7 Keluarga Ikan Hiasan Paling Popular di Malaysia



Ikan hiasan merupakan antara satu industri yang sangat berpotensi tinggi untuk dimajukan.Malahan masyarakat Malaysia merupakan antara penggemar ikan hiasan. Ikan hiasan dianggap sebagai penyeri diruang rumah mahukan dijadikan sebagai aset penting seperti zoo dan pelancongan. Jom kita kenali ikan hiasan paling popular di Malaysia.

Malaysia sangat berpotensi menjadi hub kepada ikan hiasan.Mempunyai hampir 250 spesies ikan air tawar.1/3 daripadanya sangat berpotensi sebagai ikan hiasan.Spesies yang popular sudah tentunya spesies eksotik.Antaranya Kelah yang sangat terkenal kerana kelicikan untuk dipancing dan dikenali sebagai raja sungai. Namun begitu spesies ikan air tawar tempatan sukar untuk dibiakkan. Namun berpotensi dimajukan

no 1

Dari keluarga Cyprinidae- Antaranya Barb, Seluang ( Rasbora ) dan Kap seperti Kelah dan Tengas.



Ikan Barb,antara spesies ikan hiasan popular di Malaysia, terutamanya Tiger Bard, warnanya berbelang seperti harimau


via:maxxpeacock.blogspot.com
Ikan kelah merupakan spesies ikan eksotik terkenal di Malaysia, mempunyai isi yang lembut dan sedap,sukar untuk dipancing serta hidup di habitat air yang bersih tanpa pencemaran. Sekarang menjadi ikan hiasan popular. Mempunyai 19 spesies diseluruh dunia dan hanya 3 spesies di Malaysia.


no 2

Dari keluarga Anabantidae. Antara ikan yang popular sebagai ikan hiasan dari keluarga ini ialah Ikan Pelaga, Sepat dan Kaloi.


Colissa Lailia,spesies ikan sepat hiasan popular

Pearl Gouramy, Ikan sepat memerlukan air yang masam ,elakkan menukar air selalu.Namun pastikan tangki atau akuarium anda bersih.


via:zouldahanblog.blogspot.com

Ikan Kaloi turut menjadi ikan hiasan yang popular di Malaysia




Ikan Pelaga, murah dan popular sebagai ikan hiasan, teringat zaman kanak-kanak dulu bawa bekas sauk dan balang ,cari ikan laga dan belut



no 3

Dari keluarga Poecilliidae. Antara yang paling popular dari spesies ini termasuklah Ikan Guppy.Platy Molly dan SwordTail


Ikan Guppy merupakan antara ikan hiasan yang popular, dengan saiznya yang kecil tetapi mempunyai ekor yang kembang dengan pelbagai warna dan corak, gambar atas ialah molly guppy dan gambar di bwah ialah tuxedo guppy

via: fish4fishlovers.blogspot.com


SwordTail antara ikan hiasan paling banyak di kedai akuarium negara, harganya murah dan senang untuk dibela.














No 4

Dari keluarga Cyprinidae seperti Ikan Emas Dan Ikan Koi, antara spesies yang sangat popular di Malaysia dan di seluruh dunia

Ikan Emas,masih mendahului senarai ikan hiasan di seluruh dunia, sangat popular kerana warna keemasannya, namun sekarang sudah terdapat ikan emas hitam


Ikan Koi, merupakan ikan hiasan popular, berasal dari Asia Timur sangat popular sebagai pelengkap seni Taman Jepun.Menimbulkan suasana yang indah dan tenang jika dibela dikolam yang betul cara hiasannya.


no 5
Dari keluarga Characidae ( Tetra ),antaranya ialah ikan Black Widow( macam labah-labah pulak ye), Black Neon, Serpae Kebanyakan ikan dari keluarga ini berasal dari Amerika,namun dengan pantas membiak di Malaysia.

Black widow, ikan Tetra yang mampu membiak di dalam akuarium dengan mudah




no 6

Dari keluarga Cichlidae, antara Ikan popular ialah Ikan Angel,Discus dan Oscar




Ikan Angel,biasa lihat di kedai ikan, tetapi belum pernah cuba membelanya.Antara ikan yang cantik dibela di akuarium.Antara sifat terbaik ikan ini ialah sangat sayang akan anak-anaknya dan dikenali sebagai ikan 'parental care'
Discus ikan hiasan yang paling rumit jagaannya,namun jika anda ingin buka kedai ikan hiasan, ikan ini mesti ada,kerana harganya mahal,tetapi tinggi permintaannya.
Berasal dari Eropah,namun sudah banyak dibiakkan di Asia,memerlukan kualiti air serta makanan yang baik jika anda ingin membelanya.



