Tips Instagram 4 : Teknik Paid Review


 Okay, hari nie saya nak sambung tentang tips Instagram, bagaimana nak buat duit dari Instagram, jadikan Instagram sebagai funnel atau saluran pemasaran selain FB Ads, blog dan sebagainya

Ada yang menggunakan cara Review ( melalui hadiah/ bayaran/hadiah dan bayaran sekaligus)...Bagaimana tu ya?

Teknik review nie biasanya digunakan oleh penyanyi, blogger, model atau sesiapa sahaja yang terkenal, contoh macam Nora Danish,Zizang Razak  yang followersnya menjangkau juta orang.Bagaimana nak suruh diorang review? Ada yang tag barang yang kita pos pada mereka, atau mereka memakainya atau ada yang minta bayaran sahaja, atau ada yang minta kedua-duanya, so korang kena siapkan duitlah, mahal memang la ...yang saya dengar paling tinggi minta bayaran sebanyak rm 3000 bagi sekali review dan iklan akan di padam selepas 2-3 hari,bergantung kepada syarat yang mereka tetapkan lah.tapi followers diorang fuhhh.. sangat osem la...ramai

Pro Atau Kelebihan Paid Review


Isyaallah akan naiklah followers korang nanti,terutama bila selebriti atau artis yang karang ayat diorang sendiri, sebab nampak lebih jujur dan bersungguh, cuba bayangkan Nora Danish karang ayat sendiri dan beri feedback positif dari satu krim kecantikan ,tentu peniaga yang berkenaan akan teruja, followers Nora Danish juga akan kagum.Malah jika mereka suka mereka akan membeli produk korang itu sendiri. Kalau paid review yang murah serta berjaya itu satu kelebihan



Kontra Atau Kelemahan Paid Review


Namun dari segi kontranya,sudah pastilah kosnya tinggi, walaupun korang boleh dapatkan followers yang ramai, tetapi biar mereka melekat terus dengan Instagram jualan korang ..baru best. Namun sejujurnya saya sangat tidak menggalakan korang cuba teknik nie, kosnya tinggi dan perlu korang tahu, followers artis berkenaan mungkin bukan targeted customer. Ada jugak email artis yang tak balas –balas sebab terlalu ramai interview. Kalau korang dah setuju, korang kena ikut peraturan, kena beratur panjang, tunggu giliran korang sampai.Ada yang tunggu sampai 2 bulan sampai lebam bijik mata.Dan satu lagi iklan korang cepat aje dipadam.Namun jika paid review tu servisnya berpatutan apa salahnya korang cuba,

So apa pendapat korang tentang teknik nie, kalau korang tanya pendapat saya, boleh je guna teknik nie, kalau income korang dan puluhan ribu ringgit, namun apa yang paling penting ialah nak dapatkan targeted followers, cara percuma tentu lebih baik. Followers yang targeted membolehkan peluang korang menjual sangat tinggi, Kalau korang nak tahu cara percuma tapi powers nak dapatkan targeted customer atau followers, korang boleh baca panduan Instagram nie.

0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.