Tips Beli Telefon, Fahami Istilah AP Set , My Set,Refurbished Set dan Klon set


Telefon dah jadi satu fenomena besar.  Kegilaan dalam mendapatkan telefon baru semakin besar dalam masyarakat, terutama remaja, malah dewasa jugak. Jenama besar macam iphone menjadi pilihan ramai,tak ketinggalan jugak Samsung, Huawei, HTC, Sony,Lenovo dan Oppo Aku ada tips ringkas untuk korang, supaya korang lebih puas hati untuk beli telefon. Tips khusus untuk korang nak tahu dari mana asal telefon korang, sama ada ianya AP set, My set, refurbished set dan klon set,bagus untuk inform dekat korang sebelum korang beli..jangan beli ikut suka je...


 Telefon AP Set

AP (Approval Permit) set merupakan telefon yang diimport sepenuhnya dari negara luar ,dengan mendapat kebenaran kastam.bukan direct dari pengeluar telefon sendiri . Maksudnya  telefon AP set  diimport oleh syarikat yang selain daripada pengedar yang sah (authorised distributor). Ada di antara syarikat-syarikat yang import ini adalah syarikat yang besar. Jadi mereka boleh memberi jaminan yang agak elok juga, kerana syarikat jenis ini banyak cawangan di seluruh malaysia. Jaminan yang diberikan bukanlah jaminan daripada NOKIA atau SAMSUNG, dengan kata lain, bukan jaminan pengilang, tetapi jaminan oleh pengimport itu sendiri.

Dari segi kualiti, AP set  juga berkualiti, sama seperti telefon biasa.Malah syarikat yang bertanggungjawab di dalam menguruskan AP set merupakan syarikat besar yang bertaraf ISO. Dari segi warranty (jaminan ), paling baru AP set menawarkan warranty selama 24 BULAN untuk transceiver (mainboard/chipset) dan 3 BULAN untuk LCD, 3 BULAN warranty diberikan untuk battery dan charger. Warranty  pulak dari syarikat tersebut dan bukan direct dari syarikat telefon. Ini terpulang kepada syarikat yang bertanggungjawab membawa telefon tersebut masuk ke Malaysia untuk meletakkan tempoh jaminan bagi bahagian tertentu telefon.

Urusan membaik pulih telefon di dalam warranty diuruskan oleh syarikat baik pulih mereka sendiri atau yang mempunyai hubungan dengan syarikat yang bertanggungjawab membawa telefon masuk ke Malaysia. Kebiasaannya syarikat baik pulih handphone ini wujud berdekatan tetapi tidak semua. Oleh itu, kalau jikalau beli AP set di Kuala Lumpur, pembeli kena menghantar set mereka yang rosak kembali ke Kuala Lumpur walaupun mereka telah berpindah ke tempat lain misalnya.
 Dari segi harga AP set menarik untuk dibincangkan  Harga ap set adalah lebih murah dari original biasanya di dalam 10% - 30% lagi murah. Contohnya harga Sony Experia Z1 berharga lebih kurang RM1559. Original set ialah RM 1839. Perbezaan sebanyak RM280. Oleh itu, pembeli lebih berminat untuk membeli set AP disebabkan harganya. Namun begitu oleh kerana mungkin melibatkan kos pengurusan , harganya mungkin lebih tinggi sedikit dari biasa,namun masih rendah berbanding dengan My set.
Telefon My set biasanya telefon yang dibina di Malaysia, namun begitu standard dan kualiti yang digunakan mesti sama dengan kualiti yang dihasilkan di luar negara, Contohnya iphone, walaupun ianya ialah my set, ianya sama sahaja kualiti seperti iphone yang dihasilkan di luar negara, Cuma untuk My set korang boleh mendapatkan alat ganti atau perkhidmatan terus di center di Malaysia, tak perlu lagi phone korang yang ada masalah perlu di hantar ke luar negara. Harga myset sudah tentu lebih mahal sedikit dari AP set, namun kualiti dan originalnya sama seperti iphone dari agen sah syarikat telefon iphone . Biasanya telefon my set mudah didapati di mana mana centre telco atau syarikat menjual telefon. Korang boleh tanya dulu, pastikan ianya my set atau sebaliknya. 