Oscar,memang laris dipasaran
Bold
no 7

Dari keluarga Osteoglossidae

Antara yang paling popular dan dikatakan antara ikan hiasan paling mahal di dalam kelasnya, iaitu Arowana atau Ikan Kelisa.namun ikan ini semakin pupus dari sungai di Malaysia.Biasanya berwarna Meraha, Eams dan Hijau. Memerlukan modal yang tinggi untuk membelanya,dek kerana harganya yang sangat mahal bergantung kepada saiz, umur dan warna.Walaupun bermuka ganas,ikan ini semakin berkurangan kerana tangkapan yang beleluasa seperti di Sungai Kerian Perak (dulu saya pernah tulis tentangnya )


Arowana



update 2015: Jika anda berminat untuk buat busines ,buat duit dengan ikan tilapia anda boleh dapatkan panduan nie,



{ 76 comments.. read them below or add one }

djawa djawa 23 January, 2012
waah cantik-canti ikannya., tapi sayang aku ga pernah melihara di akuarium., :D
tapi kayanya ikan hiu satu aja cukup deh hehe.,
lovehijau lovehijau 23 January, 2012
Kerna ianya cantik ,makanya ia bisa di pelihara,saya kurang pasti ikan Hui itu apa ya? Ikan arowana?
hatiputera hatiputera 24 January, 2012
pengalaman aku pernah bela red arowana selama 3 tahun,,,,
ohcikgu ohcikgu 24 January, 2012
dulu pernah bela ikan mas..
seronok tengok telatah ikan. hehe
lovehijau lovehijau 24 January, 2012
wow,bro mahal ikan tu,dah 3 tahun ,tentu besar, ikan tu bro jual ke?
lovehijau lovehijau 24 January, 2012
Ikan emas nie memang ikan paling popular, cuma kebersihan tangki dan pemakanan yang betul perlu untuk ikan nie,saya pun dulu ada membelanya. sorry la cikgu sebab hanya sempat balas komen,entry pulak memang dah lama saya tulis cuma nak posting aje,nanti berkesempatan saya akan ke blog cikgu dan rakan komentar yang lain,sekarang sangat sibuk dengan urusan anak
elwin elwin 09 February, 2012
Sy ADA membela sepasang ikan jenis keluarga tiger..bebelang hitam n putih..masalah yang sy hadapi ialah..ikan betina sudah bertelur,jadi sy perlukan sedikit bimbingan bagaimana untuk menjaga telur2 tersebut..
lovehijau lovehijau 09 February, 2012
Sebaiknya induk tadi,ikan jantan dan pasanganya hendaklah diasingkan dari telur tadi sehingga menetas. Sebaiknya kita letakkan batu diakuarium untuk membolehkan ikan tiger tadi bertelur di sana. in duk mesti diasingkan kerana jika ikan stress ,mereka akan memakan telur tersebut. Edwin, harap jawapan ini membantu anda.TQ sudi datang ke sini
Anonymous Anonymous 17 February, 2012
cantik bangET ikannya.....;D
lovehijau lovehijau 17 February, 2012
Memang cantik banget nie ikan,makanya kalu sobat mampu ,bisa melihara ikan-ikan inie,
Anonymous Anonymous 02 March, 2012
aku ade bela ikan kaloi.kuat makan la kaloi ni.agakx2 kaloi ni makan hati lembu tak?
lovehijau lovehijau 20 March, 2012
hati lembu? jangan bro, sebab diet ikan biar tetap dan betul
TERATAK FIKRAH TERATAK FIKRAH 07 April, 2012
Tahniah...blog yang menarik dan bermanfaat untuk penggemar ikan hiasan...jika tambah cara penjagaan dan makanan yang sesuai untuk setiap jenis ikan,lagi best..
lovehijau lovehijau 08 April, 2012
Memang betul tu ,saya setuju dengan Hanom, kalau berkesempatan nanti saya akan usahakan cara penjagaan serta makanan, sememangnya terdapat cara penjagaan yang berbeza buat ikan hiasan teruatam sewaktu menukar air di akuarium... terima kasih atas pandangan sdri
The Fakhirin The Fakhirin 08 April, 2012
ikan pelaga menjadi pilihan window 7 dan 8...hahahaa
lovehijau lovehijau 09 April, 2012
Membuktikan ikan tempatan boleh dimajukan lagi.... lepas nie window 9 la pulak :D
FizWan FizWan 10 May, 2012
ada x care2 nk ternak ikan hiasan ni...
Anonymous Anonymous 25 June, 2012
kenape ikan koi malaysia makan tahi ikan lain?
Anonymous Anonymous 25 June, 2012
I like fish arowana
lovehijau lovehijau 29 June, 2012
