9 Cara Berkesan Melupakan Orang Yang Pernah Kita Sayangi Dan Cinta



 Cara melupakan orang yang kita sayang merupakan cara menghilangkan memori dan kenangan  bersama dengan bekas kekasih dan orang yang pernah disayangi


Cinta merupakan perasaan indah yang hadir di dalam hati, ianya adalah fitrah, ianya adalah anugerah, namun perpisahan merupakan cabaran di dalam percintaan, terutama bila orang kita sayangi memutuskan perhubungan atau beralih arah mencintai orang lain. Walaupun diketahui bukan mudah namun terdapat cara yang berkesan untuk melupakan orang yang kita sayangi dan pernah menyayangi kita. Bagaimana nak melupakan orang yang pernah kita sayangi? Ada beberapa tips yang membolehkan kita melupakan orang yang kita sayangi.


Tips pertama: Kembali Kepada Allah

Manifestasi cinta yang paling agung dan abadi adalah cinta kepada Allah. Ianya adalah hakikat. Kasih sayang Allah membolehkan kita dianugerahkan dengan Islam dan kehidupan. ramai manusia terlupa bahawa, penanda aras cinta adalah cinta manusia, tetapi cinta terunggul dan tak terkalah adalah cinta kepada Allah. Kehidupan yang kita lalui penuh dengan ujian dan cabaran, kita akan terus berjalan di dalam kehidupan ini sehingga kita bertemu Allah. Kasih dan sayangnya Allah tak terbatas dan tak terbalas...ingat kita masih mempunyai Allah, kita masih ada kehidupan...life goes on..hidup mesti diteruskan. kembali semula kepada Allah dengan meletakkan sandaran cinta kepada Allah, bagaimana? Berdoa agar, Allah memberikan jodoh dan cinta yang sebenar untuk kita, boleh jadi bekas orang yang kita sayangi bukan terbaik untuk kita...kehidupan dan perjalanan ini bukan kebetulan..ianya adalah aturan Allah yang menuntut kita sentiasa meletakkan cinta kepada Allah mengatasi cinta yang lain.



Tips kedua: Menerima dan Merelakan Perpisahan ini

Rasionalnya, cinta manusia, selagi ianya manusia maka akan ada kekurangan , kesilapan, dan kesalahan. Langkah pertama untuk melupakan bekas kekasih atau orang yang kita sayang ialah menerima ,itulah ketentuan dan takdirnya. Tak perlu lagi membuat pertimbangan.." jika begitu..." "jika begini..."...kenapa jadi macam nie, mengapa semua nie berlaku, kenapa? dan kenapa?...semua pertanyaan ini akan membuak rasa kecewa dan rasa marah pada hati kita.Terima dan mula menerima..tak ada yang lain. Hidup perlu diteruskan.



Tips Ketiga: Lepaskan, Biar Ianya Berlalu Pergi

Kata pepatah..if u love something set it free, if its come back to you, that it yours, but if it doesnt it was mean to be... Lepaskan orang yang kita sayang. hargai diri kita ini, kita masih diri ini, masih lagi mampu bernafas, bukan mudah untuk melepaskan semua kenangan, namun ini adalah fasa yang penting, relakan perpisahan ini, lepaskan orang yang kita sayang dari hati. Meninggalkan kita bererti tidak menghargai, jadi lupakan orang yang tidak menghargai kehadiran mereka di dalam hidup ini.




Tips keempat: Sibuk Diri Dengan Aktiviti Outdoor.

Pergilah menikmati keindahan alam , nikmatilah kehidupan ini dengan pelbagai aktiviti luaran, Jangan duduk di dalam rumah, mengurung diri di dalam bilik, ianya akan merosakkan diri kita sendiri.Boleh sahaja jika mula melakukan aktiviti senaman atau sekurang kuranya berjogging, keluar menikmati bersama rakan dan sahabat yang masih menyayangi diri ini.Pelbagai aktiviti luar boleh dilakukan, disamping sihat kita lebih menghargai masa dan diri. Senaman bukan sahaja dapat memberikan rasa ceria, malah dapat membentuk keyakinan serta badan yang lebih baik.