 Telefon Refurbished Set


Refurbished set pula sebenarnya adalah telefon original. Namun begitu oleh kerana terdapat sedikit kerosakan yang sangat minor, maka ianya direject dari pasaran oleh syarikat telefon, makanya kerosakkan ini akan dibaiki oleh syarikat lain atau syarikat yang bertindak sebagai penjual telefon tersebut, sesudah kerosakan tersebut dibaiki, sehingga korang tak boleh mengesan kerosakan tersebut .Namun refurbished set masih menjadi pilihan ramai pengguna jugak, kerana kualitinya yang masih tinggi dan cantik. Kerosakan tersebut boleh jadi kerosakan fizikal yang sangat minor bukan melibatkan sistem operasi seperti androids. Cuma korang perlu berhati hati jugak, sebab warranty untuk telefon jenis ini biasanya sekejap sahaja., so terpulang kepada korang.Iphone  refurbished bawah RM 500





Telefon Klon Set


Sementara klon set  merupakan set yang dihasilkan terus oleh bukan syarikat telefon. Boleh jadi dari China, boleh jadi jugak dari Malaysia, yang nie terpulang kepada korang, kalau  nasib baik korang boleh guna sehingga korang puas hati, tetapi kalau rosak atau tak boleh digunakan, korang pun patut tahu risikonya, betul tak? Senang cakap, kalau telefon klon memang berisiko,rosak atau tidak berfungsi atau macam macam masalah lain..jadi fikir habis habis sebelum beli telefon klon.




So apa telefon pilihan korang, semuanya terpulang kepada korang, kalau korang mampu korang boleh dapatkan set original yang memang sedia, mahal, atau my set dengan harga yang mahal sedikit, tetapi kalau bajet korang rendah korang boleh dapatkan AP set, yang kualiti lebih kurang ja  sama dengan yang lain, kalau korang boleh jaga dengan baik AP set pun boleh bertahan lama. 


 Last sekali sekarang banyak, dah pihak menjual telefon nie, terpulang dekat korang, web besar seperti Lazada atau lelong.my merupakan pilihan untuk korang dapatkan telefon dengan harga yang menarik, korang boleh beli dengan tenang , mereka pun ada ready stock, ada perlindungan untuk phone yang korang beli. Dekat laman sosial pun banyak,Cuma kena berhati hati sebab scammer sekarang cukup licik,siap menyamar bagai, korang boleh terjerat senang senang je...yang sedihnya bila korang terpaksa simpan duit..lepas tu scammer kebas..so nasihat aku berhati hati, korang boleh cuba dulu tengok tengok harga di laman web yang ada nama dan jaga customer diorang cam Lazada.......semoga korang seronok dengan iphone baru korang..tak pun samsung baru korang..



update-Buat masa sekarang banyak sekali peniaga berniaga di Instagram terutama menjual iphone telepon androids yang lain. Kebanyakan datang dengan harga yang memang jauh lebih murah, terutamanya iphone . Pendapat aku secara peribadi telefon yang dijual di laman Insta terpulang kepada seller dan juga pembeli. Biasanya harga lebih murah sebab telefon di beli dari supplier atau pembekal telefon seperti AP Set, biasanya penjualan telefon di Instagram adalah dalam bentuk preoder...aku ulang preoder. maksudnya bayar dulu telefon korang kena tunggu beberapa minggu untuk dapatkan telefon tersebut.Cuma masalah akan timbul kalau supplier tak dapat bekalkan telefon pada waktu dan tarikh yang seller tetapkan..so bagaimana? korang terpaksa menunggu lagi dan lagi...mungkin ambil masa berbulan -bulan. Bukan nak menyalahkan seller di Instagram..tetapi itu keadaannya,berbanding dengan ready stock. Walaupun mahal sedikit , korang tak payah menunggu lama.so pilihan di atas tangan korang sendiri.

Lihat juga tujuan pembelian telefon korang..untuk apa. sekadar untuk berhibur atau penting sebagai pelengkap kehidupan korang seperti untuk urusan perniagaan, atau lainnya,maka paling baik beli sahaja ready stock serta kedai phone yang berhampiran, yang diyakini serta trusted. Baik...semoga bermakna....




