Macam Mana Nak Buka Email? 5 Langkah Mudah Bina Akaun Google dan Automatik Dapat Akaun Email Gmail






Bagaimana nak buka email.Susah ke nak buka email Yahoo atau Gmail ? sebenarnya taklah sesusah mana. Cuma dekat sini saya rekomen Gmail atas beberapa sebab yang membolehkan kita mendapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh google.

Google telah membeli You Tube dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti Google Adsense( salah satu cara untuk bina pendapatan pasif di internet), Google Plus(laman sosial) banyak lagi kemudahan lain yang hanya menggunakan satu akaun sahaja yang disebut sebagai akaun google. Apabila sudah mempunyai akaun Google maksudnya kita boleh akses semua perkara yang saya sebutkan dekat atas tadi. jadi untuk teruskan membaca step dekat bawah ..supaya terus boleh buka akaun google dan secara tidak langsung korang akan mempunyai satu akaun email atau disebut sebagai Gmail.


Langkah 1

Pergi ke laman web google.com.my atau google.com pun boleh.




Langkah 2


Click lambang biru sebelah kanan yang bertulis sign in.Jika kita belum ada akaun lagi maka akan keluar lambang create account.Untuk mudah korang sila click link create account google yang saya mudahkan



Langkah 3

Isikan semua maklumat yang disediakan dengan lengkap dan betul.Google perlukan maklumat nama awal dan akhir korang. Pilihlah nama yang korang berkenan untuk diletakkan pada awal nama gmail korang sperti lovehijau@gmail.com atau pilih sahaja nama yang unik dan menarik, selepas lengkap kesemua maklumat  jangan lupa tick atau tandakan pada ‘I agree to the Google terms of service and Privacy Policy’,lepas tu tekan la 'next'


 Langkah 4,

Pilih password yang unik, gabungan huruf dan nombor untuk meningkatkan keselamatan akaun korang. Masukkan juga no atau huruf yang diminta anda menulis di dalam borang tersebut atau disebut sebagai captcha. Kalau korang tak nak pun boleh, nanti kod tersebut dihantar melalui telefon dan korang perlu verify. Nasihat saya ikut je maklumat tersebut dengan mengisi semua maklumat yang diminta oleh google,kan senang cam tu tanpa ada masalah lain.



Langkah 5

Bila korang dah ikut semua step yang diberikan, tekan je next , kemudian bahagian add profile photo akan keluar. Korang boleh masukkan gambar yang sesuai, atau skip step nie.  Taaa daaaa..dah siap google akaun korang. Korang boleh ke gmail.com dan terus ke inbox korang buat pertama kalinya.






0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.