13 Tips Untuk Berjaya Temuduga Kerjaya Guru







Untuk menjadi seorang guru anda ,salah satu prosedurnya anda akan ditemuduga. Ianya merupakan bahagian yang sangat penting,kerana dari sana peluang anda menjadi seorang guru tercapai atau tidak. Kerjaya guru merupakan antara kerjaya yang mencabar jadi prosedurnya bukannya mudah seperti abc, pelbagai kreteria diambil kira. Bagaimana nak menambat hati panel penemuduga? bagaimana nak lulus temuduga, apa soalan temuduga guru? Apa pakaian yang sesuai? Bagaimana first impression orang lain terhdap kita sebagai calon temuduga?

 

Fahami Ujian MEDSI


Tips ini adalah secara umum dan merupakan tips yang diberikankan oleh salah seorang jurulatih panel penemuduga bahagian ambilan guru. Pada peringkat awal bakal calon guru akan mengikuti MEDSI ( Inventry Pemilihan Pendidik Malaysia). Ianya merupakan soalan objektif dengan 300 soalan dan perlu jawab semua soalan di dalam masa 30 minit. Untuk maklumat lanjut rujuk sini (panduan Medsi UPSI).MEDSI merupakan ambilan pelajar lepasan SPM dan STPM untuk mengikuti Ijazah Sarjana Muda ( Pendidikan), selepas MEDSI, barulah temuduga akan dijalankan. Calon yang terpilih untuk temuduga secara asasnya terbahagi 2 iaitu untuk memasuki Maktab Perguruan atau Untuk KPLI ( Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ) di Insitut Latihan Perguruan.


Tips Temuduga Perguruan/Guru

1. Tanya diri anda sendiri. Adakah anda minat untuk menjadi seorang guru? Bukannya dipengaruhi kawan atau saudara mara anda atau diminta oleh ibu dan ayah anda. Berkelakuanlah seperti seorang guru yang sentiasa menjaga sahsiah .Ujian MEDSI tadi akan memperlihatkan siapa diri sebenar anda,sesuai atau tak sebagai guru.Bukan semua orang sesuai menjadi guru, tidak cukup sekadar berkata-kata minat sebagai guru sedangkan tindakan serta cara fikir anda sebaliknya.

2.Cara anda berpakaian sudah tentunya penting. Pakai pakaian yang sesuai,biasanya lelaki berkemeja warna kosong dengan lengan panjang.,sertakan tag nama dan seluar serta kasut yang sesuai.jangan gunakan kasut sport. Lebih baik bertali leher. Potongan rambut dan misai yang kemas.

3. Ingat antara komponen soalan panel temuduga ialah sahsiah, pengetahuan bahasa Inggeris, Matematik,kemahiran berfikir, kemahitan bahasa Melayu dan pengetahuan am.Ianya boleh disilangkan antara satu soalan dengan soalan yang lain.

4.Prosedur temuduga biasanya Taklimat----Semakan Dokumen(sijil dan surat berhenti sekolah)----Temuduga di dalam kumpulan-----Temuduga Individu---Anda Diperakui.

5.Temuduga kumpulan biasanya dilakukan dengan meletakkan 4-5 orang calon temuduga di dalam satu kumpulan.Di sini biasanya panel tidak akan mengganggu atau menyampuk perbincangan dalam kumpulan berdasarkan tajuk yang diminta untuk dibincangkan. Di sini sangat penting untuk anda aktif di dalam kumpulan,panel di sini sudah pun kategorikan calon yang terbaik berdasarkan sifat kepimpinan, pengetahuan am calon dan kemampuan berbahasa. jadi bertindaklah secara bijak.Gunakan ruang untuk berkomunikasi dengan rakan baru anda dengan baik.

6. Bercakaplah dengan kuat.lancar dan tenang. Jika anda bercakap terlalu perlahan ia boleh mempengaruhi anda ,anda akan bertambah gemuruh. Biasanya soalan anda( jika dokumen anda tidak mempunyai masalah) adalah tentang peribadi anda, nama ,ibu dan ayah, tempat tinggal.Ingat jangan ditanya sepatah,anda jawab sepatah.Bercakaplah tentang diri anda, Inilah peluang anda untuk menutup panel terus bertanyakan anda soalan lain.Bercakaplah sehingga panel meminta anda berhenti.


