Betulkah Boleh Buat Duit Dengan Menulis? Nak Tulis Apa? Nak Mula dari Mana?

 
  Berdasarkan tajuk dekat atas...satu ayat sahaja aku nak bagitau...cakap senang..tetapi nak menulis sehingga buat duit bukan senang.Fullstop, tetapi dalam bukan senang tu, ada yang buat duit 3 angka sehinggalah 5 angka sebulan! Bukan cakap gebang..bukan sembang kencang..tetapi itulah realitinya. ...Mungkin ada yang kata alahh...depa boleh lah..idea mencurah curah...banyak benda boleh tulis...tetapi ada yang tulis secara berkala..tetapi hasilnya konsisten. ..

Menulis memang boleh buat duit...cuma bagaimana nak buat duit dari menulis sahaja yang perlu dikuasai. Tak kisah sama ada korang buat secara offline atau online.....boleh sahaja buat duit dengan menulis. 

Kalau secara offline boleh sahaja korang mula menulis 

1.Artikel 
2. Cerita
3.Cerpen
4.Novel
5.Buku( ikut genre,atau kepakaran termasuklah penghasilan buku teks)
6. Bahan sastera..seperti sajak, pantun

Menulis dan hantar di suratkhabar, majalah dan jika lebih serius lagi boleh mula hubungi penerbit...boleh hantar 1 atau 2 bab ( jangan hantar semua!) kepada mereka..suruh mereka review dan bincang dengan mereka untuk mereka terbitkan buku. Teringat dulu dekat Kakak Shima..waktu belajar dekat USM dulu.....waktu aku tahun satu di USM..waktu tu masih menapak lagi dari desasiswa Damai( nama hostel pelajar) nak  ke bilik kuliah A..memang jauh beb...dekat 1-2 km gitu..selalu waktu jalan aku terserempak dengan kakak senior nie..rasanya dia nie..berumur ..mungkin sambung belajar.Tergerak hati nak menegur..memang betullah dia guru sekolah rendah dan sambung belajar untuk sekeping ijazah...waktu tu seingat aku...dia ada bagitau dia menulis buku ...katanya biasa biasa ja..buku cerita kanak-kanak... 

.........Masa terus berlalu aku dah lama tak berjumpa dengan kakak Shima nie...namun tergerak hati nak ke cafeteria Desasiswa Bakti terjumpalah kakak Shima.... cam biasa aku tegurlah dia....rupanya dah duduk luar..tak dapat hostel dalam USM katanya..siap beli motor lagi waktu tu...waktu tu tahun 1997..motor kalau student pakai kira berduit jugalah..walaupun ada pinjaman (bukan PTPTN😌)  dan biasiswa.Sembang punya sembang..katanya Alhamdulillah sekarang senang sikit sebab duit royalti hasil penulisan buku kanak kanaknya dah dibayar...tak banyak katanya dalam 2K cam tu..terlopong jap aku..hehehehe..rupa rupanya memang boleh buat duit dengan menulis.Bila terkenang semula kisah nie..memang menulis boleh buat duit cuma dengan saluran ,cara dan tindakan yang betul kita boleh jana pendapatan dengan menulis...memang banyak kerja pada peringkat awal namun hasilnya memang ohsem.

Di samping menulis offline..menulis dalam talian juga boleh buat duit. nak tulis apa?Paling senang nak mula ialah dengan tulis blog. Blog apa?..bab nie susah nak cakap bergantung kecenderungan masing masing. Blog peribadi paling banyak dan menulis ikut niche blog yang kita minat dan kemahiran.susahnya nak buat duit dari blog ...ya memang susah kalau tak dikaji seni dan jurusnya. cam aku menulis memang dah lama..tetapi kerana tersilap perhitungan... aku tak mampu nak jana duit yang banyak...tetapi bila aku ubah sahaja cara penulisan dengan jurus yang betul dan dari jiwa yang seronok ..Insyaallah adalah hasilnya.

Sebelum tu kenapa blog?..kenapa bukan fanpage..kenapa bukan FB profil..kenapa bukan Insta...korang pun tahukan...semua tu adalah laman sosial..tempat manusia nak bersantai..walaupun ada FB Ads  dan ramai yang buat duit ribuan dan jutaan..tetapi aku masih suka blog, sebab ianya adalah evergreen...dan stabil..andai takdirnya nanti FB, fanpage, Insta dan lain lain laman sosial korang kena blok ..kena sekat..korang masih ada blog .Walaupun media sosial adalah lubuk untuk bina branding dan pengikut, blog masih unggul sebagai medium pemasaran yang terbaik..sebabnya?..Sebab ada search engine...cam google..cam Bing. Blog yang ditulis dengan jiwa dan menerima sentuhan yang tepat akan berada di kedudukan terbaik di search engine. Biar aku buat formula   BLOG (yang ada konten dan ada emosi serta wajah) + trafik (organik trafik dari Google)..maka kebarangkalian untuk buat duit sangat sangat tinggi..sebab...orang bukak google dan search sebab  mereka mencari...contoh peluang buat duit, peluang perniagaan, peluang cari pendapatan sampingan..memang ramai yang carik...terutama lelaki lelaki yang kacak  untuk buat duit hantaran dan meminang😂

