Cara dan Tips Delete Gambar Yang Tidak Perlu Dalam WhatsApp Secara Automatik


Sejak fenomena apps Whatsapp melanda, perhubungan manusia semakin dekat dan rapat.Malahan app nie telah menjadi fenomena besar dalam masyarakat ,digunakan dengan meluas seluruh dunia.Di samping berbual dan berkongsi cerita, group atau kumpulan komuniti juga diwujudkan sesama pengguna. namun masalah whatapps yang sering kali menganggu telefon adalah ianya menyimpan pelbagai gambar yang sudah pastinya kita tidak perlu pun,terutama di dalam group kewujudan gambar dalam jumlah yang besar sebenarnya melambatkan telefon, malahan menganggu storan telefon. 


Walaupun boleh disetting supaya tidak display gambar secara automatik, ianya akan banyak juga akhirnya bila dikumpulkan.makluhlah..kita nak tahu juga gambar apa yang kawan atau group kita hantar..keadaan ini menyebabkan telefon menjadi semakin terbeban dengan storan yang semakin kecil serta kelajuan telefon yang boleh jadi'hang' atau lambat.

Antara cara yang boleh digunakan untuk membersihkan gambar dalam Whatsapp tanpa menghilangkan gambar yang ingin kita simpan adalah dengan menggunakan Siftr Magic Cleaner




Melalui apps yang simple tapi power nie,ia mampu menganalisa semua gambar dan mengkategorikan gambar tersebut samada ianya junk atau gambar yang tidak kita perlukan,Melaluinya kita dapt mendelete gambar dengan cepat dan pantas serta mampu memilih gambar yng ingin kita simpan,tanpa perlu delete secara manual lagi. Cumanya  Siftr Magic Cleaner  ini perlu talian internet, kerana ia menggunakan server nya untuk menganalisa ribuan gambar dalam Whatsapp.Namun data yang digunakan tidaklah sekuat mana atau memang berbaloi sekali pun menggunakan data telefon. Hasil  cubaan saya, di dalam telefon ia mampu membuang hampir 1000 gambar yang saya tidak perlukan hanya  kurang dari 5 minit berbanding cara click manual.Memang berbaloi...jadi rakan pembaca boleh mencuba.lagi pun ianya percuma dan friendly user.




0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.