7 Kelebihan Buat Duit Dengan Saham | Bina Side Income Walaupun Kerja Makan gaji



http://tinyurl.com/zlu88gm

Buat duit melalui saham merupakan salah satu punca untuk menjana pendapatan. Namun ramai lagi yang masih salah faham tentang saham..termasuklah aku..hehehe..Namun begitu ilmu yang betul tentang saham, dari mana nak mula serta bagaimana nak buat duit secara sah..tanpa terlibat dengan skim cepat kaya yang menyamar dengan pelbagai nama dan rupa.


 Dalam kegawatan ekonomi sekarang saham merupakan antara pilihan yang baik untuk mula menjana pendapatan kedua, sama ada cepat atau pun lambat.  Walaupun ada pelbagai langkah untuk buat duit secara sah dan betul di Malaysia masih ramai yang terjebak dengan pelbagi skim cepat kaya atau pun labur...duduk diam dapat duit. Marilah kita mula jana duit melalui pelaburan saham yang betul dan sah. Kenapa saham dan bukan nya cara lain...saham merupakan antara cara menjana income yang cukup hebat apabila ilmu dan usaha digabungkan. Aku tak maksudkan main saham nie korang boleh kaya raya, dengan income 5 angka sebulan...duduk goyang kaki dirumah...tapi melalui saham,,kata pakar pakar yang berkenaan ianya merupakan peluang untuk kebebasan kewangan...


1. Peluang Buat Duit Melalui Kaunter Saham Patuh Syariah.

 Sebenarnya terdapat banyak kaunter syariah. Boleh sahaja bertanyakan kepada broker yang berhampiran dengan korang nanti. Malahan terdapatnya kunter syariah yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.Kalau tak salah terdaptnya beratus-ratus kaunter saham syariah,namun kurang diketahui oleh ramai, terutama golongan bumiputera. peluang nie memang peluang untuk buat duit dengan cara yang halal dan berkat Insyaallah.



2. Peluang Buat Pendapatan Samping
Menceburi bidang saham, merupakan peluang yang besar untuk bina side income atau pendapatan kedua,walaupun masih makan gaji. Ianya merupakan peluang besar buat semua, sama ada korang suri rumah,kakitangan awam atau pun bekerja sendiri. Memang seronok jika dapat duit lebih disamping gaji kita.

3. Hanya perlukan laptop.handphone dan internet sahaja

Zaman sekarang bukan cam dulu, sekarang sudah wujud laman web bursa saham Kuala Lumpur dan juga senarai broker yang bertauliah serta trusted. Segala urusan jual beli saham yang sukar sudah dipermudahkan.hanya menggunakan telefon bimbit sahaja sudah boleh berurusan di kaunter saham,tanpa perlu pulang ke rumah. Malahan terdapatnya app androids dan juga software yang boleh digunakan untuk berurusan saham.

4. Prosedur yang mudah dan tidak pening kepala

Sebenarnya untuk mulakan urusan saham sangat mudah, namun dengan ilmu serta cara yang betul memudahkan urusan saham berjalan. Kita hanya perlukan akaun CDS, flatform dan modal..boom...dah boleh mulakan main saham. Cuma ingatan biar lengkap dengan ilmu dan juga sedikit maklumat untuk mulakan trading atau jual beli saham...namun kalau kita tak mula buka akaun Central Depository System (CDS) nie,cam mana nak mula buat duit ..betul tak?

5. Duit  Buat Duit

Duit buat duit, kerana saham yang dibeli boleh meningkat harganya, memang boleh je kita simpan duit dekat bank dan Tabung haji sambil tunggu deviden akhir tahun,namun dengan bermain saham, tak perlu tunggu sehingga hujung tahun,Ianya terpulang kepada korang apa target korang, ada yang memang tunggu lama dan ada yang buat duit hari hari ..tak pun tak perlu tunggu sehingga setahun unuk jana income.Walaupun saham yang kita beli naik 1sen je..namun ia besar jumlahnya jika banyak modal yang kita laburkan.Cuma kita perlu pilih syarikat yang establish dan stabil..mungkin seminit pertama sahaja selepas pelaburan,kita dah mula buat duit!

6.Mudah dan cepat untuk dapatkan maklumat syarikat saham 
Sekarang ,dengan kewujudan banyak syarikat broker dan juga Bursa Saham Kuala Lumpur, kita boleh dapatkan maklumat syarikat saham dengan mudah je. Laporan kewangan pula boleh diketahui dengan mudah je..dengan ini kita dapat

7. Tak perlukan  produk, jumpa orang atau menjual

Pelaburan saham, bukanlah mengamalkan sistem network atau downline, atau kena jumpa orang dan jual produk.Ianya merupakan hak milik seseorang individu sahaja


Memang banyak kelebihan bermain saham nie, cuma yang masih meragukan ,ialah di mana nak bermula, apa patut dibuat? kalau korang masih ragu dan bimbang korang boleh bermula dengan dapatkan panduan rahsia saham nie. Semoga ianya dapat membantu korang untuk bermula dan seterusnya membantu menjana pendapatan sampingan.


0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.