10 Kepentingan Hutan Kepada Hidupan Dan Manusia



 Kepentingan hutan yang mesti dipelihara dan dijadikan rujukan

Hutan dianggap sebagi sumber yang boleh diperbaharui.Benar,tetapi untuk memperbaharuinya mengambil masa yang lama.Hutan yang sudah dimusnahkan oleh manusia atas dasar pembangunan,sukar untuk pulih seperti sediakala.Dengan fungsinya sebagai biodiversiti menjadikan Malaysia sebagi salah satu khazanah dunia yang kaya dengan pelbagai kehidupan biotik dan abiotik.Sesungguhnya hutan mempunyai peranan yang sangat besar di dalam kehidupan manusia.

 Kepentingan no 1 : Hutan dan Sungai
Legeh sungai atau punca sungai kebanyakkanya berasal dari kawasan tanah tinggi yang dilitupi hutan.Lihat sahaja contohnya sungai Perak dan Sungai Pahang berasal dari Banjaran Titiwangsa yang merupakan tulang belakang Negara.Banjaran Titiwangsa menjadi legeh sungai kerana hutan di situ berfungsi seolah-olah span yang menyerap air.Hutan akan menyimpan air kerana air hujan diserap ke dalam tanah dan dikeluarkan semula di dalam bentuk punca sungai( kawasan air terjun dan mata air ).



Kepentingan no 2 : Hutan sebagai habitat flora dan fauna.
Malaysia diiktiraf sebagai salah satu mega biodiversiti yang hanya berjumlah 12 kawasan sahaja di seluruh dunia.Biodiversiti merujuk kepada keseluruhan hidupan dari mikro kepada hidupan sebesar gajah yang membentuk ekologi dan habitat yang sangat unik,rencam serta hebat.Lihat sahaja Malaysia bersama hutannya gah dengan bunga terbesar di Malaysia,gah dengan pelbagai hidupan liarnya yang unik.Lihat sahaja orang utan ‘the one and only’! di seluruh dunia.Hutan yang dipelihara serta dipulihara akan menjadi khazanah dan tempat tinggal hidupan liar serta perlindungan flora yang hebat.

Kepentigan No 4 : Hutan Penstabil Suhu Dunia.
Dengan sifatnya yang melakukan fotosintesis,hutan menggunakan karbon dioksida dapat menyejukkan suhu bumi.Suhu setempat juga dapat dikawal melalui penanam pokok yang besar,terutama di kawasan Bandar.Hutan penting sebagai agen penyejuk serta menyederhanakan kawasan yang panas.Dengan pembalakan secara berleluasa tanpa kawalan akan menyebabkan suhu dunia bertambah panas.Fenomena pemanasan global biasanya dikaitkan denga n kesan rumah hijau dan pertambahan karbon dioksida


Kepentingan No 5 :Bidang Penyelidikan dan Pembangunan
Dengan kepelbagian biologinya,hutan merupkan khazanah Negara yang sangat bernilai.kajian tentang perubatan sebenarnya masih meluas dan berpotensi untuk dimajukan.Dengan nilai perubatan yang sangat tinggi hanya sebahagian kecil sahaja khasiat perubatan hutan diketahui serta dikaji,antaranya tongkat ali dan kacip Fatimah yang popular itu.Banyak lagi sebenarnya yang belum diterokai dan dikaji.

Kepentingan no 6 :Pencegahan banjir.
Oleh kerana pembalakan yang berleluasa Thailand pada tahun 1988 kalau tida silap saya mengalami banjir yang dashyat di kota Bangkok.Ini kerana hutan di sebelah utara Negara itu sudah dimusnahkan secara meluas.Hutan berfungsi untuk menahan air larian permukaan bila tanah tidak lagi mampu menampung jumlah air hujan yang turun.Jadi jika hujan turun dengan lebat sekali pun hutan akan menyerap air dengan baik,kerana titisan air hujan akan turun dengan perlahan-lahan akibat rintangan daun,ranting ,batang pokok serta humus yang begitu tebal di kawasan tanah hutan.Dengan ini banjir akan dapat dielakkan.