Fizwan...nanti saya akan tuis cara nak jaga ikan ini jika berkesempatan, biasanya ikan tu bukan makan tahi, sebaliknya mencari atau disangkakan makanan, tapi biasanya setelah memakan, tahi tersebut diluahkan semula
Anonymous Anonymous 09 July, 2012
paling senang untuk dibela ialah ikan oscar, saya pernah membelanya. tapi baru baru ini telah mati setelah membelanya selama 7 tahun.......ingat nak cari spesis baru lak.
Anonymous Anonymous 16 July, 2012
LH, saya suka sangat bela ikan perhiasan ni, sekarang saya ada bela ikan molly.. cuma sayang, sebab penjual tu cakap, ikan molly ni jangka hayatnya dalam 4 bulan je.. mungkin LH boleh tulis tentang cara-cara penjagaan ikan perhiasan ni.. boleh jadi satu topik yang menarik..
lovehijau lovehijau 16 July, 2012
Insyallah..jika berksempatan saya akan menulis tentang ikan molly ini..ikan paling senang dijaga tentunya ikan lasak seperti ikan puyu atau sejenisnya,namun bagi ikan hiasan hampir kesemuanya boleh mati, kena ada pengetahuan tentang makanan, pertukaran air, kesihatan ikan serta kebersihan tangki
muzamier@ymail.com muzamier@ymail.com 16 July, 2012
ikan pelaga tu boleh boleh bela banyak-banyak dalam satu akuarium tak??
lovehijau lovehijau 20 July, 2012
Tidak boleh,ikan pelaga mesti diasingkan,sifatnya yang agresif sukar diletakkan bersama-sama di dalam satu tangki
Unknown Unknown 02 October, 2012
saya pembekal ikan kaloi di sandakan..sapa2 yg nak membela ikan jenis ni,bole lah hubungi saya di no 0132340384-dex
Anonymous Anonymous 01 November, 2012
mcm mane nak taw ikan sdang bertelur ke x....
Black Healer Black Healer 21 November, 2012
bolehke ikan kaloi letak 2 3 ekor dalam aquarium.. sya ada ikan kaloi 4 ekor semua dah berat dalam sekilo dah.. tapi akuarium asing2.. ingat nak gabungkan dalam satu aqurium senag nak jaga.. x bergaduh ke nanti sebab dierg ni dah besar2 semua.. paham2 la klau dah berat sekilo.. tq.. harap dapat membantu..
lovehijau lovehijau 01 December, 2012
ikan biasanya mengeluarkan buih yang banyak..bergantung kepada jenis ikan untuk mengetahui telurnya
lovehijau lovehijau 01 December, 2012
Biasanya ikan kaloi merupakan spesis ikan yang boleh membesar,namun jika aquaruim sdr memang besar tak jadi masalah
Anonymous Anonymous 05 December, 2012
Love Hijau. Boleh beri petua bagaimana nak kenal jantina ikan seperti kaloi, sepat hiasan, lampam kuning, ikan emas dan ikan kap. Kalau biasanya kita tengok warnakan . Yang betina kurang menarik warnanya berbanding ikan jantan. Ada tak tip lain.
Anonymous Anonymous 05 December, 2012
Love Hijau . Saya ada memelihara ikan emas putih ,merah dan juga hitam . Tetapi yang warna hitam tu kenapa jangka hayatnya pendek? Konon ikan emas hitam payah bela, banyak penyakit. Boleh beri petua tak cara menjaga ikan emas ni terutama warna hitam . Berbeza ke cara penjagaan ikan emas hitam dengan ikan emas putih dan ikan emas merah.
Anonymous Anonymous 23 December, 2012
Saya ada membela ikan kelisa kuning dari indonesia tp warnanya xberapa kuninglah,dah 4tahun dah,sy beli masa tu kecil lg.tapi sy puas hati sbb sy nampak pembesarannya.Baru2 sy ada beli ikan kaloi sabah ekor merah,susahnya nak jaga
Terperanjat pun x boleh dah tu xnak makan pulak(troma)sampai sekarang dia takut aje,jd apa yg perlu sy buat agar ikan kaloi sy nomal balik..
Anonymous Anonymous 31 December, 2012
kite ske bela ikn kcik2 jew..kt umah de ikn guppy,ikn penguin, ikn zebra, ikn yg belang biru n merah 2,xtau nme pe..hehehe. tp sume jnis kcik..n kte gak de bela kura2
Anonymous Anonymous 09 January, 2013
ikan oscar ku ada tertulis kalimah ALLAH
mie mie 19 January, 2013
salam,

ikan oscar memang seronok bela tapi yang bestnya kalau bagi dia makan anak ikan. Sungguh cepat membesar.
Ikan oscar sy kongsi dengan ikan firemouth, dragonfish, parrot dan pacu.

