5 Cara Menghilangkan Jerawat Paling Pantas dan Superb Secara Semulajadi

 5 cara menghilangkan Jerawat  Paling Pantas, superb hanya dengan menggunakan bahan semulajadi yang boleh didapati di dapur atau halaman rumah korang

Jerawat memang merupakan masalah besar terutama kepada remaja dan golongan dewasa. Penampilan wajah dengan jerawat mengurangkan keyakinan diri. jadi bagaimana cara menghilangkan jerawat dengan cepat serta mudah. Di samping rehat serta tidur yang mencukupi, pemakanan juga penting untuk menjaga wajah. Elakkan dari memicit jerawat , kerana ia boleh menyebabkan bakteria serta boleh menyebabkan parut jerawat akan lebih lama pada wajah. elakkan juga memegang wajah sewaktu tangan kotor dan janganlah beri orang lain menyentuh muka atau pipi korang sesuka hati.


Cara no1:  Menggunakan madu. Madu memang merupakan anugerah untuk kecantikan. sebaikna sudah pasti menggunakan madu yang asli. Dengan menggunakan kapas, sapau madu keseluruh wajah dan biar selama 30 minit. Sesudah itu bilas dengan air yang bersih. Lap muka atau wajah korang juga dengan tuala yang bersih. Biasanya tuala tu ditekapkan secara perlahan lahan sehingga kering. Lakukan semaksima mungkin sehingga jerawat tidak ada lagi dari muka korang
 

Cara no2 : Menggunakan Lemon. Lemon segar merupakan antara buah yang terbaik boleh digunakan untuk mengatasi jerawat. Korang boleh beli buah lemon segar ,potong dan perah airnya. sapukan air lemon pada wajah atau muka sebelum tidur dan basuh keesokkan harinya. Jerawat batu yang besar akan mengecut dengan cepat bila disapukan dengan air lemon.
 

Cara no 3: Menggunakan Bawang Putih. Bawang putih boleh menghilangkan jerawat dengan cepat jika digunakan. Bawang putih mengandungi antioksidan serta anti bakteria. Kekuatan bawang putih sebagai anti bakteria dan juga anti kulat menyebabkan ia boleh digunakan untuk menghilang atau merawat jerawat.Potong bawang putih dengan menggunakan pisau yang bersih. Sapukan dengan perlahan lahan dikawasan muka yang berjerawat. Biarlah sehingga 10-15 minit .lepas tu korang boleh bilas muka dengan menggunakan air yang bersih. Penggunaan maksimum boleh menyebabkan jearwat hilang dengan pantas.


Cara no 4 : Menggunakan aloe vera. Tumbuhan lidah buaya atau aloe vera merupakan antara tumbuhan yang sangat mesra untuk kulit manusia. Sapuan lendir aloe vera boleh menyebabkan wajah menjadi segar serta bersih. Ambil satu batang aloe vera, belah batangnya dan keluarkan lendirnya. sapukan lendir disekitar wajah yang berjerawat . Bair sehingga 20-30 minit, bilas dengan air bersih


Cara no 5 : Menggunakan buah tomato. cariklah tomato yang masak, korang belah dan keluarkan isinya. dengan menggunakan isinya , sapu ke wajah yang berjerawat. Biarlah selama 30 minit, lepas tu korang boleh bilas.
 


Ada banyak cara untuk menghilangkan jerawat, Cara menhilangkan jerawat dengan pantas, juga memerlukan korang menjaga kesihatan badan secara keseluruhan, tidur yang cukup, kurangkan stress,Jangan memecit jerawat korang nanti bertambah banyak. Pastikan korang mendapat maklumat yang cukup cukup jelas, sebelum korang menggunakan sebarang bahan kosmetik untuk membersihkan jerwat korang dengan cepat


0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.