9 Tabiat Yang Boleh Membunuh Produktiviti Kerja



Bercerita tentang budaya kerjaya cemerlang dan jugak  produktiviti,kita patut balik kepada asas. Kita perlu bekerja dengan baik supaya hasil kerja kita juga baik.Memang mudah dan jelas.Malahan budaya kerja atau cara bekerja yang baik boleh meningkatkan produktiviti atau hasil kerja sama ada dari segi kualiti barangan ,masa atau juga pengiktirafan atau ganjaran. Namun ada aduan yang mengatakan ramai pekerja terutama sektor awam selalu online laman sosial dan  juag bermain game?  9 habit atau tabiat ini boleh menganggu hasil kerja yang baik dan juga boleh membunuh produktiviti... Bagaimana ? Jom lihat tabiat dan habit yang boleh menganggu kerja sehingga boleh membunuh poduktiviti


1. Kumpul Kerja  Yang Akhirnya Semakin Banyak

Kerja yang dikumpulkan akan semakin banyak, akhirnya sukar untuk siapkan satu satu kerja dengan hasil yang berkualiti, atau kerja akan semakin bertangguh. Semakin anda bertangguh semakin banyak kerja yang akan muncul dan menunggu.Jadi fokus pada kerja awal sehingga habis dan mulalah kerja seterusnya.Istiqamah atau berterusan adalah lebih baik dari berhenti dan mula buat semual kerja yang semakin bertimbun timbun. Kerja boleh juga di asingkan mengikut kategori agar lebih lancar dan mudah untuk dikenal pasti.Samalah juga strategi ini untuk urusan perniagaan atau belajar.


2. Terganggu Dengan Aktiviti Lain Termasuk Laman Sosial

Pengaruh laman sosial memang kuat.Malahan bagi keadaan yang lebih serius lagi habit suka menonton TV, bermain game.Ya ada yang menyatakan tak salah,namun begitu kalau kita memang terlibat dengan perniagaan secara online, dan melayan customer di FB atau di Instagram,tidak jadi masalah, tetapi jika sebaliknya,laman sosial yang menjadi habit,ia akan menjadi penganggu.Boleh matikan atau off notification pada laman sosial sehingga kerja anda selesai. Cari tempat yang sesuai tanpa gangguan dari bunyi bising atau keluarga buat sementara waktu sehingga kerja korang selesai.Kerja yang berkualiti menjamin produktiviti !Log out FB dan teruskan fokus kerja sehingga selesai!


3. Hanya Mempunyai Matlamat Utama tanpa Perancangan Rapi

Mempunyai matlamat dan target  memang baik.Namun Jika anda mengabaikan matlamat jangka pendek serta perancangan untuk mencapainya ,kita mudah terjebak dengan masalah dan rintangan. Sesuatu organisasi yang baik mempunyai matlamat jangka panjang serta memberikan fokus dan bekerja secara jelas bagi semua matlamat yang kecil untuk menuju matlamat yang besar tersebut. Sebagai contoh jika anda membuka sebuah restoren burger atau kedai kek Cheese, matlamat utama anda adalah inginkan sale yang tinggi dan besar, katakan RM 10 k sebulan.Namun matlamat atau gerak kerja yang kecil mesti diberi keutamaan terutama dari segi ramuan dan alatan burger serta bahan istimewa untuk kek cheese dan pelbagai urusan lain mesti turut diberikan keutamaan untuk produktiviti yang lebih baik.



4.Tidak Mempunyai Rutin Kerja Yang Jelas

Ada masa kita akan rasa bosan dan jemu, ya..itu memang normal sebagai manusia biasa, Ada ketika untuk memulakan kerja kita akan rasa malas, sindrom 'Monday Blues' sebagai contohnya. Namun apabila kita mempunyai rutin kerja dan faham kerja kita dengan jelas ,kita akan meletakkan emosi dan rasa malas di tepi.Mudah sahaja, short listkan kerja anda dan anda akan lihat apakah tugas hakiki anda di sana.


5. Cuba Menjadi Paling Sempurna

Memang kita mahukan krja yang sempurna.Di dalam organisasi mungkin anda sudah tahu matlamat dan organisasi anda.target kerja atau ingin pencapaian yang anda mungkin rasa tidak realistik adalah satu cabaran besar. Masalah akan timbul bila mental kita sudah mula blocking atau rasa ianya mustahil akan tercapai atas beberapa sebab tertentu.,maka di sana produktiviti akan semakin berkurangan.Caranya apa yang paling penting kita mulakan tugas dan niat untuk habiskan tugas tersebut,matlamat pulak? Ia akan mengikuti rapat setelah kita selesaikan tugas kita tersebut habiskan kerja dengan betul adalah lebih penting daripada paling sempurna atau terbaik tugas yang kita lakukan.Kita perlu menerima kesilapan dan belajar darinya.Mengharapkan kesempurnaan tanpa kesilapan bukanlah satu matlamat dan gerak kerja yang terbaik.Rujuk sahaja syarikat konglomerat di seluruh dunia,syarikat permotoran sebagai contohnya , mereka bermula dari bawah, menempuh kegagalan, belajar darinya dan selesaikan tugas hingga titik terakhir.


6. Terlalu Banyak maklumat

Apabila terlalu banyak maklumat dan info yang sampai, maka kita akan terdedah kepada banyak pilihan, mana satu nak pilih? mana satu nak buat ini. Sepatutnya tenang diri,offkan semua sumber maklumat tersebut dan mulakan dengan apa yang kita sudah mulakan, atau mulalah dengan perkara yang kecil. Dari sana barulah kita boleh bergerak dan fokus kembali kepada tugas sehingga selesai.kalau dalam konteks blogger atau internet marketing, anda mungkin terdedah kepada pelbagai kaedah untuk buat duit atau pemasaran sehingga pening nak pilih mana satu,orang buat blog ,anda buat blog, orang buat affiliate anda buat affiliate, orang jual simkad anda juga ingin turut serta,dan sebagainya...jadi Buat pilihan dengan tips di atas.


7. Mempunyai Terlalu Banyak List Thing To Do

Sebaiknya pilih 5 yang paling penting atau urgent untuk anda lakukan. Apabila terlalu banyak, maka ia akan menganggu produktiviti dan fokus kerja kita.


8. Akan Berkata Ya Untuk Semua Tugas.

Bukan menolak kerja, tetapi perlu berkata secara jujur  walaupun ianya sukar.Anda mungkin boleh beri pilihan atau berbincang untuk mendapatkan hasil kerja yang terbaik. Keadaan stress akan berlaku apabila kita bersetuju dengan tugas yang diberi, tetapi kita asyik merungut berat dan susah,Jadi jujurlah dan berbincang dengan pihak atasan atau bos anda. 


9. Tidak melakukan kerja secara Automatik Jika Ada Kesempatan.

Paling simple jika anda boleh melakukan kerja berulang yang memerlukan anda berkali kali melakukan perkara yang sama, yang anda boleh gunakan kaedah automatik, sebaliknya memilih kaedah manual.Sebagai contoh, penulisan blogger sebenarnya boleh di uruskan secara automatik,begitu jugak dengan penghantaran email dan banyak ketja lain yang boleh dilakukan secara automatik dan memaksimumkan produktiviti anda.


Ubahlah habit negatif di atas, untuk membolehkan anda bekerja di dalam ruang yang lebih baik dan tenang. Semoga perkongsian ini memberi sedikit makna buat kita semua.Selamat bekerja dan seronok bekerja semua.Harap anda boleh berkongsi maklumat ini dengan rakan sekerja anda.


0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.