Panduan penternakan kambing
di Malaysia mempunyai potensi dan
sesuai untuk pelbagai jenis kambing baka berkualiti tinggi seperti Kambing
Boer.
Penternakan kambing merupakan satu usaha penternakan
yang mempunyai masa depan yang amat
cerah sesuai dengan pasaran semasa.
Kambing merupakan haiwan ternakn komersial kerana kambing itu sendiri boleh
dijual sebagai baka, sebagai haiwan ternakan, daging untuk kenduri atau majlis
dan sebagainya.Malahan susunya juga bernilai tinggi, tanduknya boleh dijadikan
sebagai bahan untuk kraftangan.
Penternakan kambing memerlukan kawasan yang kecil berbanding
lembu. Hanya 3 ekar diperlukan bagi penternakan kambing bersifat ladang dan
komersial berbanding lembu. Ianya cukup untuk menampung kandang kambing, rumput
untuk makanan , boleh dibiarkan kambing meragut atau secara fidlot( makanan di
dalam kandang)
Kenapa penternakan kambing nie berpotensi, kalau korang
lihat, daging kambing import menguasai pasaran Malaysia,korang boleh lihat
sendiri di pasaraya besar, kebanyakan daging kambing di import dari Australia,
New Zealand, Thailand dan Indonesia.
So apa asas nak bela kambing nie..bagaimana nak ternak
kambing, bagaimana nak tentukan keperluan untuk bina kandang? Bagaimana nak
pasarkan daging kambing.
Kambing dan Sifatnya
Penternakan kambing adalah sunnah SAW. Kambing banyak
mengajar pengembalanya erti kesabaran. Namun jika diadukan dengan ilmu,
penternakan kambing pasti menarik. Kambing nie haiwan yang unik kerana sifatnya
yang suka bergerak untuk explore kawasan
sekitarnya...dengan kata lain..tak mau duk diam...biasanya jika di alam kandang
tak jadi masalah.
Jenis kambing
Setiap baka kambing mempunyai
ciri-ciri yang unik.Ada yang bersaiz besar, mempunyai tanduk yang panjang,
telinga yang panjang dan sebagainya. Secara am, baka kambing boleh
dikategorikan kepada 3 kumpulan baka ternakan mengikut fungsi iaitu
Kambing Daging (Untuk daging).Antara yang
popular, seperti Kambing Boer, Kacang, Bengal, Savanna, Kalahari red dan
Jermasia
Kambing Boer Yang Popular di Malaysia
Kambing susu ,antaranya Alpine, Saanen,
Toggenburg
Kambing Toggenburg
Kambing Saanen
Kambing
untuk daging dan susu seperti Jamnapari dan Anglo Nubian
kambing Jamnapari
Konsep
penternakan.
Dari
pembacaan dan pengalaman aku ada beberapa konsep untuk ternak kambing,
antaranya konsep
Gunakan
reban atau kandang, kambing diberi makan dalam kandang je..Kambing tak hilang, tak ganggu persekitaran, tak kena
cacing, namun kita terpaksa, carik rumput la untuk dia, kena pastikan ada
unggun api pada waktu malam, dan bersihkan kandang selalu
Konsep
ladang terbuka. Yang nie perlukan kawasan yang luas, namun rumput terjaga
le..sebab kerja kambing nie makan rumput je. Namun kemungkinan untuk kena
cacing tinggi,mungkin jugak keracunan makanan.
Konsep
hobi..yang nie ada yang bela, seekor dua...selalunya di kampong...kambing
kacang atau kambing Malaysia nie dibiarkan begitu sahaja.
Namun
kalau korang serius nak membela kambing kena pastikan, rancangan yang betul
untuk membela atau menternak kambing, Antarnya, membuat perancangan awal
sebelum memulakan projek membela kambing, faktor kewangan mesti di ambil kira
jugak dekat sini.
Sifat
Asas kambing
Kitaran
hidup kambing perlu diketahui, bab nie kita boleh dapatkan panduan, dari orang
ada pengalaman, atau sekurang-kurangnya dari orang yang dah biasa membela atau
menternak kambing, seperti panduan menternak kambing nie. Pastikan kita tahu
tujuan untuk membela kambing. Bermulanya dari hari pertama sehingga terakhir,
tempoh hayat kambing, cara pemakanannya, sertatempoh mengandung, tempoh menyusu
bagi anak kambing semua perlu diketahui dengan baik.
