8 Tips Penting Sebelum Beli LCD Projektor Buat Guru






 sumber:gadgetreview

Projektor LCD atau DLP  merupakan pilihan ramai guru untuk digunakan sebagai salah satu alat bantu mengajar.Namun  ramai juga yang menggunakan kemudahan yang sedia ada,atau rojektor sekolah sahaja, seperti di makmal computer,bilik tayangan atau pun bilik akses di sekolah.Ramai jugak guru yang teringin untuk beli je sendiri LCD projector ,sebabnya simple supaya tak bertembung dengan rakan yang turut ingin gunakan LCD tersebut.Dengan adanya LCD sendiri, pengajaran tentu boleh dijalankan di sekolah dengan lebih menarik.

Sebelum membeli LCD projector ada beberapa pertimbangan serta sedikit panduan yang boleh digunakan supaya rakan guru tak menyesal apabila dah membelinya. Ada beberapa ciri asas yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli sesebuah projector LCD, ini termasuklah dari segi harga, saiz, berat dan paling penting performen atau kualiti persembahan dan tayangan.


 Tips 1 : Kualiti Kecerahan Tayangan  Atau lampu Lumen
 
Untuk mencari projector LCD yang baik lampu lumen yang baik perlu diambil kira. Lampu atau kecerahan lumen penting supaya gambar dapat dipancarkan dengan jelas dan terang serta berkualiti.Lampu lumen yang baik biasanya mesti melebihi 2500 ke atas. Biasanya projektor LCD yang baik mempunyai lumen 3000 ke atas. Walaupun harganya lebih tinggi dari atau mahal dari LED projector,LED projektor tak mampu menyaingi lumen LCD dari segi kecerahan.Oleh kerana itulah LCD projektor lebih sesuai digunakan di dalam kelas ,makmal sains atau ditempat yang cerah, kerana kecerahan lampunya memang terbaik. Jika untuk pengajaran di kelas   lumen 2500 ke atas sudah memadai. Jika untuk dirumah,biasanya buat menonton movie,1500 keatas lumen sudah memadai. So sila baca ciri pada setiap LCD atau LED sebelum beli ok...supaya tak tersilap beli




Tips 2 :  Berhati Hati Antara LED dan LCD

Oleh kerana itu kita hendaklah berhati hati sebelum memilih sebarang projector.Projektor LED mempunyai lumen yang lebih rendah dan sesuai untuk tayangan di bilik gelap.Lebih sesuai untuk menonton movie,namun untuk mengajar di dalam kelas maka pilihan terbaik adalah LCD projector dengan lumen 3000 ke atas.  Jangan terpengaruh dengan harga LED projector yang lebih murah, kerana, ia pernah terjadi pada admin sendiri. Harga murah LED hanya RM 140 menyebabkan admin pun beli ,namun dengan lumen yang rendah,menyebabkan gambar tak sharp, kurang jelas dan blur,memang sesuai pada tayangan di bilik gelap .Sebulan lepas tu admin beli lagi jenis Epson,kali ini memang LCD projector.dan hasilnya memang osem.Sesuai untuk pengajaran di dalam kelas.



Tips 3 :  Pilih  Resolusi/Paparan Yang Jelas.




Untuk memilih LCD yang sesuai resolusi atau paparan terbaik perlu dipertimbangkan.Semakin tinggi resolusi semakin baik gambar yang terpapar. Paparan gambar atau pixel yang tinggi akan memudahkan khalayak untuk menumpukan perhatian. Baca maklumat ciri ciri  gambar yang akan di display sama ada ianya

  • SVGA= 800x 600 pixels
  • XGA = 1024 x 768 pixels
(  skrin 4:3 )

  • WXGA = 1280 x 800 pixels
  • WUXGA= 1920 x 1200pixels
  • HD = 1920 x 1080 pixels
( skrin 16.9)





 sumber:vumonitors



Semakin tinggi pixels,maka semakin cantik gambar. Untuk memahami aspek ratio nie kita kena fahami jugak besar atau luas skrin yang terpapar di layar putih sama ada  4:3 atau pun 16.9. Untuk paparan resolusi 16.9 (wide screen) ianya lebih besar dan luas Manakala 4:3 lebih kecil.Namun keduanya-duanya masih boleh digunakan. Namun biasanya laptop zaman sekarang hampir semuanya menggunakan skrin yang luas iaitu 16.9 atau 16.10. 




