kantin pergi lah beli...Ramai guru yang obes..tak kisah la..tahap satu atau 2 ..kita pun bukan ada masa nak buat workout dan senaman..tu pun kena tunggu hujung minggu baru menyempat nak bersenam atau jogging...Jadi guru...jaga pemakanan untuk jangka masa panjang. Sakit bukan berjangkit nie derita ..kalau sakit terluka kena pisau nanti boleh juga sembuh..namun sakit macam diabetes dan high blood pressure bukan senang nak layan menyakit nie....ye laa..kalau sakit memang sakit jugak..tetapi kita berjaga jagalah.. Bagi yang hisap rokok...bawak bawak la berhenti.Ulama pada asasnya dah mengharamkan rokok...cubalah...berenti merokok nie berkait dengan hati...kalau hati nak mudah sahaja..Insyaallah.Janganlah tidur lewat sangat...





5. Kurangkan Rasa Marah Korang

Sewaktu aku di Teluk Intan..10 tahun yang lalu aku ada berjumpa dengan seorang guru besar pencen sewaktu open house hari raya puasa..lebih kurang gitulah...jadi aku sempatlah berbual dengan guru besar pencen sorang nie...cukup tenang  orangnya..tetapi ceria dan humble je...nampak sihat dan semangat..Aku tanya berapa umur dah sekarang..katanya dah 65 tahun...Dalam berbual  dia beritahu satu petua..katanya..jangan selalu hidup dengan kebencian..dan rasa marah..Marah perlu sebagai mempertahankan hak..namun memaki ..mencarut..bermasam muka....saling sailang rakan sejawat ...saling membenci bukanlah caranya untuk lama bertahan dengan tenang dalam profesion perguruan.  Jangan marah tak tentu pasal..asyik merungut tak berenti...benci rakan guru sana sini. Berbelas atau bertahun membina persahabatan dan ianya boleh rosak sekejap sahaja oleh sikap baran dan rasa kita saja yang betul dalam tempoh beberapa minit....memang puas hati marah..namun selepas itu bagaimana.... jangan duk rasa dengki dan adu domba keaiban rakan sejawat...sebab orang yang mendengar adu domba pun boleh berfikir.....aikk..tadi depan mamat tu bukan kemain baik eikk...tapi belakang macam macam dia kata...entah entah aku pun dia kata macam nie jugak...jadi bila nak selesainya?


6. Bertanggungjawab Bukan Obses Terhadap Tugas 

Memang kita ada tugas masing masing yang dipertanggungjawabkan. Namun pada masa yang sama jangan obses terhadap tugas. Ya bertangungjawab 100% tetapi bukan obses. Bab nie kena fikir sendiri...kena muhasabah diri. Sesuatu tugasan memang penting, namun teguran, cadangan ,pendapat yang disalurkan dengan berhemah jangan diketepikan begitu sahaja..pertimbangkan..dengan wajar dan baik. Jangan ganggu kerja guru lain..kalau bukan kerja engkau......kalau nak tolong..bagitahu nak tolong..tetapi jangan menjatuh maruah dan mengaibkan maruah rakan sekerja.....Insyaallah..hati kita pun tenang je nak buat kerja...


7.  Sentiasa Ingat Kita Ada keluarga Bersama Kita

Faktor sokongan dari keluarga juga penting. Maksud aku semua guru kena ingat bahawa keluarga yang ada mawaddah dan rahmah mampu memberi ketenangan kepada para guru. Sudahlah seharian sibuk dengan karenah pelajar dan kerja kerja yang  banyak, faktor di rumah memainkan peranan penting. Sebab itu faktor pasangan sama ada suami atau isteri memainkan peranan penting..biarlah walaupun rumah kecil tetapi hati bahagia...kalau yang bujang mungkin boleh tujukan ada ibu bapa bagi yang  dah berkahwin pada pasangan dan anak anak. Insyallah.




0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.