No 1:
Gunakan kain untuk mengelap meja dapur dan tempat bekerja.Kain boleh diguna semula berbanding tisu.
Guna semula bekas kaca dan plastik sebagai tempat menyimpan barangan anda.

Gunakan semula beg plastik membeli belah anda untuk mengisi barangan buangan.

No 2:
Gunakan kuali memasak yang sesuai dengan saiznya dan tutup periuk semasa memasak bagi menjimatkan tenaga.

Penggunaan periuk tekanan dan pengukus adalah lebih baik dan dapat menjimatkan tenaga sehingga 70 %.

Kumpulkan kertas dan surat khabar yang tidak digunakan dan boleh dihantar ke pusat kitar semula atau dijual.

No 3:
Jadikan bahan buangan organik sebagai baja yang tinggi nutriennya.Hentikan penggunaan racun makhluk perosak.Tanaman seperti pudina boleh menghindarkan serangan serangga perosak.

No 4:
Membasuh kereta dengan menggunakan paip semburan amat membazirkan air.Gunakan air yang di isi di dalam baldi untuk mencuci kereta.

Gunakan mesin basuh pakaian apabila muatannya penuh.Air bilasan boleh dikumpulkan dan digunakan semula untuk mencuci tandas atau lantai

No 5 :
Gunakan mesin basuh pakaian yang jimat tenaga.Sebelum membeli, mesin basuh, sila baca label kecekapan tenaga mesin tersebut.Dengan memilih mesin basuh yang tinggi penjimatan tenaganya,penggunaan air dan elektrik boleh dikurangkan sehingga 50%.

Kawal kadar aliran air yang menggunakan paip.Aliran air yang rendah boleh mengurangkan antara 25- 50 % penggunaan air
No 6 :
Gunakan pancuran untuk mandi dan elakkan mandi dengan menggunakan air takungan.Mandi menggunakan pancuran dapat menjimatkan sebanyak 4 kali ganda tenaga.

Pasangkan sistem dua curahan pada tandas. Jika dibandingkan dengan sistem satu curahan dapat mengurangkan penggunaan air sesebuah keluarga sebanyak 50 %

No 7 :
Semasa memberus gigi menggunakan air yang diisi di dalam bekas dan jangan biarkan air mengalir berterusan.

isikan air ke dalam sinki untuk membasuh sayuran atau pinggan mangkuk.Ia menjimatkan air sebanyak 15 kali penggunaan air berbanding membasuh di bawah paip air yang mengalir berterusan.
No 8:
Gunakan peralatan elektrik yang menjimatkan tenaga.Padam dan buka plak selepas menggunakannya.Peralatan elektrik seperti TV yang digunakan selama 3 jam sehari dan selebihnya di dalam keadaan 'standby mode' selama 21 hari akan menggunakan sehingga 40 % tenaga.

Jimatkan tenaga dan lindungi penglihatan daripada rosak dengan mengurangkan kadar keamatan cahaya skrin televisyen.Cahaya yang di biarkan di dalam keadaan tinggi boleh memendekkan jangka hayat TV anda
No 9 :
Gantikan mentol bercahaya pijar biasa dengan mentol berpendaflour padat ( CFL ).Mentol berpendaflour padat dapat menjimatkan tenaga sehingga 60 % berbanding mentol bercahaya pijar.

Tempatkan peti sejuk jauh daripada sumber haba,kerana ia menggunakan lebih banyak tenaga.Sekiranya peti sejuk diletakkan di dalam bilik bersuhu 30 - 35 C, tenaga yang digunakan 2 kali ganda dan meningkatkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 160 kg setiap tahun.

Gunakan peti sejuk sebaiknya untuk menjimatkan tenaga.Nyah beku secara berkala dan elakkan membuka peti sejuk dengan kerap.
No 10 :
Gunakan pemanas air berkuasa solar untuk menjimatkan tenaga elektrik dan gas.
Gunakan langsir atau bidai berwarna putih untuk memantulkan haba dan mengurangkan pemanasan.Penggunaan penghawa dingin menyumbang kepada pemanasan global.

Jemur pakaian di bawah cahaya matahari daripada menggunakan mesin pengering.Ia dapat mengurangkan tenaga yang diperlukan oleh mesin pembasuh untuk mengeringkan pakaian dan menjimatkan sebanyak 700 paun karbon dioksida dalam tempoh 6 bulan.

No 11:
Berbasikal atau berjalan kaki ke kedai atau kawasan berdekatan.Amalan ini sememangnya bagus untuk anda.100% mesra alam dan menyihatkan tubuh badan.

Sertailah dan sokonglah program mesra alam seperti kitar semula.Program kitar semula menjamin kehidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang