Tips Instagram 3: Swap Review


Saya nak share apa tips yang diberikan oleh rakan saya 
berkaitan Instagram ni. swap review ok

Hari ini berkaitan SWAP REVIEW

Apa itu Swap?

Saling mempromosikan akaun IG di akaun 
masing-masing. Swap ini percuma. Ada IG 
yang tetapkan minima followers sebelum swap, 
ada juga yang tidak. IG yang 10k ke atas, mahu 
swap dengan yang punya followers 10k ke atas. 
Yang 2k, swap dengan 1k atau 2k. 
Yang ratus-ratus, swap dengan 1k ke bawah. 
Apa jua syaratnya, biasanya yang followers sedikit
 perlu ikut syarat followers ramai. Begitulah dunia mihihi.
Ayat deskripsi dan gambar sama ada kita berikan, 
atau mereka sediakan sendiri.
 Apa pun swap ini perlu bincang dulu sesama pemilik IG.


Pro:

- Tiada kos.
- Sekurang-kurangnya naik jugalah 1 follower, insya-Allah.
- Tambah kawan kerana ini konsep bantu-membantu.
.
Kontra:

- Terlalu banyak gambar iklan pada IG kita. Nampak semak.
- IG yang satu lagi tidak up swap IG kita walaupun kita sudah promo.
- IG yang satu lagi desak segerakan naik promo IG dia sebab dia sudah promo, walaupun baru beberapa jam. 
Jadi kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang teknik nie, korang boleh download je panduan Instagram nie kat sini

0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.