{ 53 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown 25 May, 2016
Salam. Nak tanya sikit kalau iphone yang betul-betul original dari apple store malaysia tu org panggil original set ke atau ape eh? . sebab sekarang saya keliru skrg ramai iphone yg tiruan smpai skrg saya tak terbeli hehe*^… kalau boleh nak tahu iphone betul-betul original dri apple store org panggil ape eh? .
lovehijau lovehijau 03 June, 2016
Biasanya kalau dari Apple Malaysia biasanya di sebut myset atau iphone mengikut spesifikasi Malaysia dan dibuat di msia.warranty pun dr msia.ianya sememangnya original dan satu lagi adalah import set atau spesifikasi mengikut negara luar yg keluarkan iphone tu.ianya juga original kalau dr pengedar sah iphone msia. Kalau ada duit dan ingin cepat elok beli dr apple msia ja..senang kalau ada problem nanti..ini pendapat sy shaja
Unknown Unknown 16 August, 2016
Klau bli iphone dri singapore? And skg warannty da abis.kira berbaloi x klau sy nk bli.sencondhand phone
lovehijau lovehijau 19 August, 2016
Kalau beli kat singapore sepatutnya warranty di sana.Sebenarnya kalau nak beli phone,cam sy bgtau sebelum nie, lihat keperluan pihak tuan, kalau perlu eloklah beli, tetapi kalau yang lama masih elok dan berguna, lebih baik kekalkan shaja, kecuali kita ada budget lebih, maklumlah phone dah mahal, iphone kalau secondhand pun masih mahal lagi,tapi cam saya bgtau kalau ada budget lebih tak salah rasanya :)
Unknown Unknown 23 August, 2016
kalau iphone my set dr seller online ori ?
lovehijau lovehijau 16 September, 2016
My set dari Malaysia.Kena pastikan trusted seller.Kalau tak salah untuk iphone terbaru dah pun di jual di Lazada..diorang dah dapat hak jual kat sana.Insyaallah ori
Anonymous Anonymous 23 September, 2016
Klau beli refurbished set phone tu ori ke x???
lovehijau lovehijau 29 September, 2016
Bergantung kepada spesifikasi dan jugak jenisnya.Refurbished nie memang murah, mungkin original dan boleh jadi juga tak. Biasanya ada kerosakan minor atau kecil,dibaik pulih dan dijual semula. Kena tanya seller,dari segi OS atau operation sistem dan juga spec lain sebelum membeli.
Unknown Unknown 23 October, 2016
Salam nak tanya sikit... IPhone ap set boleh dpt kat mana ehh...boleh tak recommended website.. Sbb nak survey harga dia..terima kasih harap membantu
lovehijau lovehijau 29 October, 2016
Tuan boleh rujuk di Lazada,kalau tuan ada banyak masa boleh buat survey di laman Instagram, ramai seller dekat situ. Berhati hati ye,kena cari trusted seller.Kalau rakan pembaca lain ada cadangan boleh je listkan dekat sini...ye..
Unknown Unknown 17 November, 2016
Apa beza import & my set? & knp mostly org recommend my set ye?
Unknown Unknown 20 November, 2016
Klu bli kat cayous iphone tu sebenarnya iphone ori ape bng?
lovehijau lovehijau 21 November, 2016
My set buatan Malaysia serta warranty yang mudah untuk diuruskan berbanding dengan oversea Fathin.Jika dibeli dari center yang sah lebih mudah untuk urusan jual beli dan juga warranty jika ada masalah nanti.
Unknown Unknown 22 November, 2016
Tumpang tanya , if ada yang menjual iphone dengan harga yg agak mahal sedikit ( tidak terlalu mahal - tidak terlalu murah ) jenis MYset walaupun secondhand tidak menjadi masalah right . Kerana kualiti MYset yang berbeza dengan import set / refurbished .
lovehijau lovehijau 24 November, 2016
Ya..kalau secondhand iphone masih condition yang baik.Boleh tanya seller dah berapa lama digunakan? Charger disertakan sekali tak?..dan lain lain supaya puas hati
Anonymous Anonymous 25 November, 2016
Hi admin..saya keliru..sy nak beli xiaomi note 4 tapi kebanyakan semua tulis import.
Macam tiada myset.
Adakah selamat dibeli.
coz saya ada tanya2 org juga,tp dapat jawapan berlainan.kalau beli import set nanati bahasa dia china ke?
Anonymous Anonymous 25 November, 2016