beli sepuluh ringgit anak ikan tak sempat malam dah abis.
fd_mclaren fd_mclaren 06 April, 2013
saya ada membela ikan hiasan spt red white oranda gold fish, ikan emas, tiger barb & ikan bandaraya...
baru-baru ini saya ada membela ikan yang cantik dan unik seperti honey gouromi, silver marble molly, marble angle...tetapi kenapa ikan jenis ini cepat mati?sila beri tunjuk ajar..
Unknown Unknown 01 May, 2013
Salam love hijau..
Saya baru sahaja beli ikan emas 5 ekor ptg tadi. Jadi teruja nak tahu jantina ikan2 ni. Jadi boleh tak love hijau beritau mcm mana nak kenalpasti mana yg jantan n mana yg betina. Trima kasih
Anonymous Anonymous 02 June, 2013
Salam
Sebulan lepas, saya kutip keladi bunting di sungai bidor dekat Teluk Intan. Saya bawa ke KL dan bela dalam pasu. Lepas 2 minggu saya lihat ada anak-anak ikan dalam pasu keladi bunting itu. Mungkin ada ikan semasa saya ambil keladi itu. Ada dua jenis ikan ... rezeki... Tapi saya tak tahu namanya. Dah sebulan saya cari maklumat di internet tapi tak dapat kenalpasti.. Satu jenis rupa macam ikan barb. Satu jenis lagi rupa macam ikan
Anonymous Anonymous 02 June, 2013
..sambung...satu jenis berbadan panjang macam ikan tetra, ada belang dari kepada ke ekor, ada tompok putih di kepala, dan suka berenang di permukaan pasu dengan pergerakan pantas.

Yg macam ikan barb tu, atas warna macam kuning tanah, bawah macam warna perak, suka berenang di dasar pasu dan makan pun di dasar pasu.
Anonymous Anonymous 13 June, 2013
woo.... cantik nya
Anonymous Anonymous 15 June, 2013
Cmane nk tau jantina ikn kaloi.?dimane terletaknye kcantikannye pade pandangn deme
Unknown Unknown 12 July, 2013
ikan oscar paling best. ikan yg bijak.

http://tinyurl.com/qfm7pyg

tumpang ye.
Andre Andre 12 July, 2013
Saya orang indonesia, ada ikan guppy tidak? Saya mau lihat, mungkin saja bisa bisnis guppy
Anonymous Anonymous 19 July, 2013
saya nk tumpang iklan boleh? saya menjual lipan bara beku makanan sampingan haiwan seperti ikan arowana,burung ada yg bt umpan pancing bg kaki pancing dan ada yg bt menahan ayam hutan berminat pm atieh min 3 ekor max 3000 ekor,harga rm3/ekor....bg postlaju rm10 setiap post
call or msg 0193089052 atieh 24/7 any time fb dan email>atiehpakya@yahoo.com id,wechat>atiehpakya berasal dari kedah dan menetap di shah alam
lovehijau lovehijau 25 July, 2013
Salam buat semua pembaca budiman.Maafkan saya agak sibuk dengan pelbagai urusan hidup. Sebenarnya untuk perjagaan ikan perlu kepada kemahiran atau pengetahuan tentang kebersihan tangki, air serta makanan ikan. Air sebagi contoh untuk ikan gourami atau sepat perlu kepada air yang agak masam,maksudnya perlu letakkan keladi air atau tumbuhan air
Anonymous Anonymous 26 July, 2013
bela ikan kena rajin tukar air. Bru ikan sihat
Unknown Unknown 05 August, 2013
ikan pelaga ialah ikan tahan lama kan
Unknown Unknown 06 October, 2013
esy ada bela ikan koi 3ekor n 2ekor ikan mAnfish@angelfish...yg mjadi pmasalahan sy adalah ikan koi ni mcm xcantik jer ada kt aquarium heheheh..dah tu mcm kerap jer air kotor....cuba bg cadangan ikan2 yg cantik n bole kita campur sekali dlm aquarium biar meriah n warna warni ikan tu dlm satu aquarium
lovehijau lovehijau 09 October, 2013
Ikan koi lebih sesuai di dalam kolam ,namun jika akuarium ikan emas merupakan pilihan terbaik, antara colour ikan emas sekarang bukan sekadar gold aje, sebaliknya juga merah dan hitam, Namun jika saiz akuarium agak kecil ikan guppy adalah pilihan yang terbaik :D
Anonymous Anonymous 21 October, 2013
aku ada bela ikan tikus tapi tak tahu apa makanannya,ikan aku tak makan satu minggu,lepas cari kat internet baru tahu makanannya
Unknown Unknown 30 October, 2013
flower horn dri spesis mana?

