7 Resepi Aiskrim Boleh Yang Boleh Dibuat Dari Rumah | Homemade Aiskrim




Resepi AiskrimAala Baskin Robbin.

Kalau nak beli aiskrim Baskin Robbin sangatlah mahal. Untuk buat aiskrim sendiri ini kita perlukan

Bahan-bahan

 1 tin susu cair
 1/4 tin susu pekat (bergantung kepada kemanisan yang dimahukan)
 1 biji telur
 Sedikit Essence Vanilla
 1 sudu besar Ovalett / Emulsifier (Kena pergi dekat kedai jual bahan buat kuih,atau bakery)
 Perasa yang dikehendaki (Contoh : Milo, strawberry dll.)

 Cara-cara

1. Campurkan susu cair, susu pekat, telur, ovalett dan esen vanilla ke dalam pengadun (mixer). Kemudian mix dalam masa 15-20 minit sehingga campuran bahan-bahan tadi naik dan menjadi krim pekat.
2. Kemudian campurkan dengan perasa yang kita mahukan. Nak perasa coklat boleh tambah milo atau vico sikit. Selepas itu kacau campuran krim dan milo sehingga sebati.
3. Dah sebati, masukkan dalam bekas dan masukkan dalam freezer sehingga keras. Boleh dimakan dan dihidangkan bersama keluaraga.



. Cara Buat Aiskrim Kon

Ok, secara asasnya sama sahaja caranya nak buat aiskrim seperti resepi di atas. Cuma yang membezakannya adalah di makan dengan kon aiskrim😃



Resepi  Aiskrim Malaysia

Masa saya kecil dulu ramai orang yang menjual aiskrim Malaysia sama ada di kedai ataupun dijual di rumah. Cara buat aiskrim Malaysia juga sangat mudah. Cuma perlukan plastik yang berbentuk panjang tu. Perasa juga boleh diolah mengikut kegemaran masing-masing. kiranya Aiskrim Malaysia nie dah jadi lejen la...tentu banyak menggamit kenangan korang dulu kala..betul tak?

Tetapi ramai yang ada masalah dengan tekstur aiskrim Malaysia kerana jika salah buat aiskrim anda akan keras seperti ais dan tidak seperti aiskrim. Di bawah  dikongsikan cara buat aiskrim Malaysia perisa asam boi dan nanas.
Bahan-bahan

Air Masak
Gula secukup rasa
 Nanas yang sudah di kopek / Asam boi merah
Plastik aiskrim

Cara-cara
1. Masukkan air masak ke dalam periuk dan gula. Masak gula sehingga larut. Matikan api dan masukkan perisa seperti asam boi.
2. Jika nak buat ais krim nanas, masukkan dan masak sekali nanas ke dalam periuk berisi air dan gula yang dah larut tadi.
3. Tunggu sehingga sejuk dan kemudian masukkan ke dalam jag untuk memudahkan kita nak masukkan ke dalam plastik aiskrim.
4. Dah siap masukkan dalam plastik aiskrim, bolehlah dimasukkan ke dalam freezer.


Rahsia untuk dapat aiskrim malaysia yang lembut adalah dengan memasak air dan gula sehingga larut terlebih dahulu sebelum dimasukkan perisa. Jika kita hanya membancuh gula dengan air sejuk, berkemungkinan besar aiskrim kita akan keras seperti ais.



 Resepi Aiskrim Goyang

Aiskrim goyang biasanya boleh didapati semasa majlis perkahwinan atau majlis keramaian. Dan memang dah ramai yang buat bisnes aiskrim goyang. Untuk menyediakan aiskrim goyang, kita memerlukan mesin khas untuk membuat aiskrim goyang. Tetapi bahan yang diperlukan sebenarnya adalah sangat ringkas. Apa yang diperlukan adalah garam kasar, ais, sedikit air, air berperisa dan mesin aiskrim goyang. Pastinya mesin ini dibuat dengan menggunakan bahan yang tidak mudah menyerap haba untuk mengelakkan kesejukannya.

Cara untuk membuat aiskirim goyang adalah dengan masukkan garam, air dan ais ke dalam bekas mesin aiskrim dan kemudian tutup dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian masukkan air perisa ke dalam acuan aiskrim dan letakkan ke acuan berisi air berperisa ke dalam bekas berisi ais garam tadi. Dan tutupkan.

Biasa kita lihat para pengusaha aiskrim goyang akan goyang-goyang mesin aiskrim tersebut (mungkin sebab itu dinamakan aiskrim goyang). Menurut pengusaha aiskrim goyang, ini adalah untuk memastikan aiskrim goyang yang dihasilkan adalah lembut dan mudah dimakan.

Aiskrim goyang sejak kewujudannya turut berada dalam rangking aiskrim lejen jugak...
Sepertimana yang kita pernah belajar sains zaman sekolah dulu. Takat beku air garam adalah lebih rendah berbanding air biasa. Jadi apabila air garam disejukkan, ia boleh menjadi lebih sejuk berbanding ais biasa dan ini akan menjadikan ia seperti freezer.

Saya sendiri masih belum pernah membuat aiskrim goyang. Tetapi melihat pengusaha aiskrim goyang buat sudah banyak kali😃

Aiskrim goyang memang kerap dijadikan sebagai bisnes aiskrim dalam majlis-majlis keramaian. Jika anda juga ingin buat bisnes aiskrim, anda boleh baca maklumat tentang Cara Buat Bisnes Aiskrim.



 Aiskrim Pasu

Aiskrim pasu merupakan trend terkini (dan pelik) bagi penggemar aiskrim. Asas aiskrim pasu adalah sama sahaja seperti aiskrim komersial, cuma yang membezakannya adalah bentuk dan penampilan aiskrim tersebut yang dihidangkan di dalam pasu. Namun ada berpendapat bekas pasu plastik yang digunakan tidak baik untuk kesihatan

8 sebab jual aiskrim boleh untung gila-gila.

Aiskrim Goreng

Semakin hari semakin banyak resepi yang menarik berkaitan dengan aiskrim yang dikongsikan. Salah satunya adalah aiskrim goreng.


Bahan-bahan

 Roti keping
Aiskrim (buat sendiri boleh, beli pun boleh)

Cara-cara

1. Letakkan aiskrim pada bahagian tengah roti dan kemudian lapikkan sekeping lagi roti di atasnya.
2.  Kemudian cetakkan keliling roti yang diletakkan aiskrim dengan menggunakan cawan sehingga membentuk seperti kuih pau.
3. Kemudian letakkan ke dalam peti sejuk untuk mengeraskan aiskrim semula. Dalam 2 - 3 jam dah boleh digoreng.



 Aiskrim Gulung Langkawi

Saya tidak pasti sama ada aiskrim ini ada atau tidak di tempat lain. Tetapi yang saya tahu aiskrim ini ada di jual di Pantai Chenang, Langkawi. Konsep yang digunakan adalah gabungan antara cara buat aiskrim goyang (mesin penyejuk) dan adunan cara buat aiskrim ala-ala Baskin Robin tu.

Adunan diletakkan pada kuali leper yang sejuk dan di 'uli' sehingga keras. Dan akhir sekali aiskrim tersebut akan digulungkan sebelum dihidangkan

sumber

0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.