Hi admin..saya keliru..sy nak beli xiaomi note 4 tapi kebanyakan semua tulis import.
Macam tiada myset.
Adakah selamat dibeli.
coz saya ada tanya2 org juga,tp dapat jawapan berlainan.kalau beli import set nanati bahasa dia china ke?
lovehijau lovehijau 26 November, 2016
Blogger shop saya cadangkan anda boleh rujuk di site xiaomi Malaysia. Boleh ajukan pertanyaan kat sana untuk kepastian sebab mereka pengedar yang sah tablet dan phone jenama xiaomi
hamba Allah hamba Allah 11 December, 2016
Nak tanya admin saya keliru macam iphone refurbished ni adakah dia di proses balik dari kilang apple atau mcm mane. Sbb kalau tengok kualiti luaran semuaya seperti baru. Sampai nak cari calar pun susah tapi no emei body tetap sama.
lovehijau lovehijau 11 December, 2016
Ya..refurbished memang dipasang semula.Memang nampak baru kerana barang yang rosak akan diperbaiki atau diganti.Namun hayat refurbished set bergantung kepada barangan yg diganti.Ya no emei memang sama cuma barang didalam atau luaran diganti
Unknown Unknown 19 December, 2016
Salam admin.. Saya ada tgk mudah.. Tertulis phone baru sekian2 my set...dan soalan saya kenapa harge dia murah pulak.. Sprti admin tulis kat atas tu phone myset mahal skit dari ap set kan.compiuss nie
lovehijau lovehijau 20 December, 2016
Salam Chami ee.Berhati hati kalau nak beli phone di mudah.Ya ramai trusted seller kat sama namun scammer pun ada.Myset phone baru jika murah lihat lingkungan harga jika lebih kurang sama macam sale di tempat lain ok la tu..namun jika murahnya banyak sangat beza harga lihat seller tu company besar atau individu,mungkin mereka mark up harga lebih rendah atau stock lama walaupun phone baru
Unknown Unknown 31 December, 2016
admin tumpang taye,maksud 1 year seller warrantly nii apa? adakah ianya bermaksud myset atu import set?tq
Unknown Unknown 02 January, 2017
Ape maksud Model LL bro. Boleh jelaskan sikit. MY=Malaysia SG=Singapor kalau LL tu iphone dr mane
lovehijau lovehijau 02 January, 2017
Boleh je kedua duanya..bergantung kepada pengedarnya Iffah
lovehijau lovehijau 02 January, 2017
LL biasa dari UK Afrians Afrie.Kalau tak salah biasanya phone apple atau iphone biasa datang sbg LL...sama ada berstatus refurbished atau import
lovehijau lovehijau 02 January, 2017
Kalau saya salah..rakan pembaca lain boleh betulkan ye :D
Unknown Unknown 07 January, 2017
kira okla kn..lau sya bli iphone scndhand ori LL set..
lovehijau lovehijau 07 January, 2017
Boleh sahaja...namun tanya seller detail tentang iphone tersebut...ada kerosakan minor tak..calar dll? dah berapa tahun iphone tu digunakan.Charger dll ada tak disediakan..elok detail sebelum beli bro.
Anonymous Anonymous 15 January, 2017
Maaf nak tanya...kalau telefon copy original tu macam mana pula???
Danial Danial 16 January, 2017
Macam mna kalau sye beli jpan set???
lovehijau lovehijau 16 January, 2017
Kalau tak salah telefon klon.Kalau refurbished biasanya original dari segi motherboard
lovehijau lovehijau 16 January, 2017
Pastikan di mana nak dibeli, Malaysiaalaysi melalui agen yang sah? Paling penting telefon yang mahal nie adalah warranty yang mudah diuruskan serta servis after sale yang kita boleh dapat sebagai pengguna
Satay92 Satay92 18 January, 2017
Admin ? Saye ade bace stu blog ni. Die cakap selalu nya set MY adalah refurbished set. Siap ada waranty lagi. Tmpt yg jual tu pun AAR mcm switch dgn gune kotak yang same. Jd keliru pulak sye, kalau betul tu refurbished mcmne ? check waranty lh ye ? Sama ada dh d gunakan atau belom ?
Satay92 Satay92 18 January, 2017
Admin ? Saye ade bace stu blog ni. Die cakap selalu nya set MY adalah refurbished set. Siap ada waranty lagi. Tmpt yg jual tu pun AAR mcm switch dgn gune kotak yang same. Jd keliru pulak sye, kalau betul tu refurbished mcmne ? check waranty lh ye ? Sama ada dh d gunakan atau belom ?
