7 Langkah Asas Memulakan Perniagaan Burger dan Jana 4-5 Angka Sebulan



http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=10013_49
Cara Memulakan perniagaan burger paling lengkap untuk jana pendapatan lumayan 4-5 angka sebulan

Korang suka makan burger tak? Waktu saya kecik kecik dulu burger yang saya tahu ada dekat pasar malam je, sedapnya bukan main, maklumlah waktu bukan mudah nak dapat burger waktu tu , seronok bila ayah bawak ke pasar Malam nie, Saya tengok peniaga pasar malam nie simple je orangnya,tapi kata Ayah saya waktu tu peniaga pasar malam jual burger nie banyak duit,memang naik van biasa je, tetapi mereka sebenarnya jutawan senyap, buat duit dengan jual burger. Kalau korang lihat sekarang perniagaan burger merupakan perniagaan yang paling osem, cuba korang lihat Fizo, pelakon kacak tu, bina rangkaian jual burger sebelah KL, malah banyak juga syarikat francais yang  berkonsepkan  jual burger nie. So persoalannya bagaimana nak mulakan perniagaan burger nie? Jom baca langkah-langkah nie.sambil membaca korang boleh bayangkan keenakan burger yang pernah korang makan..


 Langkah 1
Kena buat research sikit, Korang perlu kaji kedai burger di kawasan korang, berapa banyak kedai atau gerai burger yang ada di kawasan atau tempat tinggal korang.Lokasi yang tepat menjamin burger korang terjual.Korang tinggal di mana? kampung, taman perumahan? atau di flat? Biasanya perniagaan burger nie dijalankan  pada waktu malam. Berapa hari nak berniaga, semua mesti di ambil kira



 Langkah 2
 Korang mesti tentukan konsep perniagaan korang, adakah korang bina gerai tepi jalan je? atau korang sewa kedai untuk bukak restoren burger? atau  sewa tempat di food court? Atau perniagaan pasar malam? Nie mesti korang putuskan, setelah korang tentukan lokasi nak mulakan perniagaan burger.Sejujurnya saya menyukai konsep gerai tepi jalan je, rahsianya? ianya menjimatkan dari segi kos  dan menjadi tempat laluan orang ramai, ramai orang boleh 'nampak' dan kenal gerai tepi jalan nie.



 Langkah 3

Pelanggan adalah raja,jadi pelanggan juga perlu dikaji, siapa mereka, ianya berkait rapat dengan lokasi yang korang tentukan. Biasanya burger, pelanggannya meliputi semua lapisan masyarakat, namun pada peringkat awal, korang boleh test market dulu dengan meletakkan sasaran pada pelanggan , terutamanya golongan bekerja.Test market bermaksud korang budjet dulu berapa sehari burger yang boleh terjual. Jika restoren atau kedai yang lebih besar, saiz pelanggan mesti di agak.Bab nie kiranya korang mesti mahir jugak tempat di mana korang nak lokasikan busines burger korang



Langkah 4

Mulakan list kekuatan atau modal yang anda ada, list semua kekuatan yang kita ada, secara detail, apa sumber kewangan untuk korang beli semua peralatan yang diperlukan, berapa modalnya, dari mana sumber modal. Listkan semua kekuatan yang kita ada,listkan semua kelemahan atau cabaran yang kita ada.Kenapa? ianya penting untuk kita melihat secara holistik atau telus, apabila kita memulakan operasi perniagaan nanti. Lihat juga ancaman kepada perniagaan burger korang. Ancaman itu boleh jadi datang dari diri korang sendiri, persekitaran, persaingan seperti wujudnya Mcdonald di kawasan tempat korang merancang membina kedai burger, ancaman dari segi pelanggan dan sebagainya. Ini termasuklah untuk mendapatkan bahan mentah burger tersebut.


 Langkah 5

 Menggunakan hasil penyelidikan dan analisis untuk menulis rancangan perniagaan untuk perniagaan burger. Biasanya kita sebut sebagai kertas kerja. Sekarang anda sudah membina jadual perniagaan anda, listkan dari pukul berapa nak bermula, bila nak beli bahan mentah dan sebagainya. Rancang juga kewangan secara deatail di sini, sepatutnya sudah ada buku atau sekurang kurang app berbentuk note untuk menyimpan semua kiraaan kewangan duit masuk dan duit keluar korang.

.Langkah 6

 Jika rancangannya sudah ada, maka step seterusnya adalah pembelian peralatan untuk memulakan perniagaan burger . kalau gerai kecil sahaja, maka keperluan seperti gerai,tempat memasak, perlulah dibeli. Kalau perlu melibatkan lesen dari majlis perbandaran , boleh juga memohon dahulu.


Langkah 7 
Mulakan proses marketing,seperti hebahan secara online di Facebook, facebook group serta group whataapps, Jangan malu untuk memulakan marketing, malu bukan untuk tempat untuk memulakan perniagaan, tetapi adab berniaga itu perlu diutamakan., Korang tak rugi pun jika korang  mulakan marketing, kalau korang tak bergerak, maka gerai korang tak bergerak, sekarang zaman dah canggih, whatapps ada, facebook ada, instagram lagi, jadi tu tempat yang boleh korang mulakan promosi burger korang...asalkan korang malu sudah lah kan, ada korang tengok pekerja Burger King, malu malu alah tersipu sipu waktu korang lalu depan kedai mereka? ...Mulakan langkah korang..


Bagaimana sekarang? Kalau korang rasa masih susah untuk memulakan perniagaan burger nie. Korang boleh cuba panduan secara lengkap dari Panduan Perniagaan Burger nie. Ianya panduan lengkap dari anak jutawan senyap yang berniaga hanya dari pasar malam je, tetapi sudah pun berjaya jana income ribuan ringgit sebulan . Pelaburan asas untuk ilmu yang ternilai ini , membolehkan korang membina pendapatan 5 angka sebulan. Insyaallah

Segalanya terpulang buat korang, panduan nie nampaknya dah lengakap bermula dari A ke Z ,kat mana korang nak dapatkan stok, kat mana korang nak berniaga, resepi apa yang korang mesti buat, ramuan apa yang mesti korang letak dalam burger korang supaya ianya dapat menarik jejaka kacak dan gadis gadis comel berebut berebut membeli burger dari gerai korang , semuanya didedahkan... dah la kut saya ingat, semoga korang yang nak berniaga burger tu berjaya, kalau korang tengok dah ramai anak muda dok berniaga burger, kalau tak untung tak de ler, mereka semua sibuk nak jual burger

2 comments.. read them below or add one

Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah 07 October, 2016
Seronok berniaga burger dapat untung.
Love Hijau Love Hijau 12 October, 2016
Ya betul tu tuan,kena ada ilmu jugak baru dapat hasilkan perniagaan yang baik dan jadikan sebagai sumber pendapatan

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.