Resepi Sekaya/Kaya buatan sendiri.Homemade Serikaya





Berikut anda boleh buat sendiri di rumah, resepi kaya buatan sendiri yang sedap, homemade seri kaya dan selamat mencuba

SERIKAYA @ SEKAYA
60gm gula pasir
125ml air panas

Masak gula hingga berwarna perang lembut (Jgn gelap sgt nnti sekaya jadi gelap) masukkan air panas dan masak hingga gula tadi melarut. Masukkn daun pandan

3 biji telur size besar
300ml pati santan
240gm gula pasir (boleh kurangkan)
Daun pandan

Satukan bahan2 ini dn tapiskan ke dalam gula perang tadi. Mula masak..bila hampir pekat keluarkan daun pndan.
Teruskn masak dan jangan berhenti mngacau sebab telur akan menjadi berketul2. Gunakan api kecil
Masak hingga hampir pekat. Jangan terlalu pekat sebab adunan akan menjadi makin pekat setelah sejuk. Masukkan beberapa titik pewarna kuning utk mendapatkan warna seperti diatas atau biar saja dengan warna perang semulajadi.


**ada yg gemar mncampurkn tepung jagung pada sekaya untuk memekatknnya. Saya lebih gemar sekaya mnjadi pekat dgn sendirinya.
**gula boleh dikurangkn kalau   tak  suka manis..saya guna 220gm sahaja
**jika bmbang telur menjadi dadih ketika masak..gunakn kaedah baine-marie
**baine marie~mngkuk yg berisi bahan serikaya diletakkan di atas periuk lain yang berisi air dan dimasak diatas dapur. Kaedah ini sama seperti kita mncairkn coklat
**utk mndenpatkan sekaya yg berkilat.. seakan berminyak gunakn pati santan kelapa..bukan santan kotak

0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.