Kepentingan Hutan Paya Bakau


Paya bakau merupakan hutan semulajadi di kawasan pasang surut air laut . Mempunyai tanah berlumpur serta bersifat malar hijau sepanjang tahun, paya bakau merupakan antara ekosistem yang penting bagi kawasan pinggir pantai. Paya bakau merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Mungkin tsunami 2004 yang melanda Banda Acheh dapat dikurangkan jika kawasan pinggir pantainya dipenuhi dengan hutan paya bakau,yang mampu menyerap tekanan dan kuasa tsunami yang hebat itu. Namun itulah ketentuan dan ujian Allah. Jom kita lihat kepentingan hutan paya pakau.


Habitat Dan Ekologi Hidupan Marin dan Fauna lain
Sifat hutannya yang agak padat serta malar hijau sepanjang tahun sangat sesuai bagi hidupan laut. Sifat tananya yang berlumpur dengan akar bakau yang berselirat dan timbul itu merupakan habitat hidupan marin pinggir pantai seperti ikan, ketam, udang, kerang dan pelbagai jenis siput.Keadaannya yang sentiasa berair sangat sesuai bagi ekologi hidupan marin. Malahan terdapatnya hidupan lain seperti monyet dan burung yang turut mendiami kawasan paya bakau. Malahan paya bakau juga merupakan tempat pembiakan burung penghijarah yang biasanya datang jauh dari hemisfera uata atau selatan, demi mengelakkan musim sejuk di tempat asal mereka


Penampan tsunami dan angin kencang
Hutan pakau bakau boeh mempengaruhi pergerakan angin dari laut. dengan litupan dikawasan pinggir pantai angin yang kencang boleh dikurangkan dengan adanya paya bakau. Paya bakau juga boleh mengurangkan tekanan gelombang lautan yang hanya disedari kepentingannya selepas tsunami tahun 2004. Malaysia juga tidak terlepas dengan tsunami tersebut yang membadai kawasan laut negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia yang telah mengorbankan 68 nyawa, serta ratusan ribu yang lain diseluruh dunia termasuklah paling ramai di Indonesia.Paya bakau berperanan sebagai benteng semulajadi yang menghalang hempasan tsunami ke kawasan yang lebih jauh.


Penambak laut Semulajadi
Paya bakau dengan sifat akarnya yang timbul boleh memerangkap tanih dan lumpur.proses enapan akan berlaku yang membolehkan semua sisa lumpur terperangkap dan enapan yang berterusan akan memperluaskan kawasan paya bakau, semakin lama semakin besar .Ini membolehkan kawasan daratan bertambah.namun ambil masa sedikit kerana enapan mengambil masa yang panjang sebagai penambak laut.

Kayu bakau pelbagai kegunaan domestik dan perindustrian
Kayu bakau memang sudah popuar sebagai bahan binaan, kayu arang, kayu api, menyamak kulit haiwan . Sifatnya yang tahan serangan serangga perosak, tahan perut dan kulat membolehkan kayu bakau digunakan sebagai cerucuk. Cerucuk merupakan bahan asas, atau tapak bagi tiang rumah atau bangunan, yang ditanam, sebelum lapisan atas cerucuk dilapisi simen dan besi untuk menaikkan tiang. Malahan bagi jenis Rhizophora dan Brugiera boleh digunakan untuk membuat bot jika cukup umur dan matang.


Hutan Bakau untuk eko pelancongan
Hutan paya bakau merupakan aset pelancongan negara. Industri pelancongan berasaskan ekologi alam sekitar, merupakan konsep yang sangat popular di seluruh dunia. Pelancongan dari barat dan Jepun terutamanya suka kepada keindahan alam semulajadi. Paya bakau mampu menjadi pilihan pelancongan kerana keindahan serta sifatnya sebagai habitat hidupan marin serta fauna seperti burung penghijrah. Malahan terdapatnya juga serangga unik seperti kelip-kelip yang pastinya akan menjadi pilihan pelancong.


baru sampai rumah malam nie...sepanjang 2 minggu sangat sibuk dengan urusan test dan temuduga persekolahan anak..dari kedah ke penang balik ke perak..than ke trengganu dan balik semula ke Perak non stop...penatnya.....

