7 Tips Comel Memulakan Perniagaan Bakeri Di Rumah | Buat Duit Dengan Busines Bakeri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. cerita bab busines bakeri nie teringat dekat kawan aku yang kerja dekat sebuah majlis perbandaran di Selangor.Walaupun sekadar tukang sapu sampah sahaja ,namun kini dia dah berjaya dalam kariernya sebagai salah satu pembekal biskut kurma sekitar Selangor.  Incomenya mencecah 5 angka sebulan sehingga berhenti sebagai tulang cuci sampah dan kini bersterinya mengorak langkah bergaya dengan busines bakeri mereka.Bakeri nie ada pelbagai jenis atau niche terpulang sama ada dalam bentuk roti ,muffin atau kuih  yang biasanya tahan lama.   Sekarang nie dekat IG pun aku tengok dah ramai dah jual pelbagai jenis bakeri....ya la indusri makanan nie ramai peminatnya........


Jom kita tengok bagaimana nak mula busines bakeri yang berjaya ok.... walaupun nampak macam simple namun kalau nak running busines bakeri memang kena ambil kira beberapa aspek nie 


1. Mesti tentukan jenis busines bakeri korang.

Ambil kira kemahiran yang anda ada, budget yang anda ada serta matlamat dan tujuan busines bakeri anda ,sama ada busines anda  nak dijalankan secara full online, semua jual beli menggunakan online( jimat kos atau ruang kedai)), atau berkonsepkan perkhidmatan kaunter(yang nie macam dunkin donuts dan lain lain tu,tapi kena sewakan ruang sedikit sama ada dekat stesyen minyak, atau di pasaraya (berkonsepkan gerai tetapi nampak bergaya) atau pun memang korang ada cita cita nak buka kedai bakeri sendiri.

2. Sekarang rancang  busines bakeri anda dengan teliti

Apabila konsep bakeri sudah ditentukan maka sekarang rancang semua kekuatan yang ada melibatkan pembelian peralatan seperti ketuhar, pengadun, sehinggalah kepada hal hal yang lebih kecil seperti bahan mentah dan juga golongan sasaran. termasuklah juga di sini adalah jenis kuih atau produk yang dirancang pada musim yang sesuai seperti  menerima tempahan pada hari raya atau musim kenduri kahwin. Jika ingin buka gerai seperti di pasaraya faktor sewaan perlu diambil kira juga.Malahan perancangan akan lebih teliti apabila korang bercita cita nak buka kedai bakeri. namun jika nak bermula perniagaan di rumah atau online maka faktor penyediaan funnel atau saluran marketing atau pemasaran perlu diambil kira pada peringkat awal, sehinggalah kepada faktor aspek pembungkusan dan penghantaran.


3. Tetapkan harga produk bakeri

Di sini penting untuk anda merisik atau jadi spy untuk melihat produk yang seakan sama atau hampir sama.Lihat dari segi harga, pembungkusan termasuklah label jenama. Semua faktor perlu diambil kira untuk meletakkan harga bakeri anda termasuklah kos tersembunyi seperti tenaga dan masa yang digunakan untuk menghasilkan bakeri produk yang yummy! Kos masa perlu di ambil kira kerana ianya penting dan berkait rapat dengan busnies bakeri.  Untuk harga diskaun, pastikan anda konsisten .Tidak salah memberi diskaun kepada saudara mara atau ahli keluarga, namun keutamaan di dalam busines mesti diambil kira juga.


4. Luaskan kuasamu melalui blog bakeri anda sendiri

Hebahan atau pada peringkat awal, marketing memang memainkan peranan yang penting dekat sini.Aku cadangkan korang bina blog bakeri korang sendiri. Blog adalah funnel atau saluran marketing yang cukup evergreen dan ampuh. Jika suatu hari nanti  Fb blog korang, akuan Instagram korang kena hack atau kena ban, korang masih ada blog sebagi saluran rasmi korang. bab nie ramai yang tak ambil kisah...namun percayalah cakap aku, pergi spy syarikat bakeri atau syarikat biskut besar, diorang ada website sendiri,jadi melalui blog korang menjenamakan produk bakeri secara online dan boleh dihebohkan kepada semua sama ada melalui online atau offline.



5. Fokus kepada kelebihan produk bakeri anda.

Kat sini pada pendapat aku kalau anda boleh membina satu kedaai bakeri online atau offline ,biar lah ianya adalah asli atau unik, tak salah meniru, tetapi biar berbeza dari segi konsep pembungkusan. Jaga customer anda kat sini. korang boleh minta customer yang dah beli bagi feedback dekat korang, kumpulkan dan lihat yang mana sesuai untuk korang adjust kemudian nanti. Jaga customer korang terutamanya repeat customer..iangat pesan aku dekat sini nak jual kepada pelanggan yang dah biasa beli dekat anda adalah lebih mudah dari nak cari customer baru.


6. Pelbagai cara marketing bakeri anda

Antara cara yang aku cadangkan sudah tentunya media sosial la...seperti facebook dan Instagram. korang boleh mulakan dengan perkenalkan dekat rakan rapat dan juga family. Jika sudah stabil sedikit bolehlah sponsor kerja amal atau pun bawa ke rumah anak anak yatim atau rumah orang-orang tau. selain berkat ianya juga menjadikan nama bakeri korang meletup Insyallah.


7. Sentiasa up to date dengan barang mentah untuk bakeri

Sentiasa alert dengan bahan mentah bakeri seperti tepung, minyak gula dan mentega. Pastkan anda ada supplyer yang konsisten dan tetap. Cari kedai yang menjual secara pukal....penting untuk kelangsungan busines bakeri anda.


Namun kalau korang masih jugak buntu apabila baca celoteh aku nia aku cdangkan korang carik orang berpengalaman  luas tentang busines bakeri nie dicadangkan rujuk panduan bisnesbakeri nie. Bukan calang calang pengalamnnya, walaupun ownernya humble je.

0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.