
1. Beg plastik mengambil masa selama 15- 1000 tahun untuk dilupuskan.
2. Beg plastik yang berasaskan teknologi polimer jika terdedah kepada agen seperti cahaya matahari dan air boleh menjadi bahan bertoksid, terutamanya di lautan
3. Kos kitar semula yang agak tinggi menyebabkan ianya di buang begitu sahaja di tempat pelupusan sampah.Malahan dianggap sebagai bahan tidak bernilai oleh pemungut sampah di sana.
4.Pembaziran sumber yang keterlaluan, bahan asas plastik adalah petroleum, di Amerika sahaja dianggarkan sebanyak 100 juta beg plastik digunakan setahun.
5. Antara bahan buangan sampah yang paling banyak dijumpai dimana-mana sahaja di seluruh dunia, sama ada di longkang, dijalan raya, premis awam atau tempat pelupusan sampah, kerana sifatnya yang ringandan mudah dihanyutkan oleh air atau diterbangkan oleh angin.
6. Dengan berasaskan petroleum, sudah pastinya harga petroleum akan semakin tinggi untuk tahun-tahun mendatang memandangkan sikap pengguna yang bergantung kepada beg plastik sebagai medium utama mengisi barang.
7. Di anggarkan hampir 100 ribu haiwan marin seperti penyu dan 1 juta burung mati setiap tahun akibat tercekik plastik yang dianggap sebagai makanan.
8. Beg mesra alam mempunyai hayat seperti 22 ribu beg plastik .
9. Terdapat pasaraya utama di Malaysia sekarang yang mempromosikan beg mesra alam ini, yang datang dalam pelbagai bentuk dan corak yang menarik.
10. Rakyat Malaysia beralihkan kepada beg mesra alam yang boleh mengantikan beg plastik, kerana diseluruh dunia hanya 1% sahaja beg plastik yang dikitr semula dengan lengkap.

Selamatkan bumi kita ini, kerana sedikit usaha kita ini, akan menjadi khazanah berguna untuk generasi akan datang