9 Kereta Paling Jimat Minyak 2012 ( Ranking Dunia)






Kereta yang dicipta oleh syarikat automotif biasanya mengambil kira kuasa serta teknologi enjin,keselesaan,maka di sana pertimbangan sudah tentunya pelbagai cita rasa sama ada kereta itu untuk keluarga seperti MPV atau SUV, atau sedan .Malahan hybrid dan kuasa elektrik juga menjadi pertimbangan.Namun paling penting kereta yang dipilih mampu membakar bahan api atau menggunakan kuasa elektrik serta gas dengan sempurna menjadi pilihan utama.dengan kata lain kereta yang dipih mampu menjimatkan minyak atau duit anda. Penilaian ini berdasarkan kepada kereta paling menjimatkan,walaupun harganya memang boleh tahan bagi pasaran tempatan,malah ada yang belum sampai ke Malaysia pun .



No 1: Mitsubishi i MiEV


Sedang charging bateri. Di Malaysia belum ada

Kereta elektrik terbaik di alam kelasnya.mempunyai petroleum dan juga elektrik untuk mengerakkan kereta.Memang efisyen bagi menjimatkan minyak,Kalau tak salah kereta ini sudah diperkenalkan sejak tahun lepas,tetapi masih mendominasi kereta menjimatkan minyak.'EV' bermaksud Electric Vehicle'. Diiktiraf di USA sepanjang 2011 - hingga awal 2012 sebagai kereta paling cekap menggunakan bahan api. Namun apa yang paling penting pada pandangan admin kereta ini mesra alam ,ianya lebih dari kereta hibrid. Anggaran harga Malaysia RM 150k ke atas.



No 2: Toyota Prius




kereta Prius Plug In Hybrid ,generasi ketiga (terbaru 2012),dijana menggunakan elektrik

Atas kesedaran alam sekitar yang bersih Syarikat Toyota melancar Prius. Terjual di 70 buah negara.Jangan terkejut jika antara bahan dalaman Prius ini merupakan gentian kenaf dan Rami yang melalui teknologi tinggi (bioplastik berasaskan tumbuhan ). Namun apa yang lebih penting ianya memang menjimatkan minyak di dalam kelasnya. Kereta Prius memang sudah lama di pasaran Malaysia, dengan harganya 150 k ke atas.


No 3: Lexus CT 200h


Kereta hibrid elektrik mewah,terdapat empat versi iaitu Normal ,sport, eco dan EV. EV menggunakan elektrik sepenuhnya.Walaupun begitu harga di pasaran Malaysia memang tinggi dan Toyota mensasarkan penjualan kereta jimat minyak yang mewah ini untuk pasaran Eropah




No 4 : Toyota iQ



Merupakan Car Of The Year 2008 di Jepun,memang merupakan kereta yang hampir sama dengan Mitshubishi MiEV.dengan mementingkan konsep mesra alam serta penjimatan sumber bahan api versi EV,atau kenderaan elektrik di katakan akan dilancarkan pada Ogos 2012. Menurut sumber Toyota hanya 600 unit versi EV akan dibina dengan 400 unit untuk pasaran Jepun dan selebihnya untuk Eropah dan USA.



No 5: Ford Fiesta



Memecah dominasi Toyota, Ford Fiesta 2012 memang merupakan kereta paling efisyen di dalam bahan bakar yang sempurna,serta hibrid




No 6: Toyota Prius V


Untuk tahun 2012 Toyota Prius V,merupakan kereta sepenuhnya menggunakan sistem hibrid gas. Merupakan 5 finalis kereta berteknologi hijau mesra alam 2012 di Los Angeles USA oleh Green Car Journal Nov 2011. Hanya akan dipasarkan pada pertengahan tahun 2012 di Eropah.





no 7: Wolkswagen Passat



Walaupun menggunakan diesel,namun mampu menghasilakan pembakaran bahan api yang sempurna serta menjimatkan minyak.

