Korang kalau
nak pasarkan sesuatu barangan mesti ada customer right? Kalau pemasaran melalui online mesti korang
kena dapatkan targeted customer..tak pun at least korang ada trafik untuk
barangan korang, tak kisah barangan digital atau barangan fizikal.
.....................
Aku pun macam korang jugak, masih mencari carik agen pemasaran yang cukup cukup
berkesan untuk buat duit di internet, aku tak nak sembang kencang dengan
korang, tetapi aku dah cuba dengan pemasaran melalui free trafik atau trafik
percuma, hasilnya boleh tahan...menarik...Aku gunakan amazon sebagai peluang
buat duit dengan dollar US. Sejujurnya aku cakap bukan mudah nak buat duit dari
US nie, dulu waktu awal awal aku bergiat dan kenal online nie, aku berkenan
dengan Paid To Click program..tetapi maaf cakap program nie banyak yang scam,
buang masa dan penat melayannya, hasilnya ciput je. So berbalik kepada peluang
buat duit dengan amazon, aku dah daftar dengan affiliate Amazon( aku tak
sertakan cara untuk daftar amazon dekat sini,nanti jika ada masa aku cuba
setkan tutorial ringkas), Amazon untuk pengetahuan korang merupakan antara
gedung barangan fizikal yang terbesar di dunia, kalau korang kenal Lazada, maka
korang boleh kenal Amazon yang saiz dan kekuatan operasinya sangatlah besar
melebihi Lazada,banyak barangan yang dijual di situ dari sekecil-kecil barangan
seperti pin atau clip kertas sehinggalah kepada traktor dan juga kapal atau bot
ke serata dunia...osem bukan? Kalau korang daftar dengan amazon korang boleh
jana pendapatan, walaupun komisyen atau habuan sebagai agen sikit tetapi tu US la
bro, bukan RM, kalau cukup tempoh, diorang akan hantar cek kat korang
........................................
So bagaimana nak jual barang, kau ingat senang ke? Boleh percaya ke dengan
Amazon nie? Aku mana reti nak jual barang, buat website bagai, kalau dekat FB
setakat online gitu gitu ade le...
................................................nie
yang mungkin menjadi masalah pada aku dan korang betul tak? sejujurnya aku nak
cakap sukar jugak nak berurusan dengan amazon nie, ianya trusted dan juga
begitu menjaga kredibiliti company diorang.....so sebenarnya terdapat satu cara yang aku gunakan untuk jana trafik
dan buat duit dari amazon, tanpa guna web site, tanpa guna trafik berbayar
tetapi trafik percuma je...tetapi hasilnya memang osem..... aku gunakan u tube
untuk pasarkan atau gunakan u tube untuk jana pendapatan dari amazon affiliate.
Apa yang
pasti walaupun nampak mudah...ya lah..aku hanya perlu akaun u tube then..buat
video kemudian publishkan video, simple bukan? Ada beberapa step yang akan
memastikan korang boleh buat jualan seperti aku dan memastikan video korang
berada di result paling hadapan sekali, setakat nie baru ada 3 jualan je... dan
ada beberapa produk lain yang turut sama terjual melalui u tube sahaja....Nie merupakan salah sati screenshot salah satu produk amazon yang aku pasarkan melalui U Tube,Slice Toaster,
Walaupun trafik yang masuk tak cecah pun 1k view....kalau tak salah aku dalam 300 lebih je view..aku dah buat 3 jualan dari video nie sahaja, belum masuk video produk yang lain.
Kenapa u tube?
Kerana u tube merupakan sumber trafik yang sesangat osem . Customer lebih suka menonton video, ianya ada daya tarikan, seolah olah lelaki terkacak atau wanita yang comel di carian muka depan google..hehhee Korang boleh setkan
targeted buyer dan trafik melalui u
tube, melalui apa? Melalui kata kunci atau keyword yang betul dan melakukan sedikit home work untuk
meletakkan video u tube korang berada di bahagian 10 hadapan carian google. Aku pun sebenarnya
bukanlah hebat sangat, Cuma aku ikut panduan dari bro Zyan nie, seorang full internet marketing Malaysia yang kacak,
walaupun ianya lebih kepada pemasaran untuk clickbank, tetapi tak salah dan
terbukti kita boleh gunakan untuk semua jenis pemasaran affiliate, dan aku
berjaya membuktikan pemasaran melalui video
bukan omongan kosong beb... Satu lagi apa yang aku suka teknik nie , autopilot
dan passive income, maksudnya korang setkan, dan tinggal....dan tunggu je
jualan pertama korang sampai. Setakat nie belum boleh cashout lagi dari amazon
nie, tetapi kalau jika diizinkan olehNya nanti ..aku akan updatekan dekat sini.
Macam mana nak buat video? Aku guna video maker dari windows je..kalau korang
ada Camtasia ke atau software lain punboleh...Cuma pastikan korang ikut cara dan panduan
yang betul.Cuma nasihat aku la....nie bukan skim cepat kaya ok.... tetapi salah
satu cara untuk korang ubah system pemasaran korang, ada yang guna website
untuk buat review produk amazon, ada
yang gunakan iklan berbayar, kalau korang ada kemampuan dan kemahiran, korang
boleh la apply teknik mana yang korang berkenan. Cuma untuk kes aku nie, aku
apply sepenuhnya teknik pemasaran melalui video. Satu lagi yang aku suka teknik
nie jika betul caranya akn jadi salah satu cara pemasaran yang memang boleh
buat duit, taklah aku dok guna video kat u tube untuk menonton drama korea je
memanjang....
psttt...satu
lagi kalau korang letakkan link produk amazon, pastikan korang letak link
amazon sendiri,jangan korang guna url yang dah dipendekkan sepertu tiny url,
shortly dan lain-lain, ianya pantang larang dari amazon( untuk elakkan akaun
amazon dari ke ban)....yang nie tak de dalam panduan bro zyan, yang nie dari
aku je...serius bro....
Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.