Unknown Unknown 30 October, 2013
flower horn dri spesis mana?

lovehijau lovehijau 31 October, 2013
Flower Horn adalah spesis kacukan cichlid, kap
RLJW RLJW 07 December, 2013
bagaimana untuk bezakan sama ada jantan kah atau betina untuk ikan emas?
lovehijau lovehijau 13 December, 2013
Ritchie Len, Ikan emas betina mempunyai perut lebih buncit daripada ikan emas jantan. Ikan emas jantan dewasa mempunyai bonjolan macam kristal dekat sirip tepi insang.
sayang ikan... sayang ikan... 01 January, 2014
Saya ada memelihara 3 jenis tiger barb-

1).putih berbelang hitam,
2)oren berbelang putih dan
3)hijau tua berbelang putih... yang saya masukkan sekali dalam satu akuarium..... betul ke saya ada mendengar yang tiger barb ni jenis yang makan sesama sendiri....betul ke?????
lovehijau lovehijau 02 January, 2014
Tiger barb jantan dan betina boleh diletakkan sekali
sayang ikan... sayang ikan... 02 January, 2014
Terima kasih atas kiriman jawapan tempohari... tapi saya nampak ada di kalangan ikan ini yg menyerang antara mereka... Adakah tiger barb ni jenis yang makan sesama mereka????????
sayang ikan... sayang ikan... 02 January, 2014
This comment has been removed by the author.
Anonymous Anonymous 27 February, 2014
Sy membelah 9 ekor tuxed guppy
1 ekor kaloi
dlm 1 tenk simpan dlm bilik tidor,
Nampak cantik waktu mlm
Anonymous Anonymous 22 April, 2014
Pening bela discus asyik mati sj tp sgt bminat. Stress deh. Bagaimna mgtahui jantinanya? T.kasi
Anonymous Anonymous 30 April, 2014
cantik juga kalau saya dapat ni mesti bes.
Anonymous Anonymous 30 April, 2014
macam cantik je macam smart je
Anonymous Anonymous 30 April, 2014
ikan ini memang smart la
Anonymous Anonymous 05 June, 2014
Harga kaloi hntar ke kchg Sarawak brape?
Unknown Unknown 11 June, 2014
Assalamualaikum. Saudara boleh tak kongsi cara penjagaan ikan oscar. Sy baru je beli pagi td. Sy dah bagi makan makanan ikan. Tp ikan2 oscar sy xmakan langsung. Macam mana ni? Kang mati cam yg lepas. Sebelum ni dah beli seekor, bgn keesokan pagi dah mati. 😱
Unknown Unknown 11 June, 2014
Assalamualaikum, LH

Boleh kongsi cara nak jaga ikan oscar? Please. Tq
lovehijau lovehijau 13 June, 2014
Ikan Osacar memerlukan air yang berkualiti, pastikan airnya sudah bebas dari klorin, gunakan anti klorin.....lebih baik biarkan selama 2 atau 3 hari sebelum memasukkan ikan oscar.
Unknown Unknown 20 July, 2014
Macam mane nk thu jantina ikan guppy????
Anonymous Anonymous 31 August, 2014
Boleh ke tak campur skali 1 aquarium ikan kelisa, koi, parrot, oscar dan discus?...aquarium besar pjg 7 kaki stgh. .lebar 2 kaki stgh.tinggi crmin 3 kaki stgh
Anonymous Anonymous 07 June, 2015
Salam semua,sapa tahu jantina ikan oscar...tq
Unknown Unknown 25 December, 2015
cara nak tau jantina ikan selalunya bergntung dgn bntuk dan wrnanya..klu oscar tgk bdnnya..klu bdnya nmpk sdikit pnjg itu jantan..klu nmpk bulat tu betina...itu yg sy dgr dri tmpt sy beli oscar ari tu

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.