Kepentingan no 7 :Hutan dan Komuniti Orang Asli/Pribumi
Sejak sekian lamanya hutan merupakan tempat tinggal orang asli serta bumiputera di Kepulauan Borne.Walaupun bersama dengan arus kemodenan,hutan masih merupakn tempat tinggal ramai kaun pribumi di seluruh dunia.Hutan mampu menjadi tempat tinggal yang sangat sebati dengan kehidupan pribumi seperti memburu dan bercucuk tanam.Hutan merupakan perlindungan yang unik,hingga melahirkan budaya hidup dan adat yang unik menjadi kebanggaan kita bersama.

Kepentingan no 8 : Hutan dan Pelancongan
Masyarakat dunia sekarang melihat bahawa gabungan ekologi dan pelancongan menghasilkan kaedah pelancongan yang hebat.Konsep eko pelancongan sangat bertepatan dengan Negara kita sebenarnya.Dengan hutan hujan tropika yang hebat,termasuklah hutan paya bakau mampu menyerlahkan suasana nature kepada pelancongan,buktinya sudah terbentang di depan mata,Taman Negara sebagai contohnya merupakan salah satu konsep eko pelancongan yang menarik untuk diterokai.



Kepentingan no 9 : Hutan dan Ekonomi Negara
Pembalakan secara terancang boleh menjamin kelangsungan hutan Negara.Pemuliharaan hutan sangat perlu.Pembalakan secara terpilih,menebang pokok yang betul-betul matang sahaja perlu dilaksanakan.Penanaman semula hutan perlu dijalankan secara kerap.Kawasan hutan simpan dan taman Negara memerlukan pemantaun yang lebih kerap dan terancang.Kawasan hutan yang menjadi kawasan tadahan air perlu dipantau,tindakan undang-undang perlu tegas.Undang-undang perlu digubal untuk menjamin kawasan hutan atau kawasan tadahan air terpelihara.

Kepentingan no 10 :Sumber makanan.
Hutan sebenarnya berpotensi untuk dimajukan sebagi sumber makanan serta buah-buahan.Buah-buah atau tumbuhan di dalam hutan boleh menjadi sumber makanan melalui kajian serta penyelidikan yang mendalam.

Banyaknya tulis hari nie..ye la….topik kepentingan hutan bukan sahaja untuk kertas Geografi sahaja,tetapi juga subjek lain seperti Bahasa Melayu dan juga Kertas Pengajian Am Kertas 2 STPM.Semoga usaha kecil blog ini akan memberikan manfaat kepada semua.Buat pengunjung boleh la tambah kat komentar tentang peranan hutan…..semoga bermakna buat korang terutama yang nak cari rujukan bab geografi dan hutan nie




{ 32 comments.. read them below or add one }

mimi i-system kolej kk mimi i-system kolej kk 01 February, 2012
hutan merupakan yang memberi keseimbangan ekosistem pada bumi untuk mengurangkan kejadian kesan rumah hijau agar tidak terjadi nya pemanasan global
lovehijau lovehijau 03 February, 2012
Betul tu mimi, hutan besar peranannya untuk ekosistem bumi, memang sebagai aegn penting mengurangkan kesan rumah hijau dan juga pemanasan global
siti siti 23 February, 2012
sya rsa kpntingn htan kpda malaysia dapat memajukn lagi ekonomi di malaysia sprti pusat perlancongan.
hawa hawa 23 February, 2012
smua pndpt yg diberikan sangat bernas...kita sepatutnya bersyukur dgn apa yg kta MILIKI. MAKSUD sya htn di mlysia seperti htn khatulistiwa yg mempunyai kebaikan tertentu.
lovehijau lovehijau 24 February, 2012
Betul tu siti, hutan merupakan aset penting kepada negara, terutamanya untuk ekopelancongan. Setuju dengan Hawa, sebagai rakyat Malaysia sewajarnya kita bersyukur dengan anugerah ini, terjemahkan ia kepada bentuk atau usaha kita supaya hutan terpelihara, namun di sana faktor governan, atau pihak berkuasa penting di dalam memastikan kelestarian hutan kita
sathya sathya 13 March, 2012
Hutan juga membekalkan herba-herba ubat yang berguna kepada manusia dalam mengatasi pelbagai penyakit.
Anonymous Anonymous 15 March, 2012
saya sakura....saya amat meminati kehidupan yg semula jadi...dan saya adalah budak remaja yg dikehendaki mencari maklumat tentang hutan...dulunya saya buta tentang hutan dan sumbernya...tapi sejak saya membaca blog nie...saya dapat bnyak ilmu....
sekian...
lovehijau lovehijau 19 March, 2012
Betul tu Sathya, hutan tropika sangat berpotensi dimajukan R&D dibidang perubatan, banyak pokok yang masih menjadi misteri serta belum diketahui sepenuhnya potensinya dibidang perubatan,

