Belilah sayur-sayuran dan bauh-buahan organik atau dari ladang organik yang memang zero racun makhluk perosak serta hanya menggunakan baja kompos sahaja.

No 2
Belilah produk atau barangan buatan Malaysia.Ianya sudah pastinya menjimatkan bahan api serta mengurangkan pelepasan karbon dioksida.

No 3
Belilah barangan segar.Ini kerana barangan sejuk beku telah menggunakan 10 kali ganda tenaga sewaktu menghasilkannya.

No 4
Beralihlah kepada barangan yang boleh diguna semula. Ini dapat mengurangkan bahan buangan dan pencemaran . Lampin pakai buang walaupun memudahkan pengguna berkali-kali ganda tetapi memusnahkan bumi beribu-ribu kali ganda,maklumlah ia sukar untuk dilupuskan dengan sempurna.

No 5
Jangan beli barang-barang yang diperbuat daripada haiwan atau tumbuhan terancam bagi mengekalkan biodiversiti yang menjamin keseimbangan alam sekitar.

N0 6
Bawa bekas mengisi makanan sendiri,apabila membeli makanan yang akan dibawa pulang.Ini akan mengurangkan penggunaan bekas makanan ( styrofoam ) yang tidak boleh dilupuskan.

No 7
Rancang pembelian untuk mengelakkan daripada membeli barangan yang tidak perlu.

No 8
Rancanglah tempat untuk membeli belah,bagi menjimatkan bahan api dan masa. belilah barang keperluan dengan sekali pergi sahaja.Sebaiknya kurangkan memandu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas atau berjalanlah untuk mengurangkan pencemaran udara.

No 9
Bertukarlah kepada petrol tanpa plumbum( eh...rasanya kat Malaysia semua tanpa plumpum )

No 10
Sewa,pinjam barangan yang kurang digunakan setiap hari.Ini dapat menjimatkan ruang.
No 11
Pilihlah barangan atau peralatan bebas kloroflorokarbon ( CFC ) serta mesra alam yang akan menjimatkan tenaga.CFC boleh memusnahkan ozon dan menyebabkan pemanasan global.

No 12
Belilah barangan terpakai seperti buku,perabot,peralatan memasak dan lain-lain.ianya adalah amalan mesra alam atau amalan kitar semula yang baik.


No 13
Bawa beg sendiri untuk membeli belah.Beg plastik tidak boleh lupus dan mengambil masa sehingga 500 tahun untuk diuraikan .

No 14
Barangan elektrik,carilah yang mempunyai logo energy star,yang merupakan gadget atau alatan elektrik yang cekap serta tidak membazirkan tenaga.

Pilih barangan yang kurang menggunakan bungkusan bagi mengurangkan sisa pepejal.Membeli barangan secara pukal dan yang boleh diisi semula kandungannya lebih murah dan menjimatkan pembungkusan.

No 16
Gunakan bateri yang boleh dicaj semula dan tanpa kadium ( sangat bertoksid ) untuk apa-apa juga gadget yang menggunakan bateri seperti lampu suluh,atau alat permainan.

No 17
Anda boleh cuba membeli barangan dari kertas yang dikitar semula.

No 18.
Lakukan pembelian secara 'online' untuk mengurangkan kos pengangkutan.Pastikan semua asas dan peraturan pembelian di patuhi,berhati-hati untuk elakkan penipuan.Biasanya laman lelong yang besar seperti ebay lebih stabil dan dipercayai

No 19
Mungkin anda boleh mencuba menggunakan kereta berenjin diesel,kerana tahap pelepasan asap diesel 10% lebih rendah dari petroleum.

No 20
Fikirlah sebelum membeli, belilah apa yang anda perlu,bukannya yang anda mahu.

Memang sukar untuk berubah, secara jujur boleh dikatakan kesemua dari kita menggunakan pampers atau lampin pakai buang untuk anak kecil kita, namun ianya sukar untuk dilupuskan dan menjadi sisa pepejal yang tegar uraian.Namun kita boleh berubah dengan menggunakan kain lampin pada waktu siang dan hanya lampin pakai buang pada waktu malam.Bumi memerlukan sokongan anda semua, sangat bertepatan dengan perintah dari Allah yang mahu manusia makmurkan bumi ini sebagai khalifah di bumi Allah yang indah ini.