Tips 4:  Fahami Jangka Hayat lampu  LCD





Kalau korang perasan bila selalu digunakan,suatu ketika nanti lampu LCd akan semakin malap daan suram.Ini kerana setiap LCD mempunyai jangka hayat lampu masing masing. Pada asasnya lampu LCD mempunyai hayat selama 2000-3000 jam. Malahan untuk yang terbaru dikatakan selama 5000 jam. Oleh itu penggunaan yang bijak serta optimum dalam pengajaran menjamin, LCD boleh digunakan dengan lebih lama. Sementara bagi LED projektor mempunyai jangka hayat yang lebih lama sehingga 20 000 jam, oleh kerana itulah lebih sesuai untuk dijadikan alat untuk menonton movie atau persembahan yang mengambil masa yang lama. Kalau seandainya memang sudah sampai masa perlu ditukar lampunya,boleh cari kedai komputer yang berdekatan untuk tukar yang baru




Tips 5: Port Yang Support Komputer Bahagian Belakang LCD


Contoh bahagian belakang  LCD sumber : hometheaterhifi.com

Bahagian belakang LCD penting juga ,kerana dari sana baru boleh kita sambungkan ke laptop atau komputer.jadi carilah LCD yang mempunyai port atau tempat yang sesuai dengan laptop korang. Contohnya terdapat port HDMI USB, VGA dan lain lain. Sesetengah notebook hanya mempunyai port HDMI je..so pasti ciri port nie supaya senang nak guna nanti.Baca dengan teliti ciri LCD yang disertakan termasuklah kabel sambungan VGA atau kabel sambungan HDMI.Namun untuk pembelian online kabel sambungan disertakan dengan betul,tapi semak juga waktu barang dah sampai nanti,supaya terus boleh minta pihak penjual hantar kabel yang tertinggal,namun setakat nie pembelian LCD contoh di lazada,ok je..tak de masalah bagi saya.

Tips 6: Saiz dan berat LCD Projektor


Saiz LCD penting juga  sebenarnya,mudah nak dibawa masuk ke kelas jika bersaiz compak atau kecil.Namun begitu performen memang lebih penting.Jika terdapat saiz yang lebih kecil maka lebih menarik untuk kita daptkan sebab mudah nak bawa ke kelas. Secara peribadi saya lebih mementingkan kualiti tayangan dan spesifikasi LCD,biasanya la...LCD yang besar selalunya mempunya lumen lebih tinggi, kualiti resolusi yang lebih besar.


Tips 7 : Jaminan atau Warranty

Kebanyakan LCD projektor mempunyai tempoh jaminan warranty.Terpulang kepada kita sebagai pengguna, untuk bertanya habis habisan,apa yang dicover oleh warranty tu..kalau pembelian secara walk in ke kedai LCD atau kedai komputer.Kalau pembelian melalui online ,baca dengan teliti tentang maklumat warranty yang selalunya disertakan.



Tips 8: Jenis dan Harga LCD Nak Pilih Mana Satu?

LCD  projektor kalau nak beli kena lihat tujuan. Kalau ada peruntukan dari sekolah lebih baik beli yang baik dan berkualiti,yang mempunyai lumen 3000 ke atas dan juga mempunyai support port yang sesuai.Maklumlah LCD untuk sekolah biasanya digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga pelbagai acara sekolah seperti persembahan montaj hari anugerah dan juga presentation sewaktu meeting dan sebagainya. Kalau untuk pengajaran dan pembelajaran faktor kecerahan lumen perlu diambil kira,tak kisahlah brand apa pun asalkan support semua yang kita hendak. Kalau nak buat home theater boleh sahaja membeli LED projector yang mempunyai lumen 1000 ke atas. Biasanya kalau tak salah , penjualan online seperti LAZADA mempunyai pelbagai pilihan untuk projector anggaran harga RM 1k ke atas sudah boleh mendapatkan LCD yang baik. Namun faktor di atas juga mesti diambil kira. Ok...semoga perkongsian ini bermakna untuk kita semua.sorry atas penulisan yang agak panjang ye...







0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.