Macam Mana nak Guna LCD Kalau Laptop Tak Ada Port VGA?

  Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan pembaca....

Hari nie aku nak sharing sikit tentang penggunaan laptop yang tak ada port atau tempat untuk sambungkan wayar VGA.Wayar VGA nie adalah wayar yang digunakan untuk sambungkan LCD ke komputer atau pun digunakan  untuk sambungkan monitor ke desktop.

Laptop atau notebook aku tak ada port untuk VGA. Aku hanya guna notebook Acer Aspire E 11 yang hanya dikuasakan oleh Intel Celeron je...dan tak ada port untuk wayar VGA. Yang ada dekat sana adalah port HDMI je( laptop baru sekarang semua ada HDMI port)... so kalau nak selesaikan masalah nie...kena beli wayar converter iaitu yang menyambungkan port HDMI laptop ke VGA LCD. Akhirnya hasil carian aku dekat Lazada berjaya. Memang ada....jadi aku pun order le satu..dan dah sampai pun....harga pun boleh la tahan..Pada aku berbaloi la..sebab tak yah start enjin kereta..dan bazirkan masa sekadar nak cari converter nie. jadi setakat nie converter ini dah banyak memudahkan kerja aku,terutama sejak diberi tugas guru PA sistem sekolah....


Cuma satu sahaja nasihat aku.setiap coverter nie akan ada satu lubang kahs untuk bunyi.Jadi kalau korang nak pasang video atau adanya bunyi dari laptop korang just sambungkan wayar audio tu dari komputer dan masukkan dekat lubang kecil di converter HDMI ke VGA. Aku dah terkena sekali...waktu perlantikan atau watikah pengawas...lagu NegaraKu  tak berbunyi dahhh...rupanya aku tak masukkan wayar audio ke lubang audio di converter tu...baik kalau korang cari converter nie boleh tengok dekat bawah nie.


0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.