Komuniti Jaga Air Terjun,Waterfall Survivors Facebook




Mungkin agak terlambat...tetapi tidak terlalu lambat......Air terjun merupakan antara keindahan alam yang merupakan antara kawasan hulu sungai.Dengan sifatnya yang mengalir air yang kuat serta kawasan berbatu,biasanya kawasan agak tinggi,air terjun merupakan antara destinasi pelancongan yang paling popular untuk dilawati oleh penduduk tempatan atau pun luar negara.Namun sebagai mana biasa,kawasan air terjun juga dijadikan sebagai kawasan untuk membuang sampah...emmm biasalah mentaliti kelas ketiga memang gitu.....sisa makanan,bekas makanan ,plastik,botol merupakan antara sampah yang paling banyak di jumpai di kawasan air terjun.Menyedari hal itu maka kewujudan satu kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Waterfall survivors sangat dihargai,.Mereka merupakan satu badan bebas yang boleh diserta secara percuma..tak ade bayaran apa-apa.

Diasaskan oleh Sdri Joe Yap Wei Lea,kumpulan ini sudah bergerak sejak 2008 menggunakan Facebook sebagai medium kumpulan mereka.Setakat ini dengan ahli melebihi 1000 orang WaterFall Survivors sudah bergerak ke 60 lokasi air terjun sekitar Malaysia dengan membawa turun bertan sampah dari kawasan air terjun tersebut.Semoga usaha mereka ini berterusan serta mendapat sokongan semua.Walaupun nampaknya seperti kecil sahaja,usaha ini merupakan usaha untuk membentuk alam sekitar yang lebih bersih dan selamat

0 comment... add one now

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.