7.Di ingatkan sekali lagi, jika anda ingin memohon menjadi guru terutama KPLI,pastikan ijazah anda berkaitan, contohnya jika anda ada Ijazah TESL ianya lebih tinggi markahnya berbanding dengan ijazah lain yang tidak berkaitan.

8. Bawa sijil asal anda ke tempat temuduga,jangan bawa slip keputusan, bawa sijil yang sebenar,jika anda tidak membawa sijil asal,anda sebenarnya sudah dianggap gagal dari segi sahsiah serta cara tindak sebagai guru.

9. Bagi calon KPLI, pengetahuan am anda akan menjadi keutamaan panel temuduga, kenapa? kerana anda dianggap sebagai ilmuan yang berijazah. Jadi kemaskan knowledge content anda.

10.Jika anda gagal menjawab soalan dari panel,jangan panik. Minta maaf kepada panel bahawa anda kurang pasti dan minta di tanyakan soalan lain. Jangan mereka-reka cerita dan memandai perkara yang sememangnya anda tidak pastia atau tidak tahu. Ini temuduga ,hanya hendak tahu pengetahuan anda di dalam perkara tertentu sahaja, bukannya anda diugut.

11.Anda akan gagal jika
  • Tidak memenuhi syarat iklan
  • Tdak membawa sijil asal sewaktu temuduga
  • Gagal bagi skor kemahiran komunikasi serta mempunai sahsiah yang rendah(contohnya tadi alasan terlupa bawa sijil asal anda)
  • Calon mempunyai kecelaruan gender( dengan kata lain, personaliti anda, lelaki atau perempuan ianya tulen dan sejati sebagai lelaki atau perempuan.
  • Tidak berminat,sewaktu ditemuduga
  • Di kesan ada unsur penyalahgunaan dadah


12. Antara aspek komunikasi yang penting ialah calon mesti mempunyai kefahaman yang jelas .tentang soalan yang ingin ditanya. Cara anda bercakap, sebutan, intonasi suara anda,suara yang jelas,kuat tetapi bersopan,serta penggunaan bahasa baku yang baik.

13. Sifat sahsiah pula melibatkan bakat kepimpinan anda, keyakinan diri,kepekaan anda, kesopanan dan motivasi anda.

Jadi ingatlah bahawa untuk temuduga guru anda kena ingat ia melibatkan sebelum., semasa dan selepas menjadi guru. Bukan semua orang sesuai menjadi guru. Jika anda gagal di dalam temuduga guru sebelum ini.lihat semula di mana kesilapan anda, muhasabah diri, cari di mana silap anda,janganlah menangis di depan panel kerana panel bersikap objektif terhadap calon yang sudah tentunya sangat ramai dan tempat yang ditawarkan pula terhad. Selamat ditemuduga.Ingatlah Allah sentiasa bersama anda, berdoalah kepadaNya,sesudah anda menetapkan dan melakukan semua yang dinyatkan di atas.Hanya Allah akan membantu anda sesudah anda bertindak dan berusaha.

{ 39 comments.. read them below or add one }

Teringin Jadi Guru Teringin Jadi Guru 20 October, 2011
Trima kasih,byk informasi tentang interview nie,sy dah 3 kali sangkut,harap tahun 2012 dapat lepas
lovehijau lovehijau 20 October, 2011
Sama-sama,saya dapat maklumat nie berdasarkan kehadiran di Karnival Kerjaya GURU du UPSI di Tanjung Malaim,apa salahnay berkongsi ilmukan.
shah Blogger shah Blogger 20 October, 2011
salam bro. Template yg dah download tu dah update tool ye. Nnt check entri terbaru sy. nmpk sama tp seo skop dia makin teliti.

Untuk template bro pakai skang ni wlpn thesis, tp dari sudut seo set up dia bnyk belum kena yg penting2 ni bro. Antaranya Heading H1 dan H2 xde langsung. Cuba try kat seoworkers.com.. Ataupun guna tool add on (seo doctor) kat modzilla. Harap membantu fix-kan :)