Jadi..mula lah buat blog..kalau nak mula boleh buat dari flatform yang free dulu macam blogspot. dan jika serius..boleh buat blog dari wordpress..apa tu bro?...wordpress blog memang super dupa power..dalam bab nie aku cadangkan korang dapatkan panduan dari bro Zyan...aku dah dapat panduan nie...jelas dan mudah je,,bro zyan terangkan..step by step...Aku bagitau sebab aku dah beli panduan wordpress nie...malah aku ada jugak blog wordpress seperti blog wowkerja.com nie.Kiranya jika dah ada blog wordpress maka korang memang serius .memang bersungguh sunguh..sebab blog word press ada kelebihan tersendiri. namun aku tak nafikan blog blogspot cam aku juga ada kelebihan tersendiri.

Apa yang aku boleh simpulkan ialah

1. Binalah blog sama ada percuma..eloklah start dengan percuma dulu..kalau serius gunakan wordpress 
2. Mulalah menulis.Tulislah dari jiwa korang...bina nama dan keyakinan audien korang..jana trafik secara organik atau trafik dari google. Macam mana nak tulis? Ikut suka hati korang lah..janji tulis lah dulu..ada orang suka tulis dengan serius..bahasa yang serius..ada yang santai ..semuanya terpulang dekat korang..macam aku bila aku mula menulis dari jiwa..barulah tahu rupa-rupanya memang boleh buat duit dari blog..kalau korang nak tulis ikut niche atau pengkhususan korang maka istiqamah lah dekat sana.( silalah tulis dan bina trafik dari google sebelum korang start nak jual atau promote barang bagai) menulis blog memang ada seninya. Kena sabar sedikit ..ambil masa 3 bulan kalau nak di craw oleh search engine google. Biasalah la tu...sebab ianya adalah organik ..unik..

3. Setelah no 2 korang mahir maka barulah masukkan cari sumber kat mana nak hasilkan duit.
a. Google adsense (pay per klik )
b. Daftar dengan pengiklanan macam nuffnang( ramai jugak yang merasa hasil kat sana)..aku pulak tak seaktif mana dengan nuffnang nie..malah jika trafik baik boleh cuba daftar Innity, Komli dll...
c. Jadi agen affiliate..macam agen affiliate klikjer.com( antara affiliate yang trusted dan paling diminati ramai) seperti ratusan agen affiliate lain lagi..Tak pun daftar dengan Tim infokerjaya. 
Pendaftaran kedua dua affiliate nie PERCUMA ok...memang hot produk yang boleh korang promosikan..cubalah daftar dan mula buat promosi...dari pada korang buang masa lebih baik menulis....
d. Boleh iklankan servis terbaik yang korang ada dekat blog. Boleh jugak jadi agen pengiklanan.Korang jadikan blog korang host iklan( nie bila blog korang dah ramai visitors la...)
e. Daftar sebagai agen dropship...carik je kat google..pastikan trusted kemas pengurusan tokey dropship tu ok..baru korang join.
dan...banyak lagi peluang untuk buat duit dengan blog...apa yang paling penting adalah kandungan blog yang unik dan tak plagiat hasil usaha orang lain...tak tiru ....copy paste..nanti kena penalti dengan google..korang jugak yang susah.



Ada jugak yang mempunyai penulisan dalam copywriting. Copywriting ikut pemahaman aku adalah penulisan untuk menjual.Itu adalah asasnya sahaja. Gabungan pelbagai elemen dan jurus maka terhasillah penulisan yang hebat yang mampu menjual walaupun  dari blog yang tak menarik dari segi penampilan bentuk atau layoutnya. Antara penulis copywriting yang cukup aktif membantu ramai usahawan di internet adalah Aqif Azizan. Pada aku dia nie adalah seorang penulis yang berjaya mencorakkan bentuk iklan yang bernilai tinggi serta mampu melonjakkan jualan ...terutamanya produk fizikal. Namun sifu ini bukan hanya mahir dalam penulisan copywriting tetapi juga  mempunyai jurus untuk penulisan berpengaruh secara umumnya...orang memang panggil dia sifu..tapi Tuan Aqif Azizan memang humble orangnya,walaupun ramai dah dapat berjaya meroketkan jualan mereka. Sebabnya simple je..hasil penulisan yang bermutu tinggi berserta funnel yang betul maka hasil takkan mengecewakan. cuma satu je nasihat aku....kau tak boleh kaya dengan cepat dari menulis...tapi sekali blog atau cara,bahan serta bukti penulisan berfaedah dan berada dalam rangking pertama carian google maka duit akan datang kemudian....

0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.