Percaya atau tidak terdapat banyak laluan yang berbahaya di seluruh dunia. Laluan extrem ini merupakan laluan kecil yang terletak di atas gunung atau cerun yang tinggi dan sangat berbahaya. Banyak negara di dunia banjaran gunungnya merupakan gunung lipat muda yang lebih curam , kasap serta tinggi dan kurang mengalami hakisan, ini menyebabkan laluan ini sangat extreme dan digunakan sebagai satu aktiviti out door untuk sukan atau riadah lasak. Jom kita lihat.....
n01 El Caminito De Rey ( Sepanyol )
Laluan ini bermaksud Laluan Raja di dalam bahasa Sepanyol, terletak di dalam wilayah Malaga, laluan ini sebenarnya sangat berbahaya, curam, sempit dan sesetengah tempat hanya muat-muat untuk tapak kaki sahaja ! laluan ini dibina pada asalnya untuk pekerja hidroelektrik yang terletak antara dua jurang, mengambil masa selama 4 tahun akhirnya ianya siap pada tahun 1905. Ian dirasmikan oleh Raja Sepanyol Raja Alfonso XIII. Dengan lebar semeter, ianya dibina dengan konkrit yang disokong oleh besi keluli, namun ianya sudah lama terbiar dan menyebabkan banyak jalan yang sudah rosak teruk menjadikan ianya laluan maut jika tersilap langkah. Namun pengemar sukan lasak, atau pengembara lasak masih ingin merasakan sendiri laluan maut ini. Di laporkan 2 orang pejalan kaki yang terbunuh dan hasilnya laluan ini ditutup pada tahun 2000 apabila tersilap langkah, kerana jika jatuh yang menunggu ialah batuan keras lagi tajam. Pada tahun 2011, ianya dibaiki semula dengan kos 9 juta euro.
no2 : Laluan Huashan (China )
Inilah antara laluan pejalan kaki yang sangat menggerunkan, seolah-olah anda akan menempah maut melalui jalan ini. namun begitu ia menjadi kegemaran kepada pendaki dan juga pelancong. Laluan Huashan merupakan laluan berbahaya yang berada di kawasan pergunungan di kawasan Sungai Huang He, sungai kuning yang terkenal diChina, mempunyai 5 kemuncak dengan ketinggian tertinggi ialah dikemuncak sebelah selatan dengan ketinggian 2154.9 meter. Namun lalun yang paling popular ialah di sebelah kemuncak utara. diketinggian 1614 meter. Kawasan pejalan kaki Hua Shan dibangunkan atau dimulakan sejak zaman Dinasti Tang. Kawasan pergunungan Hua Shan di sepanjang tempat perhentian terdapatnya rumah untuk berehat serta rumah ibadat 9 tokong. Kerajaan China akhirnya membangunkan kawasan laluan maut ini, dengan menambah ciri keselamatan seperti talian kabel . Jom layan gambar


sumber pic : sini dan sini
no3 : Laluan ke sekolah Kg Gulucan ( China)
Semangat untuk belajar kanak-kanak di kg di barat China ini memang tinggi, ini kerana satu-satunya laluan kesekolah mereka adalah melalui laluan yang berketinggian 5000 kaki dari paras laut.Mereka ke sekolah rendah setiap hari melalui jalan yang kecil yang dibuat di atas ketinggian yang sangat berbahaya.Boleh anda bayangkan jika hari hujan...?


no4 : Roche Veyrand ( Perancis )
Merupakan kawasan pergunungan ditenggara Perancis,lalaun yang sangat extrem, antara yang sukar dan berbahaya di dunia. Sesuai untuk pendakian yang lasak.


no 5: Laluan Ebenalp (Switzerland )
Merupakan kawasan pelancongan tanah tinggi yang terkenal dengan gua pra sejarahnya,Di samping keindahannya laluannya agak sukar dan masih terdedah kepada bahaya, walaupun sudah dinaik taraf dan boleh sampai ke sana melalui kereta kabel, namun pendakian masih menjadi satu aktiviti yang popular di sini. Apa yang saya boleh katakan, keindahan tanah tinggi ini memang memukau

sumber
no 6: Laluan Yueyang ( China )
Merupakan laluan yang sangat berisiko tinggi, laluan hanya selebar semeter sahaja dan diperbuat dari kayu, namun apa yang lebih menakjubkan laluan baru yang terletak di wilayah Yunan ini, ialah pekerja yang membinanya, kuat semangat.,hanya menggunakan tali sokongan untuk terus berkerja di ' atas angin'.kata ketua operasi tapak pembinaan, disamping mahir berkerja, psikologi anda juga perlu stabil di sini
no 7: Laluan jurang Moher ( Ireland)

Antara aktiviti di sini yang boleh menyebabkan anda kecut perut adalah aktiviti berbasikal, namun sudah pastinya anda akan berpeluh lebih sikit, kerana ruang laluan sangat sempit dan hanya muat untuk satu basikal sahaja, selebihnya, jurang yang dalam di tepi pantai akan menanti anda.


Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.