*Link dah add. thanks bro
lovehijau lovehijau 21 October, 2011
Tq, shah nanti saya akan betulkan,kalau tak nak susah saya tukar guna template shah le..hhee
afiq-amani afiq-amani 02 April, 2012
tq v.much..untuk maklumat yang amat berguna..
lovehijau lovehijau 02 April, 2012
TQ Afiq sudi ke blog kecil nie, semoga segala ilmu di sini bermakna buat kehidupan kita
fatah mokhtar fatah mokhtar 05 April, 2012
nak tanya, temuduga ni berapa hari erk ? ade yg dlm kumpulanlah individu lah mcm2. konfuse lah.
lovehijau lovehijau 06 April, 2012
Biasanya temuduga nie sehari aje,di dalam tempoh sehari tersebut terdapatnya test secara grouping dan juga temuduga personel(seorang diri ).Tempuh temuduga mungkin 1-2 hari tetapi kumpulan yang berbeza bagi hari-haritersebut. Di dalam satu hari terdapat 2 test serentak bagi calon iaitu test secara berkumpulan dan juga test individu.TQ fatah..semoga jawapan ini membantu, jika rakan pembca ada maklumatlain silakan permudahkan kami di sini ...
nady nady 23 April, 2012
tumpang tanya. ada sesiapa tahu macam mna temuduga bagi pendidikan kaunseling.thanz love hijau kerana kongsi informasi.
lovehijau lovehijau 23 April, 2012
Terima kasih Nady,nanti kalau berkesempatan, saya akan tulis tentangnya
Anonymous Anonymous 25 April, 2012
hi...
nak tanya,temuduga kemahiran hidup mcm mana ye?
Anonymous Anonymous 20 May, 2012
hi..
adakh soln2 tmuduga berbza mengikut subjek/pgram yg dtwarkan..
Mrs. Rocker's Mrs. Rocker's 20 May, 2012
salam..law tmuduga pdidikan khas camana?
GU. GU. 21 May, 2012
kebiasaannya interview guna bahasa inggeris atau bahasa malaysia?
lovehijau lovehijau 21 May, 2012
Buat rakan pembaca dan komentar,biasanya temuduga di dalam bahasa Melayu,namun terdapat slot atau soalan berbahasa Inggeris diselitkan.Soalan pada asasnya bergantung kepada program sama ada sarjana muda atau pun KPLI,soalan KPLI atau lepasan Ijazah biasanya lebih mementingkan pengetahuan am yang mantap dari calon.Untuk temuduga pendidikan khas, saya kurang pasti, jika berkesempatan saya akan tulis atau update entry ini
rose armanda rose armanda 22 May, 2012
assalamualaikum..maaf ye..tanya siket..sijil asal keputusan tu maksudnya? saya xda pon..yang ada cuma slip keputusan je..dan kalau muet punya keputusan tu hilang camne ye?
lovehijau lovehijau 23 May, 2012
Waalaikumussalam..bizznazz, sijil asal tu maksudnya sijil original, bukan slip ,kalau begitu kena hubungi sekolah tempat belajar dulu ye
Unknown Unknown 23 May, 2012
soklan macm mana yg akan dtnya..leh share x?? kot2 la dtnya pasal dasar2 negara ka??da x?
Anonymous Anonymous 23 May, 2012
sye ada interview ari jumaat ni..
neves sgt..
ley sye tau pe soklan tok pendidikan bio??
perlu ke sye baca suma chap masa form 5 n 4 blk???
Anonymous Anonymous 23 May, 2012
terima kasih kerana menyediakan blog yang sangat bermanfaat kepada saya yang bakal menghadiri temuduga pada 26 mei ini :)
lovehijau lovehijau 23 May, 2012
pupucute,antara soalannya sudah tentunya melibatkan pengetahuan am,dasar pendidikan boleh jadi juga ditanya...buat anony atau tanpa nama, jangan terlalu bimbang, macam saya katakan tadi anda akan di soal, just beritahu apa yang anda tahu dengan skop jawapan yang tepat...saya doakan rakan pembaca berjaya di dalam temuduga seterusnya menjadi guru...
Anonymous Anonymous 24 May, 2012
assalamualaikum..sy da tmdga pg esk..mslhnye lps sy bce blog n bru taw sal slip 2..xsmpt dh lau nk amek..mcm mne n.......:(
Anonymous Anonymous 25 May, 2012
salam ..
26hb mei ni sy ade tmuduge pend sejarah .. ape soalan yg biasa ditanye ? adekah brkaitan sejarah ?
Anonymous Anonymous 25 May, 2012
kalau rabun warna mcm mane?? ape kne mengena warne dgn temuduga ini??
lovehijau lovehijau 30 May, 2012