lovehijau lovehijau 21 January, 2017
Refurbished set adalah telefon mungkin ada kerosakan.Biasanya motherboard nya adalah original yang lain boleh jadi sudah ditukar. Warranty boleh ada namun biasanya terpulang kepada seller. Boleh jadi juga refurbished set itu berasal dari atau buatan Malaysia. Biasanya my set adalah telefon dari Malaysia,dan refurbished set pula boleh jadi dari Malaysia atau oversea.
mamaliaberjalan mamaliaberjalan 29 January, 2017
macam mana nk tau iPhone yg nk di beli tu MY set or LL set??
lovehijau lovehijau 29 January, 2017
Siapa yang menjual memang memainkan peranan.Sama ada LL set atau Myset pastikan dijual atau dibeli dari seller yang sah abg pengedar apple phone.Boleh bertanya dengan seller iphone yg sah dalam bab nie.Biasanya pengedar iphone yg sah di Malaysia menjual iphone myset yg lebih mudah urusan services after sale.
mamaliaberjalan mamaliaberjalan 30 January, 2017
kt mana nk tgk code country tu . contoh MY LL
Fifie Fifie 30 January, 2017
Admin, kalau ada yg jual iphone 6s 32gb (import set) di lazada tu mcm mane eh? Saya google 32gb tu dtg dari UK tapi di malaysia takda jual yg 32gb tu. Jadi kalau saya beli yg tu dari lazada selamat tak? Saya cuma nak pastikan function dia nanti dpt di gunakan sepenuhnya. Sbb ada certain iphone cthnya set japan ada function yg kita tak dpt guna di malaysia kan
Unknown Unknown 01 February, 2017
Warranty dah habis. Tak ada beza dgn MY set. Boleh je beli.
Unknown Unknown 01 February, 2017
Kadang rosak speaker je. Tukar speaker. Yg lain xusik
Unknown Unknown 01 February, 2017
Xiaomi import set boleh pakai. sebab global rom. Bukan bahasa china. sama shjXiaomi Malaysia xbyk phone. jimat bajet kot..
Unknown Unknown 01 February, 2017
Copy ori tu tak ori. Guna Android. Bukan IOS
lovehijau lovehijau 02 February, 2017
Kalau tak salah..tiada kod khusus.Bergantung kepada pengedar yang sah.Mungkin rakan pembaca yg lain boleh respon.
lovehijau lovehijau 02 February, 2017
Ya..dari segi original memang ya..cuma kena pastikan spesifikasi boleh dan sesuai. Kena tanya pihak lazada untuk kepastian...sampai puas hati
Unknown Unknown 11 February, 2017
Salam sy ad tengok kt lazada..dia tulis refurbished iphone 5s 16gb (grade A)
Sy nk tanye ape maksud grade A tu..
dan byk lagi kt lazada ad tulis grade ni bagi iphone refurbished...grade B ad grade C ad....ape maksudnye...adakah iPhone tu tiruan..sbb ad org ckp yg ade perkataan grade ni iPhone tiruan
lovehijau lovehijau 13 February, 2017
refurbished set merupakan original seperti motherboard.Namun ada part tertentu seperti bateri dan badan atau body phone adalah third party.Ketahanan part tersebut tidak boleh dijangka.Bagus tu lazada bgtau macam tu...supaya kita sebagai pembeli tak rasa tertipu.Baca syarat dan term sebelum beli.takut beli nanti tak de warranty.
Unknown Unknown 22 February, 2017
Assalamualaikum nak tanya kalau LL set ni apa kekurangan dia boleh bagitau tak?kalau main internet boleh dapat 4G tak?
Anonymous Anonymous 01 March, 2017
admin, sy baru beli iphone6 LL set hari tu. tapi why if ada iphone user call time malam x dapat eh?? huhu dh dua kali jadi mcm ni. kalau waktu siang okay je. sy dh mntak tolong beberapa kwn sy yg guna iphone call sy time waktu malam tapi still x dapat jgk. please help meeee .
lovehijau lovehijau 05 March, 2017
Waalaikummussalam..maaf admin lambat reply.Kalau tak salah LL set perlu setting lain,maksudnya dari segi panggilan dan juga internet.Kena rujuk bahagian support apple dalam bab nie.
lovehijau lovehijau 05 March, 2017
Memang kena setting yang berbeza. Pihak tuan kena rujuk support apple Malaysia.Admin minta maaf..admin tak arif tentang bab ini.Kalau rakan pembaca lain yang ada masalah yang sama dan sudah solved masalah ini,boleh berkongsi di sini

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.