Buat Sakura, terima kasih atas sokongan sdri, ianya sangat bermakna buat blog kecil ini, ia, hutan akan terus memainkan peranan besar demi keselesaan manusia di masa-masa akan datang
NON2002 NON2002 18 April, 2012
saya mahu bertanya apakah kepentingan hutan kepada manusia dan haiwan
lovehijau lovehijau 18 April, 2012
Rasanya Non2002, entry di atas sudah menjawab soalan NON
Anonymous Anonymous 31 May, 2012
idea yg diberi oleh anda semua sgt berguna kpd saya...dpt lah saya menyiapkan karangan saya yg bertajuk kepentingan hutan......terima kasih diatas sumbangan tersebut.....
lovehijau lovehijau 11 June, 2012
Terima kasih..semoga bermakna
nick nin0s nick nin0s 25 June, 2012
Terima kasih.
Saya cedok sedikit ilmu dekat sini
;)
K2r~90 K2r~90 25 June, 2012
exam esok .. guna sedikit ruj ini =)
Anonymous Anonymous 26 June, 2012
ape kepentingan fauna kepada manusia..?sesiapa ley tlong sy x?
lovehijau lovehijau 29 June, 2012
Terima kasih buat nick dan k2r...semoga penuisan di sini terus bermakna buat semua. kepentingan fauna sudah tentunya sebagai pelengkap sistem ekologi dan habitat.Malahan dari sudut agama Isam juga haiwan memanifestasikan keagungan Allah,agar menjadi renungan manusia
Anonymous Anonymous 12 July, 2012
kata ckgu azam hutan bermakna kerna ia dpt menbuatkn hidupan bumi slamat. so hargai ia slagi ade .
Anonymous Anonymous 14 July, 2012
bosan.. x best langsung...menjengkelken
Anonymous Anonymous 13 August, 2012
komen anda sangat dihargai,kerana tanpa pembaca siapalah blog kecil ini,Terima Kasih.
Anonymous Anonymous 23 September, 2012
mcm mana pula fungsi hutan sebagai kawasan tadahan??
lovehijau lovehijau 26 September, 2012
Hutan merupakan penapis air, supaya dapat disimpan di dalam tanah, jika tanpa hutan, air larian permukaan akan berlaku, tanah tidak dapat menyimpan air
Anonymous Anonymous 20 October, 2012
terima kasih atas perkongsian ilmu..semoga terus sukses...
Anonymous Anonymous 03 February, 2013
semakin ramai manusia yg x tahu hargai hutan pada masa kini..save our forest before it gone...
Anonymous Anonymous 11 July, 2013
blog ni sgt mmbntu saya dlm mnyiapkn karangan ilmiah saya yg brtjuk 'kepentingan hutan" insyaAllah dgn adanya org sprti shbt yg sudi brkongsi ilmu dpt mmbntu para pljr dlm mncri mklumat ddlm pmbljrn.tahniah! -pelajar pra universiti-
Saman Saman 07 January, 2014
Thank you for your explanation about the forest can let me finish my homework.The forest is a beautiful place to let many animal live in.But now the destroyed of forest was very serious.I hope the forest can exist forever.Beside that,I also hope can feel the natural......I say really.
Anonymous Anonymous 28 February, 2014
takkan gambar je?????
miss secret admire ! miss secret admire ! 27 March, 2014
thanks for the info. i hope forest still can exist until abad 2020 or forever. let's together love and care our fores!! :) hihi
Unknown Unknown 04 November, 2022
Aktiviti Eko pelancongan orang marah kena bayar, macamana kerajaan nak tingkatkan lagi sektor ni klu rakyat pun xnak menyumbang dari segi ekonomi lepas tu buat kotor pula dalam hutan

Semoga perkongsian ini bermakna buat semua. Korang kalau dah baca boleh klik butang share, supaya lebih ramai yang mendapat manfaat dari blog kecil nie. Salam ukhwah dan mesra dari kami team love hijau.