No 8: Ford Escape hibrid

Kerete SUV ini sememangnya menjimatkan minyak di dalam kelasnya dan dijangka menjadi pilihan Eropah



No 9: Nissan Juke



Memecah dominasi Toyota di dalam kereta paling jimat minyak. Merupakan mini SUV dan dijangka akan menguasai pasaran Eropah



Pada tahun tahun mendatang, teknologi kereta sudah pastinya akan menumpukan perhatian kepada tenaga yang boleh diguna pakai berulang kali, nampaknya kereta hibrid dan elektrik akan mengambil tempat,apabila sumber bahan api fosil semakin berkurangan.namun dengan faktor harga yang agak tinggi sukar untuk merealisasikan keadaan ini di banyak negara di Asia,walau pun di sana terdapatnya gergasi permotoran yang hebat seperti Jepun,bersediakah rakyat Malaysia ke arah teknologi hijau? Mampukah industri permotoran negara menghasilkan ciptaan kenderaan mesra alam serta mesra sumber? Atau biodiesel negara boleh terus di pacu bersama ciptaan yang hebat mesra alamnya

kredit pic:
topictroopers.com
autocarsnews.info
autosflow.com
modestorcclub.org
carspeedo.com
cardotcom.com
www.newcars.com
wikipedia.org



{ 20 comments.. read them below or add one }

ohcikgu ohcikgu 24 January, 2012
kancil takde ker? hehe
sya isya sya isya 25 January, 2012
Wow! Toyota je banyak, ni.
lovehijau lovehijau 26 January, 2012
Kancil dan Avanza memang jimat minyak cikgu, saya setuju tu, namun macam biasa la, mana mahu mereka iktiraf kereta nasional kecualilah dpat melepasi standard kualiti mreka yg sangat ketat tu
lovehijau lovehijau 26 January, 2012
Betul tu Isya,memang toyota mendominasi
Pejuang Kesenian Extreme Pejuang Kesenian Extreme 28 January, 2012
Lepas ni boleh buat pula entri kereta yang paling banyak makan minyak.hehe
bicara mak dara bicara mak dara 29 January, 2012
woww nice entry indeed... =)

I just voted for you at Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012.. all the best ya..

Plsssss vote for me for THE WORST BLOG OF THE YEAR @ http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=33 "click vote di link www.bicaramakdara.com thank youuuuuuuuu =)
lovehijau lovehijau 29 January, 2012
Bagus jugak idea nie.hahaaa
lovehijau lovehijau 31 January, 2012
TQ,akak,saya dah vote untuk akak
Anonymous Anonymous 31 January, 2012
http://wanwidget.com
serius jimat, kalau boleh jual murah lagi baik, jimat duit pula
lovehijau lovehijau 31 January, 2012
Tu la Wan,harganya memang agak mahal biasanya untuk versi Eropah,US dan Jepun aje, kalau sampai ke Malaysia sure mahal,tax la kalau tak salah saya
Denaihati Denaihati 16 February, 2012
sayang kat m'sia pilihan hybrid kurang(Toyota prius n honda insight hybrid), n masih mahal lagi
lovehijau lovehijau 16 February, 2012
Betul tu bro,memang mahal harganya, itulah kekangan terbesar sebahagian besar dari pembeli kereta, memang ingin memelihara alam sekitar, namun harga kenderaan mesra alam ini terlalu tinggi
Anonymous Anonymous 03 March, 2012
kt mlaysia ni pggunaan NGV pon ader pd teksi jer. keta bese mmg jrg pkai. sbbnyer mgkin x byk tmpat leh isi gas tu. yg bleh usha ialat dgn jimat minyk. guna hyper i-charge insyaallah berkesan. maklumat di sni http://penjimatminyakhot.blogspot.com/p/alat-penjimat-minyak-hot-dan-murah.html
lovehijau lovehijau 22 March, 2012
Dah guna pun bro, bukan sekadar jimat tetapi prestasi kereta agak baik terutama sewaktu pendakian bukit, eh..dah macam promosi pulak ..D
Anonymous Anonymous 15 July, 2012
Salam..nak tanya..sy skrg ngan plan nak beli kete..vios ok tak? In term of jimat minyak..agak2 berbaloi tak lau beli tue?
Tq :)
Anonymous Anonymous 19 November, 2012
salam bro ... brpa harga bateri hybrid 1.3 dgn prius 1.8?
lovehijau lovehijau 03 November, 2013
Kalau tak salah rm 10 k yang ori
lovehijau lovehijau 03 November, 2013
Vios kalau tak salah menggunakan teknologi toyota yang jimat minyak
Anonymous Anonymous 30 July, 2015
Plg jimat engine kuat body ringan (kurang tekanan beban dan kurang memerlukan kuasa petrol) = Kelisa yang menggunakan Rim yang besar (tp biar ringan rim itu). #Saintifik
lovehijau lovehijau 10 August, 2015
Betul setuju tu bro, kereta ppaling jimat minyak bila ianya mempunyai kemampuan enjin yang mantap, tetapi materialnya ringan (h)

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.