Konsep
kandang kambing
Kandang
untuk menternak kambing perlu dibina, dari pemerhatian aku, ada pelbagai konsep
kandang kambing yang dibina, namun semuanya mempunyai cirri yang sama, iaitu
dibina dari kayu yang baik dan tidak mudah reput, bumbungnya biasanya zink je,
namun lantai serta bahagian dinding kandang dibina dari kayu yang tahan lasak,
, biasanya bahagian bawah kandang dibina 5-6 kaki dari tanah bergantung kepada
kesesuaian. Pastikan kandang yang ingin dibina, mendapat cahaya matahari yang
mencukupi. Lantai kandang sebaiknya di simenkan supaya mudah untuk mencuci
najis kambing
Makanan
kambing
Makanan
utama kambing sudah pastinya rumput yang segar, terutama bagi system kandang.
Antara rumput yangpopular ialah rumput Napier atau rumput jagung, selera je
kambing makan rumput nie, serta makanan kedua seperti hampas kelapa, jagung,
soya.Malahan kambing juga turut makan daun nangka. Namun bagi kandang bersaiz sederhana, dari
pemerhatian aku rumput diambil dan
diberi makan 3 kali sehari.Namun makanan kambing yang mempunyai nutrient yang
tinggi seperti garam jilat perlu diberikan kepada kambing pada kadar yang
tertentu. Di mana nak dapat? Yang nie korang kena rujuk pejabat pertanian.
Mereka selalunya ada membekalkan garam jilat yang memang baik untuk kesihatan
kambing
Rumput Napier
Garam jilat
Kelahiran
anak.
Kita
kena asingkan anak kambing dari kambing dewasa. Letakkan berasingan bersama
ibunya dari kambing lain.tujuannya bukan apa, anak kambing akan sihat, kerana
susu awal kambing , sangat berkhasiat tinggi kepada anak kambing
Biasanya
juga kambing diasingkan mengikut jantina. Tak dicampurkan sekali, biasanya
kambing jantan dan betina dicampurkan sekali sewaktu musim mengawan je.Kambing
perlu dipantau, biasanya bagi kambing
jantan yang mengawal semua kambing betina, akan lebih agresif jika
dibiarkan bebas. Indukatau kambing jantan biasanya dikurung dan di asingkan.
Malahan induk atau kambing jantan memang perlu di asingkan untuk mengelakkan
mereka bergaduh.
Pasaran
daging kambing
Penternakan
kambing untuk pasaran daging adalah satu usaha yang lumayan. Daging kambing
mungkin akan mendapat permintaan yang tinggi sewaktu hari raya. Namun sekarang
daging kambing semakin digemari ramai. Malahan salah faham ianya berkolestrol
tinggi dan berbahaya juga adalah kurang tepat, Daging kambing dikatakan antara
paling rendah kolestrol. Namunmungkin factor penyediaan dan masakan
bersama-sama dengan bahan lain atau jenis masakan seperti berminyak serta
menggunakan bahan berkolestrol tinggi sperti mentega menyebabkan salah faham
tentang daging kambing masih wujud. Namun pada masa sekarang daging kambing
merupakan antara menu utama di hotel hotel, kedai mamak, malahan wujudnya nasi
goreng kambing.Malahan di dalam kenduri kahwin masyarakat Melayu juga kambing
merupakan antara menu yang menjadi pilihan.
Walaupun
begitu panduan yang tepat dan berkesan adalah perlu di dalam membela kambing.
Panduan menternak kambing adalah satu rahsia yang sanggup dikongsi ini
merupakan salah satu bahan bacaan yang terbaik, kerana berdasarkan pengalaman
penulis sendiri. Semua jurus dan langkah untuk menternak kambing dibongkarkan ,
yang sepatutnya kita terpaksa melalui seminar atau ceramah untuk mendapatkan
ilmu menternak kambing nie, sudah pun boleh di dapati dengan mudah di rahsiamenternak kambing. Semua proses didedahkan dari peringkat sebelum, semasa, cara
menguruskan kambing sehinggalah kepada proses menjual daging atau kambing
sendiri, didedahkan..semoga industry penternakan kambing akan terus berkembang
pesat
Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.