Pada Ahad lepas aku berkesempatan bersama dengan seorang sahabat melawat ke Madrasah Tahfiz Nur As Salam atau lebih dikenali sebagai Pondok Tahfiz Bukit Salim di Sungai Bayor Selama Perak. Walaupun begitu dah agak petang ke sana, sempat berjumpa dengan mudir pusat Tahfiz tersebut, memang satu pengalaman yang menarik. Bukan mudah untuk menjalankan pusat Tahfiz Al Quran dengan sumber kewangan yang terhad, namun berjaya mengeluarkan pelapis ulama yang akan berbakti kepada Islam. Terbuka kepada semua pelajar lepasan UPSR, dengan yuran bulanan serendah RM 150( setakat penulisan ini ditulis )
Antara salah satu sumber kewangan pusat tahfiz nie ialah kem motivasi dan rekreasi yang merupakan tanah wakaf kepada pusat tersebut. Apa yang boleh aku bagi tahu, pusat atau kem motivasi tu memang menarik untuk dijadikan sebagai latihan atau motivasi buat golongan pelajar terutamanya. Dilengkapi dengan kemudahan bekalan air serta elektrik( menggunakan generator). terdapat dewan yang juga boleh berfungsi sebagai surau. dapur untuk memasak, empat kabin besar yang boleh memuatkan hampir 30 pelajar bagi satu satu masa, serta 2 rumah untuk fasilitator yang dilengkapi dengan kipas, lampu serta katil. Mengambil masa perjalanan dari bandar selama hampir 40 minit, tempat ini menawarkan suasana nyaman, penuh privasi, serta air lata yang cukup menyegarkan. Laluan boleh sampai ke sana dengan menggunakan kereta, melalui jalan kampung. kalau korang berminat untuk mengadakan camping atau kem boleh contact no Ust di dalam gambar ok.
Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.