{ 21 comments.. read them below or add one }

Anonymous Anonymous 17 December, 2011
http://wanwidget.com/
paya bakau juga mampu jadi daya tarikan pelancong
LoveHijau LoveHijau 17 December, 2011
Betul tu Wan, paya bakau bukan terdapat di semua tempat di dunia, biasanya bagi kawasan tropika sahaja, diiktiraf sebagai salah satu biodiversiti dunia yang mesti dipelihara
Unknown Unknown 18 December, 2011
apabila ekosistem sesuatu tempat diganggu atau berlaku kerosakan ekosistem, maka tunggu sahajalah saat kebinasaan sesuatu tempat. Alam mempunyai kaitan satu dengan lain. kebinasaannya menjadi titik tolak kepada kerosakkan muka bumi...
djawa djawa 19 December, 2011
cintai alam seperti mencintai diri kita sendiri.,
LoveHijau LoveHijau 21 December, 2011
Betul tu Man,alam kita saling berkait antara satu sama lain di dalam kitaran yang di namakan ekosistem, kalau salah satu sudah rosak atau terganggu biasanya akan menyebabkan pelbagai masalah
LoveHijau LoveHijau 21 December, 2011
Djawa, betul sobat, alam ini milik kita bersama, sayangi ia macam kita sayangi diri kita sendiri..baru aman....
erikz_slumber erikz_slumber 23 January, 2012
saya nak buat proposal so saya nak tahu apakah kepentingan hutan paya bakau kepada alam sekitar fizikal dan manusia
lovehijau lovehijau 23 January, 2012
Erikz,adakah artikel saya ini membantu,memang saya tidak memfokuskan kepada manusia secara direct,namun boleh dicernakan artikel di atas untuk kegunaan manusia dan alam fizikal,jika untuk manusia-sebagai bahan binaan,ekopelancongan,habitat hidupan marin ( sumber protein manusia),kepada alam fizikal,sebagai satu sumber biodiversiti(kepelbagaian biologi),sebagai penampan angin serta penambak laut semula jadi,agen anti hakisan pantai,saya harap membantu,tiada link sdr berikan bagaimana boleh saya hubungi sdr
Anonymous Anonymous 14 April, 2012
ohh...terima kasih sbb dah bgi maklmat tntg pya bkau ni....kita ptt brsykur sbb ngr kta n ade py bakau
Anonymous Anonymous 26 August, 2012
info yang menarik
terima kasih ^^!
LARA CINTA LARA CINTA 01 October, 2012
kepentingan pokok bkau nim sifat hutannya amat pudar serta malar hijau sepanjang tahun sngat sesuai bagi hidupan liar di hutan pokok
LARA CINTA LARA CINTA 01 October, 2012
sifat tanahnye pula yg berlumur dengan akar bakau yang berselirat dan timbul itu merupakan habitat hidupan marin pinggir panati
Anonymous Anonymous 08 October, 2012
info yang menarik dan terima kasih sbb bagi maklumat tntg hutan paya bakau ni.. kita ptt bersyukur sbb ngr kta n ade py bakau
lovehijau lovehijau 16 October, 2012
kepada lara cinta dan tanpa nama, terima kasih atas kunjungan anda
tak der nama pulak? tak der nama pulak? 17 October, 2012
This comment has been removed by the author.
Anonymous Anonymous 01 August, 2013
hutan paya bakau amat penting sekali kerana ianya boleh menghlang tsunami dan bnyak lgi kegunaannye!!KITA HARUSLAH MENJAGA HUTAN PAYA BAKAU UNTUK GENERASI YANG AKAN DATANG~
Anonymous Anonymous 08 October, 2013
What is hutan paya bakau and where it location ha
Anonymous Anonymous 08 October, 2013
heh!!! not interested. I'm not enjoyed whit this 'ulasan'.. What a life! but, I enjoye. marvelous..!! I like this 'ulasan'
ezaty ezaty 31 August, 2014
kenapakah pokok bakau yang berakar ceracak dapat mengurangkan sedimen dipantai

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.