Tips kelima: Hentikan Imaginasi" Kalaulah kita masih bercinta...."

Lupakan. hentikan imaginasi ini, perkataan kalau......akan terus menyebabkan hati dan perasaan menderita. Bergerak terus kehadapan, hentikan imaginasi jika percintaan ini diteruskan ...Jika si dia curang serta tidak jujur dengan kita, bagaimana perhubungan ini di masa akan datang,Keadaan tidak akan kembali seperti sebelumnya, apabila perpisahan berlaku. Ya mungkin perpisahan diakibatkan sebab yang kecil kita boleh berkompromi dan meminta perhubungan ini diteruskan , tetapi, apabila melibatkan maruah dan harga diri, sayangilah diri kita ini.




Tips keenam: Bina Kenangan dan Memori Yang lebih Indah.

Boleh sahaja kita membina kenangan yang lebih indah dan baru. Pelbagai aktiviti bersama dengan rakan baik serta ahli keluarga yang pastinya akan menyokong kita nanti. Menikmati saat indah percutian ke tempat yang belum pernah dijelajahi, atau bercuti kepulau-pulau cantik, pasti akan mengubat hati lara. Lakukan pelbagai aktiviti yang baru membolehkan kita fokus kepada sesuatu yang baru sehingga kita mampu melupakan orang yang pernah kita sayang dulu.




Tips ketujuh: Sayangi dan Tingkatkan Prestasi Diri

Diri perlu disayangi dan dibelai. Boleh sahaja jika berkemampuan, bagi wanita ke spa untuk membelai dan memanjakan diri. Fokus kepada kerjaya sehingga mencapai kecemerlangan jugak merupakan langkah bijak untuk melupakan si dia.Mendaftar di dalam kursus masakan atau terlibat di dalam aktiviti perniagaan membolehkan kita lupa kepada orang yang pernah mengecewakan kita dulu.




Tips kelapan: Hapuskan Semua Barang Yang Ada kaitan Dengan Si Dia

Bila tiada lagi ruang untuk kita kembali menjalin cinta yang sudah musnah, maka tidak perlu lagi megembalikan rasa cinta. Mungkin nampak seperti kita seperti terpaksa, tetapi itu adalah salah satu cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan kenangan dan cinta bersama dengan si dia. Boleh sahaja memadamkan nombor telefon si dia, atau kita sendiri menukarkan nombor telefon,untuk media sosial, boleh sahaja,letakkan status blocking kepada si dia atau kaedah yang menyebabkan  tiada ruang untuk dia muncul sewaktu kita online di media sosial. Hapuskan semua barangan  dan kenangan jika itu adalah perlu dilakukan untuk melupakan si dia.Musnahkan semua barangan hadiah, kad, surat dan apa sahaja yang boleh menyebabkan kita teringat semula kepada si dia.




Tips Kesembilan: Bercinta Semula

Kenapa perlu musnahkan hidup dengan orang yang mengkhianati diri kita. Hidup perlu diteruskan,tak perlu mengelakkan rasa cinta yang mungkin akan datang lagi dalam hidup ini Belajar untuk menghargai diri dan rasa cinta yang akan datang lagi di dalam kehidupan ini. Cinta perlu diraikan, jika hati ini jatuh cinta lagi kepada orang baru boleh sahaja raikan cinta dengan pelbagai tips cinta dan memikat cinta semula. Hargailah diri dan hati kita, hidup ini terlalu indah dan singkat untuk dimusnahkan oleh seorang manusia yang pernah kita menumpahkan kasih dan sayang. Perjalanan hidup akan lebih bermakna bila berjumapa dengn si dia yang benar benar jujur menyayangi diri ini.

0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.