RAHSIA Berniaga Dalam Instagram Sampai Berjaya BERHENTI KERJA




Panduan lengkap berniaga di Instagram sehingga berjaya jadikan perniagaan sebagai kerjaya utama dan berhenti kerja asal...memang tindakan yang berani dan mencabar

Saya nak kongsikan satu kisah Inspirasi kejayaan bagaimana
seorang rakan saya yang BERHENTI KERJA sebab seronok
berniaga walaupun hanya dalam Instagram.

Saya simplekan sahaja cerita ini supaya korang dapat
cepat tangkap dan faham.

Beliau seorang perempuan, surirumah dan ada anak kecil
seorang, suami pula kerja kapal, jadi, balik sebulan cuma 2 3 kali,
pada asalnya beliau bekerja di salah satu syarikat swasta
dengan gaji mencecah RM4,000 sebulan.

Tetapi dalam masa sama beliau minat berniaga, dan mula 
mencuba-cuba berniaga menggunakan Instagram.

Apa yang menariknya disini beliau LANGSUNG TIDAK
tahu pun bagaimana nak berniaga di facebook, dan platform-platform
lain, yang beliau tahu cuma upload gambar di Instagram 
dan tunggu respon dari pelanggan.

Masa tak lah ada sangat, ye lah, dah lah siang kerja, malam nak 
nak uruskan anak lagi, jadi jika ada kesempatan sahaja beliau
'layan' Instagram.

Menariknya, selepas beberapa bulan, beliau ambil keputusan
untuk BERHENTI KERJA.

Saya cuba korek rahsia kenapa.

Katanya, pertama sebab nak jaga anak sendiri, sebab suami jarang 
balik, jadi, nak tukar kerjaya jadi surirumah sepenuh masa, 

KEDUA : katanya hasil perniagaan geli-gelinya yang HANYA DI INSTAGRAM
dah melebihi dari gaji bulanannya.

Wow! Ini bermakna pendapatan geli-geli pun dah lebih Rm4,000 sebulan.

Jadi, ada beberapa point utama yang saya nak sampaikan
dari cerita rakan saya ini.

1 : Siapa kata dalam Instagram tak boleh berniaga buat duit? Kalau
kena dengan produk dan market, silap-silap lagi meletup dari Facebook.

Kenapa? Ramai golongan yang mula beraktif dalam Instagram.

Dan disebabkan kejayaan beliau ini lah yang membuatkan saya berani
keluarkan panduan perniagaan dalam Instagram yang mana
tertumpu bagaimana nak dapatkan TARGETED FOLLOWER yang 
berpotensi jadi bakal pelanggan kita.

Sebab saya lihat, ramai orang berniaga dalam Instagram, tapi tak
semua dapat hasil yang lumayan kerana satu silap mereka..

Walaupun follower ramai, tapi bukan targeted prospek.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh rujuk 



2: POWER OF FOKUS : 

Saya nampak sesuatu yang luar biasa pada diri dia, walaupun dia 
tak tahu platform-platform pemasaran lain, tapi sebabkan FOKUS
beliau, beliau berjaya capai satu tahap yang LUARBIASA.

Perkara ini memang terbukti, saya sendiri kadang-kadang hilang FOKUS.

Kita ni, kadang-kadang terlalu kerja BANYAK perkara, sana sini
nak cuba, tapi TAK SEDAR yang satu tu pun belum kukuh.

Bukan dari segi kaedah pemasaran je, tapi dalam banya benda.

Contoh, kita lihat Si A buat bisnes ni menjadi, kita pun nak buat juga,
tapi tup tup berapa hari lepas tu tengok Si B buat bisnes lain pula
dan berjaya, kita pun mula jadi LALANG nak buat juga bisnes tu.

Last-last semua tak menjadi.

Sebab tu kadang-kadang tak pelik bila tengok ada orang
boleh berjaya walaupun dia tak tahu banyak benda TAPI
dia ada KEMAHIRAN dalam SATU BENDA yang dia FOKUS.

Jadi, agak-agak korang selama ini FOKUS tak dengan apa
yang korang lakukan?

Serius, kuasa FOKUS ni memang POWER.

Saya harap, dengan kisah kejayaan ini dapat beri SEMANGAT 
sedikit pada korang untuk mantapkan perniagaan sedia ada.


0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.