Makluman : Pembayaran BR1M ( BRIM) 2016 Mulai Esok , 28 Hb 2016





Kerajaan telah mengeluarkan kenyataan pembayaran BR1M untuk tahun 2016 mulai 28 April 2016 atau esok.

BR1M atau Bantuan Rakyat 1 Malaysia, merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata pemberian BR1M 2016 bagi kategori isi rumah dan warga emas akan diagihkan sebanyak empat peringkat setahun yang bermula esok, 28 April, 23 Jun dan 28 Sept 2016

Bagi penerima di bawah kategori individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM400 sekaligus mulai esok( hari nie 28 hb jika korang baru terbaca di sini)

"Ini (pemberian BR1M) bagi memastikan penerima dapat membuat perancangan perbelanjaan dengan lebih baik khususnya dalam membeli barangan keperluan dapur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pembentangan Bajet 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pemberian BR1M 2016 dan penerusan Skim Khairat Kematian (SKK). So Korang take note bantuan nie ok...aku malas  nak ulas dari segi pandangan politik...nama pun bantuan, so korang yang layak sila la ambil ye.

Ada penambahan dari segi jumlah bayaran BR1M bagi yang layak

Untuk isi rumah pendapatan bawah RM 3000 bayaran BR1M 2016 - RM 1000
                                                                                                   2015-   RM 950

Untuk isi rumah pendapatan RM 3001- RM4000 bayaran BR1M 2016- RM800
                                                                                             BR1M 2015- RM750

Untuk individu bujang pendapatan RM 2000 ke bawah bayaran BR1M 2016-RM 400
                                                                                                       BR1M 2015 - RM 350

dan terdapat skim pembayaran BR1M terbaru iaitu  e kasih iaitu untuk individu bujang dengan pendapatan RM 1000 ke bawah, dengan pembayaran sebanyak RM 1050 dan Skim Khairat Kematian di teruskan sebanyak RM 1000 bagi  waris penerima BR1M kategori isi rumah .

sumber dan grafik: Awani

0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.