Maaf rakan pembaca.saya lambat memeberikan respon...isu semasa serta pengetahuan am dan juga sejarah Malaysia mungkin menjadi pilihan tester,namun keperibadian dan juga cara berkomunikasi juga penting..rasanya rabun warna tak menjadi hal di dalam temuduga guru
Anonymous Anonymous 01 January, 2013
sy sgt mudah nerves...pernah skali dtemuduga dlu sgt nerves smpai gagal....n kali nie sy dberi pluang tok temuduga tok kmahiran hidup....wat should i do....da lama sgt tinggal blajar semua nie asyik bljar art jea..
Anonymous Anonymous 02 January, 2013
sya ada temuduga pendidikan multimedia nanti. first time akan ditemuduga. sekarang ni tengah totally blur. apa agaknya skop soalan untuk pendidikan multimedia ni..
lovehijau lovehijau 02 January, 2013
Buat tanpa nama di atas.. lengkapkan diri dengan pengetuan am..banyakkan membaca serta peka dengan isu pendidikan serta p&P...yakinkan diri serta tenang dan yakin, penampilan mestiah terbaik dan kemas....bagi multimedia..pendapat lovehijau lengkapkan diri dengan dasar kerajaan berkenaan multimedia,,terutamanya dari segi prasarana dan juga skop global
Unknown Unknown 05 April, 2013
terima kasih untuk tips2 di atas...sy baru saja apply ijazah pendidikn bahasa melayu dan pendidikan khas.sekarang ni tengah cri ilmu2 sebegini..thanks a lot.
Anonymous Anonymous 07 May, 2013
saya ada interview maktab kplspm(lepasan spm) utk subjek p.islam isnin ni..adakah sama macam subjek lain soalan yg bakal ditanya???pakaian apa yang sepatutnya dipakai??harap dapat dibalas secepat mungkin..
Unknown Unknown 08 May, 2013
saya ada dipanggil temuduga program ijazah sarjana muda(PISMP) minggu depan UNTUK PEND.Islam rendah,..boleh saya apa contoh soalan yg ditanya???apa pakaian yang sepatutnya dipakai??
Anonymous Anonymous 08 May, 2013
assalamualaikum saya bakal hadiri temuduga utk lepasan spm bgi subjek bi.sy dpt tahu kne tulis esei tpi itu time berkumpulan atau individu..and tentang borang 'knp berminat kerjaya nie'...mane nk carik?-anis-
Anonymous Anonymous 08 May, 2013
sya ada intrvw hr rabu dpan.. sya nii dah laa cpt gabra.. hahah,, wish me luck k??.. thanks untuk tips yg sgt berguna utk smua org..
Anonymous Anonymous 08 May, 2013
saya kena interview prasekolah..saya nak tanya tentang borang pernyataan hasrat2,adakah kita perlu menulis jawapan kita pada kertas yang sama dengan soalan atau menulis jawapan pada kertas lain seperti ditulis pada exam sheet???please admin,confuse ni...
lovehijau lovehijau 11 May, 2013
Salam buat komentar...maafkan pihak admin kerana tidak dapat membalas dengan segera permintaan rakan pembaca...buat semua calon temuduga...fahamkan tips di atas.Bersedia dengan pakaian yang sesuai.bagi lelaki sudah tentunya seluar dan kemeja yang bersih dan rapi.sertakan dengan tali lehar.sediakan semua dokumen yang perlu...Ikut tips di atas..dapatkan ilmu atau bahan yg sesuai dengan tajuk atau kerja...selebihnya panjatkan doa kepada Allah agar di permudahkan semuanya buat kalian
Unknown Unknown 19 June, 2014
salam. saya nak tanya kalau bawak salinan sijil kelahiran kena dapat cop dari mana ye?
lovehijau lovehijau 24 June, 2014
Biasanya sijil lahir dan dokumen lain, pengesahan boleh didapati daripada Ketua Kampung yang sah atau ketua jabatan kerajaan
Unknown Unknown 03 July, 2017
Perlukah pebgesahan dokumen Dlm slip Tiada pemberitahuan meminta pengesahan
lovehijau lovehijau 21 July, 2017
Amira Cullen kalau tidak dinyatakan dalam slip pemberitahuan temuduga tak perlu mengesahan, maka tak perlu, tetapi kalau hendak lebih yakin, telefon pada pihak berkenaan di surat tawaran temuduga tu, tanya mereka terus,nanti mereka beritahu perlu atau sebaliknya :D

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.